Monday, October 31, 2011

Tobat dah aku..uuuhuhu

Salam

Dulu pernah sekali, ym aku terkena virus taw. Punca dia macam nii... Ehem ehem

Satu hari ni, aku tak ingat aku tgh buat apa entah waktu tu, tetibe ada satu im pop up drpd salah seorang drpd friend list aku. Dia macam bagi satu link ni taw. Aku tak tahu la angin apa entah yg buat aku nak tahu sgt tu link apa, aku pon pergi klik la link yg dia bagi tu.. Sekali keluar website apa entah tak ingat. Apa yg aku tahu, lepas tu je ym aku jadi biol. Aku tak boleh nak handle cursor pon. Macam ada suatu kuasa jahat yg dah ambik alih komputer aku woh.

Kuasa jahat tawww jgn buat main! Hak hak

Ha lepas tu, kuasa jahat tu send mesej yg berunsur virus ke majoriti drpd friend list aku kat ym. Pastu org pon  mestilah rasa annoyed dgn mesej2 yg aku dok hantar kat diorang tu. Dah la virus. Padahal bukan aku yg hantar pon. Tu semua salah kuasa jahat tu. Tak guna punya virus. Entah siapa yg cipta virus ym ni agaknya. Ceyt.

Sejak peristiwa virus ym tu, aku pon tukar la password ym. Tapi bila aku klik kat "remember my password" tu, bila log in oke je. Tapi bila aku shut down komputer, dan start balik, bila nak log in kan, die still tak hafal2 jugak password baru aku. Yg ada bulat2 hitam kat kotak kosong utk isi password tu masih password lama lagi. Apasal jadi mcm tu eh?

Dengki sangat ym tu dgn aku gamaknya.

Itu hari, ada satu stranger ni dgn ID nama jepun add aku. Gara-gara trauma dgn virus ym sebelum ni, memang siapa2 yg add aku kat ym mula-mula mesti aku ingat ada org nak mem"virus"kan ym aku taw. So mamat jepun ni (aku tak tahu lah die jepun ke tak sbnanye tp anggap je lah ya) chat je la biasa2 bla bla bla dgn aku which aku tak take note sgt pon sbb die tulis dalam english. Aku nak baca dan pahamkan pon dah take time woh. Dah la mula2 aku pg tanya die "ni siapa ek?". Tetibe balas lam english kan, haa kan dah menggagau aku dibuatnya.

Pastu die ada kasi link utk verify what so ever aku pon tak paham. Bukan tak paham, tapi aku malas nak baca sebab ayat die panjang sbnanye. Boleh? Har har har

Apa lagi kan, laaaagi lah aku ingat tu virus. Kesudahannya, on the spot aku close window pastu delete contact. Bole rasa tak aku punya paranoid tu mcm mana?

Hurrmmm..... Pokoknya pantang org send aku link je skang ni, mesti bnda pertama dalam pale hotak aku ialah virus. Mesti aku akan tanya itu virus ke bukan, melainkan aku mmg dah tahu atau aku yg mintak apa2 link..

Moral of the story is.....tak payah la nak entertain sgt perasaan ingin tahu tu kalau dapat apa2 link daripada org yg kita tak kenal. Dibuatnya virus, kan ke dah mengundang kehadiran kuasa-kuasa jahat dalam komputer kesayangan anda?

Ohh..siryes tobat!

- luahan hati mangsa virus ym durjana -

Saturday, October 29, 2011

Hujan hujan pon degil nak keluar jugak!

Salam..

Yaw yaw yawww.. Bila hosmet2 keluar umah dan aku tak ikut sbb ada benda nak buat, maka aku akan mula rasa nak nyanyi lagu rap yaww.. Padahal bukan semua hosmet aku keluar, ada je lagi yg tinggal dgn aku kat umah ni tapi biasalah aku kan.. Ekspresi diri nak ekstrim aje.. Mengalahkan apak hilang anak je gayanya. Ceyt!

Kata ada keje nak buat kan, yg dok menghupdate blog ni ape hal pulak, pompuan??! *marah diri sendiri*

Wa tak sengaja lah. Ingatkan nak hupdate cite ni semalam lagi, tapi semalam wa tak larat aa nak taip. Nak edit gamba lagi. So sebelum wa sambung keje skolah wa, elok lah wa setelkan entri yg tergendala ni (aah memang elokk lah sangat..).

Korang dah tengok tak cite Johnny English?? Yang Mr.Bean berlakon tuuu.. Apa yeh nama sebenar Mr.Bean, lupa dah aku.. Itu hari ada google.. Ada beberapa testimonial aku dapat menyatakan cite Johnny English tu bes. Bila aku layan trailer die, nampak gayanya memang menarik hati jugak.. Soo apa lagi kannn.. dengan lajunya aku bikin plan la sama teman-teman.. Kekeke Lepas maghrib je, jalannnn..

Rowan Atkinson rupanya nama Mr.Bean yg aku lupa tadi.. Ahaa!!

Aku bagi 5 out of 5 ah cite nih! Bes gilaaa.. Sepanjang cite tu, asek gelakk je. Dah naik kebas jugak pipi aku dibuatnya. Memang tak sepi langsung lah panggung time kitorang tengok cite nih. Aku rasa kalau kerusi kat wayang tu takde penyandar, dah jatuh tergolek dah aku atas lantai agaknya. Siryes lawak gila cite ni. Dah dah, pergi ah tengok cite ni eh? Tapi kalau kat Msia mesti dah lama dah tayang cite ni kan? Kitorang kat sini je yg lambat. Mencik ah. Nasib baik cite ni bes. So tak kisah aa lambat pon.. Hihi


Malam tu hujan. Lebat la jugak.. Tapi degil kan, itu laa.. Memula ingat nak naik teksi je, tak payah redah hujan, tapi punyala susah nak dapat teksi malam tu. Kesudahannya, naik angkut merah je laa.. Murah pon murah. Daripada jalan kaki, kann..

Tu yg Nani dok pegang payung tak lepas lepas tu.. Sebab pintu angkut tu kan ternganga je, jalan pulak tak sama tinggi, bila kereta kat jalan sebelah tu lalu, memang baikkk punya rembesan-rembesan air atas jalan tu kena kat kitorang. Entah air longkang ke air apa pon tak dapat dikenal pasti ye anak-anak..


Dalam angkut, jumpa la pulak teman-teman sekuliah, Miss Lily (baju putih) dan Miss Qila (pakai selendang).


Motif nak tayang duit bayar angkut?? Heh. Banyak jugak tuu.. 9 ribu. Beribu riban kauu.. Oh ye, sekarang aku tengah musim jerawat sket. Dari jauh nun di sana pon still bole detect pimple kat muka. Cis.


Ni hosmet aku. Jajan memang tak tinggal.. Padahal sat agi nak sampai kedai makan niha. Ikikiki


Motif gamba adalah nak membuktikan bahwa angkut tak cukup minyak utk hantar kitorang pergi mall, jadi haruslah mampir dulu di pertamina untuk isi ulang oli nya.

*pertamina = stesen minyak
*oli = minyak.sebut minyak pon oke

Poyo tak aku? Demmm tersangatlah poyonya punnn...


Kebulatan muka yg terserlah. Bole celen ke? *angkat kening 2 kali*


Dah penat2 terbahak-bahak tengok Johnny English, kitorang pon lepak2 kat Jco kejap. Nani beli kopi buat syarat.. Kalau tak, memang saja-saja ah mintak kena halau dgn waiter. Ingat tu tempat umum agaknya. Haha


Cukup punk lah tu pakai beg batu-batu besi? Jumpa lipas sekor pon dah lari mencecet.. Eceh.

Hari tu PBL dah setel, tapi dapat tugas kena buat report pulak.. Baru kejap tadi dah siapkan. Tapi, kena buat kerja doc bagi untuk PBL seterusnya pulak. Maksudnya, aku dah siap keja tapi tetiba ada keja lagi kena buat. Pheww~~

Eh. Siapa kata aku kuat mengeluh?? Mana ada wohhh.. Tak baik fitnah. 

Lalalalalalaaaaaaaaaaaa~

Oke babai.

Wednesday, October 26, 2011

Dapat voucher dari Nuffnang larrhhh!!

Salam aleik..

Nak jugak aku letak tanda seru kat tajuk, kan? Memang la dasar gelojoh. Btw, tadi aku cek Nuffnang sekali ada satu ikon tambahan kat kotak biru tu. Ikon tu tulis Chatime Publika. Dengan keterujaan berganda aku pon klik lah ikon tu. Rupa-rupanya dapat voucher Chatime @ Eat Food Village Publika. First time jugak dengar tempat ni, tapi tengok venue macam menarik je.. Halamakkk..pasal apa aku tak cuti ah sekarang ni?? Cis.


Wuwuwu.. Siryes menarik lagi tertarik. Aku baca tadi Nuffnang nak buat bonding session tapi die akan invite 25 blogger bertuah saja. Siapa nak kena isi form yg die ada sediakan kat website Nuffnang (setelah log in). Ha apa lagi, siapa yg rasa2 die ada dapat voucher ni, pergi la isi form tu cepat2.. Mana tau tuah mengena, dapat attend bonding session tu.. Bley le feeling2 retis.. Agagaga

Macam bes kan tempat die?? Sila cakap bes.

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Walaupon aku tak pat nak guna voucher ni (sangat berat oke nak tulis ayat ni..ekstrim tak?).. tapi terima kasih ye Nuffnang, selaku blogger picisan, aku rasa bangga woh dapat voucher ni. Oh agak over di situ. =D

Terima kasih, terima kasih.

Monday, October 24, 2011

Something random, something awesome

Salam aleik..

Hai. Selamat hari isnin. Sebelum pape, nak kasi tahu dulu, entri hari ni memang random, tapi takde la awesome sangat pon. Disebabkan nak cari perkataan yg hujungnya sama dengan "random", maka tu yg bnda yg tak ohsem pon nak letak ohsem jugak.

Ini cerita tak berapa nak baru, tapi aku nak cerita jugak. Padahal takde idea. Booooo


Hari Sabtu kemarin, aku ikut dua orang membe aku kat sini pergi makan kat satu kedai ni. Nama kedai tu Bakmi Tanjung Duren. Bakmi tu kalau tak silap aku, bakso campur mee. Kalau tak silap la, pasal aku tak layan sangat bakso kat sini. Walaupon bakso tu femes even kat Msia pon kan, tapi entah. Rasa mcm tak bling bling. Ceyt. Makanan pon nak yg bling bling aje.



Sementara nak tunggu makanan tu, boleh la nak mengunyah-ngunyah. Dia ada sediakan kerepek2, ada la cakar ayam macam yg kat atas tuha. Tapi kat sini nama die lain kot. Tak tahu la die panggil apa. Dua kawan aku tu dah pernah pergi makan situ, diorang kata oke, tu yg aku nak ikut tu. First impression, oke jugak tempat die, tak jorok. Jorok tu maknanya kotor. Haha


Tetibe je aku terasa nak makan bakso pulak hari tu. Atas ni aku punya, bihun bakso. Aku tak recommend lah bihun bakso die. Tak sedap mana pon. Sup tak panas, lack of seasoning, bakso pulak quite raw. Eceh. Nak cakap pesen2 cheff dalam Hell's kitchen tu kunun.. Ahaks.


Tapi tak dapat dinafikan tom yam die memang sedap. Boleh lah nak lepas kempunan nak makan tom yam kat Bakmi Tanjung Duren ni. Tom yam die terasa, lepas tu isi pon die tak kedekut. Siap letak kupang. Yg dengan kulit ada, kat dalam tom yam tu kupang yg dah dilepaskan dari kulit die pon ada. Puas hati la, lagipon tom yam ni bukannya makanan lazim kat Jakarta. Bila ada kedai lokal yg jual tom yam dan sedap, memang kena take note la. Hehe

Dua membe aku tu die makan tom yam dgn nasi putih dan telur dadar. Oleh kerana nasi dan telur dadar tu mcm bersifat universal je, jadi aku malas nak snap gamba.


Balqis ni hosmet aku sebenarnya. Ups. Currently not available y'all.. :D


Abaikan muka selebet aku yg mengalami hari-hari yg sibuk dan memenatkan tu ya (macam kan sibuk sangat.cehh).. Dengan spek buruk nya, tudung pon main sarung je asal boleh. Hahaha Mesti orang pon segan nak jalan sebelah aku kan?

Sebelah aku tu Nani. Dia panggil aku "tiqa soul". Kadang-kadang "soul" je.. Ada macam nama penyanyi rap tak? Wakaka

Esok, kena datang kampus pukul 6 pagi. Kitorang ada lawatan ke kilang-kilang. Nanti nak kena buat report pulak lepas tu.. Tak lupa juga esaimen PBL yg menanti. Mana nak ready makalah, mana nak ready kan slide ohp nya.. Next week pulak minggu exam untuk blok 28 ni. Hah, cuba lah cari tang mana yg ohsem dalam 2 minggu ni. Jumpa tak? Ngaaaa

Tapi semalam sempat jugak aku tengok ANTM cycle 17. Bab curi masa memang panjang je akal aku taw.. =D

Kay bai korang, jgn lupa cuci kaki kalau nak tidur ya~

Thursday, October 20, 2011

Biar muka macam kaktus, yg penting hati wangi macam lavender beb!

Salam..

Sejak dua menjak ni, gua dikelilingi oleh kisah-kisah benar yg syahdu bole tahan.. Lagi nak buat gua tertanya-tanya mana datangnya sifat-sifat manusia yg pelik-pelik atas muka bumi tuhan ni.. Moga Allah jauhkan diri aku sendiri dan kamu juga daripada sifat-sifat yg x baik ni, aminn..

Kejap guna "gua", kejap guna "aku". Memang la ada personality disorder agaknya aku ni. Tapi tak sebenarnya. Bila aku rasa nak mencarut, aku guna la "gua". Sebab bila guna "gua", aku rasa macam mat dedau sket. Boleh mengelakkan daripada mencarut. I don't know how it works, but it does..really.. in a weird way~ Haha

Sebenarnya apa aku nak cite tadi ah?  *T__T

Pasal hal rumah, alhamdulillah semua oke.. Memang ibu rumah nak naikkan harga sewa, tapi nasib baik sejuta. Eh rilek rileksss.. Bukan sejuta ringgit, sejuta rupiah ye kawan-kawan. Itu pon kira bersyukur la ibu tak naikkan banyak2.. In fact, dah tambah sejuta pon belum cecah harga rumah sewa ni sebelum kitorang tawar kat ibu rumah masa mula2 nak pindah masuk sini dulu. Jadi, kira orait lah ibu dan pemilik sebenar rumah ni yaitu anak beliau sendiri yg baik hati untuk mempertimbangkan kitorang ni yg masih belum punya duit gaji sendiri.

Hari tu aku baru habis exam kan, the great news is we are having another exam on next Monday! Yeayyy~~ Like it will never end, aite? Tak ape laaa.. Nama pon pelajar. Haruslah kerjanya belajar kannn..

Daripada aku bergundah gelana, bermuram durja bagai.. Baik aku enjoy je semua. Pahit, manis, kelat, masin, masam.. Kalau manis je pon x sedap jugak kan? Mestilah ada pedas-pedas sikit, masin-masin sikit.. Barulah variety!!! Betul takk?

Haa ini yg aku nak lari topik pasal makanan pulak ni. Madang je nak entertain perut sendiri kan? Food lover la kunun.. Eceh.

Kay ah. Aku ni memang susah betul nak stay focus kat tajuk kalau menaip entri. Macam ni lah kesudahannya. Terima kasih ye pada yg sudi membazir meluangkan masa kat sini. Jemputlah tinggalkan link, just give me some time and i'll check out ur links okay.. Tq, tq.

P/s:  Klik lah iklan sekali yeee... Muahaha

Monday, October 17, 2011

Hakikatnya setiap manusia ada sifat tamak dalam diri, kan?

Salam.

Bila dah mendekati hujung2 tahun ni, manusia-manusia yg bergelar perantau (perantau lah sangattt kau kann) macam aku ni akan mula pening kepala, mual, loya tekak, rasa nak pitam..semua lah ada. Gara-gara kontrak rumah semakin menghampiri tarikh tamatnya.

Dapat pulak berita tuan rumah mungkin akan naikkan harga rumah. Lepas satuuuu satu...adaaa je benda yg berpotensi nak jadi masaelah *baca macam Nujum Pak Belalang*.

Kadang-kadang bila kita jumpa orang tu, rasa-rasanya macam baik je.. Dalam hati, "dia ni mesti takkan nayakan orang ni..bole lah trust".

Tapi ye lah kan, rambut memang sama hitam, hati lain-lain. 

Jangannn...jangan lah senang sangat percaya kat orang. Oleh itu, janganlah anda dan anda percaya sama saya. Muahahaaa.. Tapi saya ni tak pandai menipu taw. Taw. Tak caya sudah. Bluekk. =P

Oke lari topik.

Btw, aku ada cite tak itu hari ada rusuhan dekat jalan depan kampus aku? Waktu tu siang (memanglah siang, malam2 kampus tutup kowt), aku baru habis skill lab. Tetiba aku tengok bebudak kat luar macam tengah haruk semacam je. Rupanya ada rusuhan. Die main bakar-bakar pulak tu. Ada bas kot yg kena bakar. Dari tingkat 3 bangunan kampus aku tu, aku boleh nampak asap kepul-kepul.

Dengar kata diorang baling batu randomly kat mana2 kereta yg lalu kat situ. Tak lama lepas tu, aku tengok gate kampus dah ditutup. Semua orang tak dibenarkan keluar.. Takut pape hal jadik kan.. Lagipun mahasiswa memang tak dibenarkan ikut rusuhan..

Bila dah gate tutup tu, apa lagi kann.. Kantin sarat habis aa. (Boleh plak aku nak membebel pasal kantin ramai orang..bahaha). Untung aku dah makan kenyang2 sebelum kelas pagi tu. Malas jugak aku nak berebut pinggan kat kantin tu. Haha Bunyik nak ekstrim je kan?

Pasal rusuhan tu, aku tak sure sebab apa, tapi kemungkinan sebab berebut tanah dengan pemerintah diorang kot sebab diorang nak besarkan jalan, so yg duduk kat tepi2 tu supposedly kena pindah. Tapi diorang yg duduk kat situ takmo pindah. Something like that la sikit lebih kurang.. Hehe

Hopefully lepas ni takde dah lah rusuhan dekat2 area yg kitorang duduk ni.. Kalau tak, cmne wa nak gi beli pecel lele.. Huhuhuu

Sunday, October 16, 2011

Puff sleeve. Where does it come from?

Salam..

Siapa pernah pakai shoulder puff cardigan? Puff jacket? Puff dress? Ataupon apa2 saja pakaian yg puffy sama ada di bahagian bahu, lengan, ataupon pinggang..mesti pernah kan? Me too!! Hehe

Tahu tak anda yg puffy style ni dah ada kat dunia sejak akhir 1700 dan awal tahun 1800? Zaman dulu kala, biasa orang gayakan dekat pinggang. Tu sebab gaun orang dulu-dulu selalu kembang2 kalau kita tengok cite orang putih lama2 kan kan..

Dari tahun 1820 sampai 1840, orang mula mempelbagaikan rupa bentuk dan "volume" pada puff sleeve ni. Ada puff sleeve yang dia buatkan puff tu dari bahu sampai pergelangan tangan, dipanggil "gigot sleeve".

Puff sleeve, along the arm and waist. Cukup puffy takk???

Puffy style ni sebenarnya melambangkan kemegahan bagi kerabat-kerabat diraja pada zaman dulu. Kalau kita perasan, kebanyakan disney princesses dan Shakespearean heroines selalu pakai puffy dress. Kan?

Seiring dengan peredaran zaman, banyak berlaku transformasi pada puff sleeve ni. Masa tahun 80-an, puff sleeve ni tengah meletup-letup, even kat Malaysia pon kita boleh nampak sebenarnya. Kalau kita belek-belek gambar2 lama mak2 atau makcik2 kte, baju kurung diorang selalu ada puff dekat atas bahu. Perasan tak? Sampai zaman 90-an pon masih ada tapi dah slow sket. Bila masuk tahun 2000 dan ke atas, puffy style dikatakan ada "comeback"..

Orang mula menggayakan puff cardigan, puff dress, puff jacket.. Macam-macam nijam ni nak ada puff. Seluar pon dah ada yg nak di "puff"kan. Huhu

Waist puff.

Cardigan kot ni..

Abaikan tulisan cina tu. Yang penting jacket tu gojes. Gojes. Gojes.

Tiba- tiba je aku nak kasi ceramah pasal puff sleeve kan kan? Sebab aku tertanya-tanya sbnanye mana datang pesen bahu kembang2 ni. Kalau dulu-dulu baju kurung mak2 kita banyak lah yg bahu kembang2 ni, masuk pertengahan zaman 90-an, orang dah tak nak pakai sangat dah baju2 pesen tu. Outdated katanya..

Tengok, sekarang ni bukan main lagi semua benda nak puff-puff. Fesyen dulu-dulu yang orang kata dah outdated tu la yg tengah "up" sekarang ni.

Siapa kata orang dulu2 tak fashionable? Sampai sekarang banyak je idea orang dulu2 yg orang zaman sekarang celup. Cuma banyak inovasi je.. Tu sebab nampak berbeza. But the idea is still the same..

P/s: Nanti nak tawen nak pakai dress yg ada puff puff jugak lah. Baru royal!! Ahahaha..  =P

Friday, October 14, 2011

Minggu kuliah yg padat dan gangguan tidur dan Zoe Saldana

Salam.

Obviously,  sekarang dah pukul 1:20 waktu Malaysia, bererti pukul 12:20 waktu Indonesia. Bukti tak berapa nak kukuh untuk menunjukkan bahwa aku mengalami gangguan tidur. Bukan apa, gangguan tidur yg aku alami itu bukan sebab aku susah nak tidur ataupun bahasa kunun-kunun-canggih nya ialah insomnia. Bukan. Bukan itu.

Gangguan tidur yg aku alami ialah gangguan untuk bangun daripada tidur. Dia punya feeling tu macam baru kena hempas jatuh dari atas bumbung lah jugak. Punya susah nak bangkit. Memang rasa macam nak siku-sikukan jugak diri sendiri sebenarnya. Tapi nak buat camne, tak sampai pulak. Huh.

Kuliah, kuliah........dan kuliah. Lepas tu kuliah lagi. Lepas tu kuliah lagi.

Masuk jam-jam terakhir tu, aku pon macam dah bawah sedar je. Punya dalam tenungan aku ke papan slide. Tembus sampai nampak rumah sewa aku. Pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah sampai kat bilik. 

Oh danggg.. Lupa lagi nak balut modul. Dah nak masuk minggu kedua blok baru dah ni. Haish..

Dan tadi, aku kenal dengan sorang pompuan hot. Hot. Hot. Bak kata lecturer kat kampus, "cewek hangat".. Hehe

Muka je cukuplah kowt. Har har harrr

Pasal aku tengok cite baru dia ni, "Colombiana". Cite ni berbentuk action, tahap lupa nak gigit sebelum telan popcorn jugak la..untuk orang jakun. Macam aku. Tapi tak jugak sebenarnya.

Overall, aku letak 4.75 out of 5 jugak lah untuk cite ni. Pasal die ada efek berbentuk psikologi pada aku. Senang cite, engkorang tengok je la sendiri cite "Colombiana" ni ye.. Kalau tak minat filem aksi, oke la tak payah layan. *padahal takde sapa nak heran pon kalau aku tak kisah org tak nak tgk cite ni..ha3*

Hurmm.. Besok belajar balut membalut pulak. Tunggu je lah siapa bakal mangsa yg nak kena bungkus dgn aku. Siapla macam ikan stim masak 3 rasa aku kejakan. Heh. Saja je nak mempersendakan diri sendiri.

Kay baibai..~

Saturday, October 8, 2011

Melopong depan laptop sambil makan coklat m&m. Ohsem tak?

Salam aleik..

Ngahahahaha.... Ekceli aku baru habis layan cite Pirates of the Caribbean; On Stranger Tides. Jujurnya aku tak ikut pon daripada siri pertama. Tiba-tiba yg ketiga tu aku tengok gara-gara pengaruh rakan sebaya. Time tu keluar kat wayang, so menengokkan teman-teman sekampus bukan main kepalang lagi excited nya, maka aku pon secara tak sengaja join the club jugak lah kan.

Macam lalang kan hidup aku? Angin buai ke kanan, aku melentok ke kanan, angin buai ke kiri, aku pon melentok ke kiri. Macam tu eh aku bawak diri? Ish ish ish.. Mana boleh woh?? Kena ada pendirian tahu??! (Ni siapa marah siapa pon aku tak tahu laaa).

Apa benda la aku nak makan malam ni ye? *fikir fikir! na na na na na..*

Siryes aku copy url image kat google je. I own nothing.

Tahu nasi padang tak? Kalau engkorang mai Indonesia, engkorang memang akan jumpa banyak stall-stall makanan kat kiri dan kanan jalan, baik makanan ringan, maupun makanan berat. Nasi padang ni ada jual kat stall kecik-kecik, tapi kalau nak yg mahal sket pon takde masalah sebab nasi padang ni die ada jual kat restoran besar-besar jugak.

Biasalah orang Melayu kan, tak jumpa nasi mana boleh. Jadi, nasi padang ni memang selalu jadi pilihan lah kalau nak cari makanan yg heavy.

Eh ni apa pasal aku mcm buat promosi akhir tahun je nih? =P

After all, sebenarnya tadi aku nak cite yg tadi aku lunch nasi padang.. Kesudahannya aku mcm nak bagi guide dekat pelancong pulak dah.

Sambung lagi sket, nasi padang ni lauk-pauk die lebih kurang je mcm style kita, orang Melayu. Mungkin beza dari segi penyampaian (apa jadah pulak penyampaian peginya ni) lauk-pauk dia je.. Misalnya, mungkin sambal die tak sama mcm sambal kita yg plain kaler merah tu kan. Sambal kita biasanya org masak dulu melainkan sambal belacan. Tapi sambal die, lenyek-lenyek pakai batu giling tu nanti ada la ingredient lain dia tambah which aku tak tahu detail sgt. Tapi sedap! Tu satu contoh laa.. Mana tau nanti ada antara korang nak dtg sini ke kan, takde la terkejut tengok sambal die kaler hijau. Nampak macam cili padi tu die lenyek2 fresh camtu je dari kejauhan. But suprisingly, sambal yg hijau tu la yg tak pedas. Sambal yg merah tu lebih hardcore.

Kalau bab makanan, aku boleh kasi ceramah panjang free-free je kat orang. Jangan lah kau suruh aku cite pasal pengetahuan am ke, isu-isu semasa ke.. Yang itu aku ada kurang sikit. Tak banyak la, sikit je.. Heh heh.

Itu pasal la aku punya blog ni jenis free style. Sebab nak buat entri bersifat ilmiah ni, mau aku kena stay up dulu study apa yg patut. Hahaha

Itu pasal la aku selalu end up entri aku dalam keadaan aku sendiri tak reti nak buat kesimpulan drpd entri aku. LOL!!

Terima kasih ye kat korang yg singgah baca dan komen.

Friday, October 7, 2011

Pssttt.... exam dah habis~

Salam..

Muehehe..... *menyeringai. kalau engkorang tengok mesti bulu roma meremang. haha*

Hurmmm... Memang lah lega dah habis ujian. Tapi jadual kuliah next week utk blok 28 dah dapat dah. Ye. Sejurus selepas bangun dari kerusi, terus pergi ambik kertas jadual blok baru yg pack tak reti nak agak-agak.

Kelas full dari pukul 7.30 sampai 4.00 petang. Full yaaa... Means, waktu recess pon dia buat kelas jugak. Memang tersangatlah great nya.

Ini namanya mental harassment ni. Tapi takpa....takpaaaa.... Bagi can la sket kat dia nak buli aku kan.. Heh heh.

Niagara Falls, Ontario.

Aaaaaaa... Bes kan, cantik kan air terjun Niagara tu? Punya la besar. Kalaulah dapat pergi sendiri..alangkah bes nya.

Dari pembacaan aku, Niagara Falls ni merupakan sempadan Ontario dengan U.S state of New York.. Ontario tu kat Canada.. Entah betul entah tidak, tapi aku tulis balik je apa aku baca tadi. Maklumlah, orang buta geografi (bak kata ayah aku..haha) mcm aku ni, nak harapkan menghafal peta tu idak le kann.. Absorb je laa apa yg aku jumpa.. Kalau salah, tolong le betulkan ye.. *mood mak nenek*

Victoria Falls, South Africa.

Cantik taakkkk??? Cantik kannnnn... Huhuhuhh *gosok-gosok tangan kengkonon terasa udara sejuk kat Victoria Falls*


Haaa yg atas ni jgn x kenal pulak ye.. Bukan kat Mumbai maupun London. Tapi kat Hilir City. 

Tau tak Hilir City tu kat mana?? Haha

Hilir City tu Bandar Hilir laaa.. Kat Melaka.. Aku kan orang Melaka.. Keh kehs.

Eh aku ni berhajat nak jadi Menteri Pelancongan ke apa nih kan?? Dah la, wa nak pergi picit jerawat. 

Kay bai.

Tuesday, October 4, 2011

Keyword yang mengundang kekeliruan dan rasa sesak nafas

Aku tak boleh tahan lah daripada menghupdate tentang keyword yg aku jumpa semalam. Tetibe terus jadi rajin nak buat screen capture taw. Boleh tahan penangan keyword ni eh?


"MENGAPA KITA DIEJEK SAKAI"

Bercampur-baur jugak la perasaan aku bila jumpa keyword ni. Kau orang mungkin rasa macam takde apa sangat keyword ni. Takpe lah sebab aku je yg paham perasaan ni kan.

Tak sangka blog aku mengandung jawapan kepada persoalan mengapa seseorang itu diejek "sakai". Demmmmmm.. 

Like...seorang remaja muda merasa hairan kenapa teman-teman sekolahnya sering mengejek sesama mereka dengan perkataan "sakai". Lalu remaja tersebut yg penuh dgn perasaan ingin tahu menggugel selaju mungkin apakah yg menyebabkan seseorang itu diejek dgn perkataan "sakai".

Dan selepas beberapa saat butang "search" diklik.. BAAAMMMM!!!! 

"Inilah jawapannya!!!", maka blog aku pon terpampang dalam hasil carian.

HAHAHAHAHAHAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

How fun is that?? And now i am making fun of myself.

Oh sori uol.. Minggu xm aku memang selalu mengalami personality disorder. Hehe

Monday, October 3, 2011

Exam lagi dan lagi

Assalamualaikum..

Membe lama masa duk matrik dulu kata aku asek exam je.. Kejap2 aku chat ngan die, esok nak exam la, next week nak exam la.. Apa takde keje lain ke kampus aku ni kan? Exam je manjang.. Kapan belajarnya dongg??? Haa kan dah keluar bahasa keramat gua.. Kahhh!!

Sebenarnya, dulu2.. masa sistem kitorang belum dirombak, kitorang memang exam setiap penguhujung blok sahaja. Tergantung blok tu ada berapa minggu. Kalau blok tu ada 4 minggu, maknanya 3 minggu kuliah dan praktikum, minggu keempat tu minggu exam..

Tapi sekarang ni dah tukar sistem. Satu blok hanya ada dua exam bertulis. Exam pertama tu dia buat kat tengah-tengah blok. Jadi time exam pertama tu kira tak habis belajar lagi semua silibus dalam blok tu.. Tapi kadang2 yang belum dikuliahkan pon, ada soalannya dalam exam. Perasaan?? Rasa macam nak lari rumah jugak la.. Tapi alhamdulillah setakat ni aku takde lari rumah lagi.. Tak tahu la lepas ni kowt2 aku nak lari ke kan.. Heh heh


Apa maksud ayat dalam gamba atas ni eh?? Aku tau copy url je lepas tu tepek kat entri. Kesudahannya, apa aku tepek pon aku tak tau. Haha

Ada orang mungkin heran kenapa aku dah tahun empat kat universiti tapi aku belum klinikal kan? Kalau kat Malaysia, tahun kedua dah mula klinikal kan?

Sebabnya ialah....... Program kitorang kat sini, teori adalah selama 3 tahun setengah. Ye, betul tu 3 tahun setengah. Siap ada setengah.. Nak jugak setengah kan, suka hati kau la labu.. Yang penting lepas 5 tahun, bole balik Malaysia makan burger Ramli puas-puas.. Nyummm!!! Sedapnya woh burger daging spesyel cap Ramli. Kat sini tak dapek la melainkan kau bawak dari Malaysia.. 

Sekarang ni aku dah blok 27, kalau yg aku tahu..... Blok terakhir utk teori ialah blok 30. Jadi sisa yg tinggal masih ada 3 blok lagi. Minggu ni adalah minggu final exam untuk blok 27. Hati berdegup-degup kencang tanda ada rasa cuak.

Mana tak cuak kan, orang dah stat prepare, aku boleh dok termenung lagi fikir nak mula dari mana. Macam la kau tak pernah exam kan? *saja nak bambu diri sendiri*

Okay lah. Wish me luck, guys~

P/s:  Tak sabarnya nak habis exam dan bergoyang kaki di rumah.. Walaupon sekarang tgh goyang kaki jugak, tapi kalau lepas exam dia punya feeling tu jauh lebih bes.. Hihihi

Sunday, October 2, 2011

Mimpi dapat BE dari Nuffnang. But seriously?? It'll never happen anyway..hahah

Salam

Gyeahh.. Cerita itu betul. Memang aku ada mimpi dapat BE itu hari. Orang kata apa yg kita mimpi tu selalunya tak akan berlaku. So, just let it be.. Dreams are just dreams..

Aku ni kalau mimpi memang tak agak. Segala jenis genre pon bole keluar. Mimpi apa engkau orang nak, ce cakap. Fiksyen, fantasi, seram, horror, wahhh semua lah pokoknya. Macam tengok movie je pulak..

Kalau aku cite pasal mimpi aku kat ayah aku kan kan nanti siap dia tanya aku, "mimpi awak tu kaler-kaler ke hitam putih??". Hahaha Ayah kata kalau hitam putih tu zaman tibi takde kaler le tu.. =D

Tapi betul jugak la kowt. Pasal kadang2 memang aku mimpi hitam putih, kadang2 aku mimpi kaler-kaler. Tapi selalunya kaler-kaler lah.. Kowt.

Btw, aku jarang hupdate blog sekarang sebab aku lately ni selalu tak tahu apa nak buat. Masa tu ada je, tapi intention tu yg takde, tu yg aku jadi blogger pemalas tu.. Tapi memang betul pon.

Tapi setiap hari ada je org singgah sini.. Terima kasih woh. Terharu ai taw..

Okay bebeh. Till then !!