Friday, November 4, 2011

Maka tamatlah blok 28..

Salam aleik..

Maka dengan ini, saya mengumumkan...bahawasanya saya telah tamat pengajian.... *Gedebukkkkk...belakangku didebukkan*

Yela...yelaaa.... Aku sedar aku baru tamat blok 28 je, belum jadi doktor lagi ni.. Jauh lagi perjalanannya.. Nak berangan pon tak buleh. Bluekk

Hey hey heyyy anda di sana yg tengah melopong depan laptop tuu, apa khabar? Sudah makan? Kalau makan roti jala cecah kari, jangan lupa saya kat sini ya. Bawak-bawak lah mengeposkan saya sikit, takpon email je pon takpe, kalau dekat, kita bluetooth je lah ye.. Agagaga

Haihhh.. Bila exam dah selesai, mcm ini lah gayanya aku meroyan. Nak exam pon meroyan, dah habis exam pon meroyan jugak.. Aku pon dah tak tahu lah nak bawak berunding mcm mana lagi dgn diri sendiri..

Bukan takde benda nak cite, memang ada tapi kasi la can aku nak buat entri takde motif hari ni sebab aku lega bebeno ni dah habis xm. Hehe Tadi kitorang exam skill lab balut-membalut dengan exam integrasi dua, sambungan part 1 yg minggu lepas punya.. Exam pon ada part 1 ngan part 2 kaww... 

Overall, oke la alhamdulillah.. Tak banyak gangguan mental maupun fizikal sepanjang exam hari ni. Cumanya masa exam skill lab tadi aku ada la terlupa beberapa hal. Tak tahu lah kesilapan aku tu fatal ke tidak, tapi harap2 doktor yg examine aku tadi tu bagi lulus aa kan.. 

Masa ujian teori pulak tadi, boleh pulak aku nervous dek kerana seorang doktor muda yg mmg aku suka tengok yg amik sign utk kehadiran tadi. Ehehe Kebetulan ada satu soalan tu, dalam jawapan die ada nama doktor tu.. Ehhhh tak pasal-pasal aku senyum sengsorang tengok paper soklan. 

Ada yg org ingat aku riak sebab soklan senang kang.. Heishh.. Mana ada woh. Soalan walaupon ada yg sama dengan integrasi 1, masih di tahap rumit bagi aku. Sampai bedonyut-donyut palo den kat hall tu, tahu?

Hmmm... Malam ni aku nak pergi bersuka-ria pulak. Weehuuuuuu~~

P/s:  Terima kasih dekat sahabat handai yg senantiasa mendoakan saya kat sini. Saya yakin anda tahu siapa anda.. Semoga Allah merahmati.. aminn..

3 comments:

yan_n.i.m said...

hehe.. xleh bla part "y duk melopong depan lappy" ---> tacing ok.! HAHA

wahhh, sonok laa daa abes exam..? hehe

lynnlola said...

is that me? ;p so lepas ni ape plan tqa?

Nurfilzahnurfya said...

cepat la jadi dokter. nak guna khidmat awak neh =)