Friday, November 18, 2011

Money can drive people nuts

Salam.

Lama jugak aku tak merepek meraban kat blog. Maklumlah, sejak dah ada rumet skang ni, keja aku merepek dgn rumet je.. Aku pon rasa macam nak berubah jd saiko sekarang ni. Sebab bila kita merepek, kita akan ada rasa mcm nak saiko orang lain. Ada orang pnah rasa macam aku tak? Ke aku sorang je? Demmm..

Tadi ada sorang pompuan ni hantar IM kat aku kat pesbuk. Chat punya chat.. Tetibe dia tanya, "kenapa, muka mak saye ada macam cegu sekolah awak ke?". Time tu aku dah pelik dah.. E eh ape pasal pulak die cakap pasal mak die pulak nih?

Ternyata rupa-rupanya yg chat dgn aku tu bukan tuan punya account pesbuk, tapi anak beliau yg berumur 11 tahun. Amboihhh... Bukan main sakan main pesbuk mak.. Bila aku tanya, "mak tak marah ke main pesbuk die nih?". Pastu budak tu pon jawab, "tak, mak tak marah..main 6 jam pon mak tak marah..".

Dalam hati aku terdetik, adakah mak die mmg tak marah ataupun mak die tak tahu pon yg anak die tgh berpesbuk guna account die.. Hmmm.. Ada jugak rasa nak kasi ceramah free kat budak tu, tapi bila fikir-fikir balik, tak payah la masuk campur hal rumahtangga orang kan. Ngahaha

Bukan cite pasal "anak mak curi-curi guna pesbuk mak" yg aku nak cite kat sini sebenarnya.

Sebenarnya, memang aku nak membebel pasal duit. Siapa yg tak suka duit kan? Nak-nak zaman sekarang ni, majoriti keperluan hidup tu memerlukan duit. Nak terkucil pon kena bayau jugak tuh. Dulu dapat la seposen. Nijam mana dapat lagi.. Doploh sen woh! Ada tu, nak buang air besar lain pulak harga, nak mandi pon lain harga. Entah apa yg berkira sangat agaknya *amukan amukan*

Aku paham la harga barang nijam banyak dah naik.. Aku paham bayar duit nak masuk toilet tu untuk maintainance toilet dan jugak upah pekerja. Tapi aku masuk toilet, berkeladak je.. Nak kata bersih bebeno tu takde pun.. 

Eh, tapi sebenarnya bukan jugak pasal jamban toilet yg aku nak cite. Asek laaa lari topik.

Bila aku kecik-kecik dulu, aku takde pon fikir pasal duit. Sebab apa aku nak, semua hanya perlu mintak elok-elok kat parents. Bila parents kasi green light, aku dapat lah benda yg aku nak. Tapi mcm mana parents nak dapatkan sesuatu benda tu, ataupun mcm mana parents dapatkan duit nak beli benda yg kitorang adik-beradik nak, itu semua tak masuk dalam skop pemikiran aku.

Tapi sekarang ni, baru terasa mcm mana rasa 'tercekik' kalau tak cukup duit. Rasa mcm kemahuan kita tersekat-sekat sebab kita memang rasa nak benda tu, tapi at the same time kita kena menyimpan duit jugak. Kalaupun kita beli benda yg kita nak tu, nanti hujung-hujung still rasa macam kesempitan duit jugak. Option terakhir, mintak duit parents.

See? Kat mana kita menapak pon, sejauh mana kita merantau pon, hujung-hujung orang tua jugak yg kita carik.. Eh, ini pon macam dah lari topik jugak sebenarnya. HAHAHA

Pokoknya, inti aku ialah orang baik mcm mana pon, bila dah terdesak sebab duit, maka keluarlah perangai-perangai yg pelik-pelik. Kadang-kadang tu, bukannya desperate sangat, tapi die punya rasa insecure tu sampai buat org sekeliling pon ikut tertekan.

Hanya kerana sekeping kertas, orang boleh hilang pertimbangan. Hilang kepercayaan, hilang norma-norma asas kehidupan. Haa kann..dah terkeluar BI aku. *read: BI = Bahasa Indonesia*

P/s:  Kadang-kadang berdenyut jugak kapla aku dibuatnya..haih

2 comments:

lynnlola said...

haha nape ni tqah.. tegelak2 lynn bace. asek lari topik aje..

Kak Long said...

entah aa lynn.. hormon tak stabil kowt.. agagaga