Thursday, October 13, 2016

My OCD Story

Assalamualaikum readers...

Sebenarnya, ini bukanlah satu topik yg seronok sgt utk aku ceritakan kat sini. Tapi aku rasa teringin nak share. Mungkin sbb aku rs makin selesa merepek kat blog ni kot. Haha

Aku jenis yg introvert most of the time. Jd jarang la aku nak reveal cerita2 psl diri sendiri kat org especially dgn org tak kenal. Baru few years ago kot aku rs aku lebih berani mengekspresikan diri berbanding dulu2. Itu pon sebab pengaruh kawan2 dan faktor sekeliling.

So, apa benda OCD ni sebenarnya? Yg org duk sebut2 OCD OCD, ntah betul ntah tidak je kena dgn definisi sebenar kan?

DEFINISI:

Aku letak sekali revision psl OCD sket sebelum aku cerita psl aku ya. Kasi terbukak sket pandangan memasing psl disorder ni. Ya, I used to be a bookworm but it was long ago lah. Hahaha


Oke, yg ni pulak real story by a woman on the website.



MY STORY:

Aku sebenarnya tak ingat bila benda ni start. Probably few years ago. Awal-awalnya mungkin aku rasa mcm was-was lah senang cita, contohnya bila cuci tangan pakai sabun, aku lama betul nak bilas sabun tu sbb nak pastikan betul2 bersih la bilas kan. Contoh lain, mungkin time ambil wudhu kot. Kalo tang wudhu ni seingat aku masa zaman sekolah asrama lagi dah ada tebiatnya. Ikut sunnah patutnya 3 kali kan each part but it was so hard for me to do it just 3 times. I remember doing wudhu multiple times just for a single prayer back then. Kalo basuh baju pon sama. Susah nau aku nak berenti bilas baju. Tapi dulu it was the "obsessive" rituals sahaja.

Symptoms tu pandai berkembang oke. Dia akan develop. And at one point I started to experience the "compulsive" part of the disorder. Aku mula bermain dgn nombor. Aku start mengira setiap pergerakan aku to certain numbers until I feel satisfied baru aku buat kerja lain. Pernah satu masa tu, aku ada habit mengira nombor plat kereta2 yg aku tengok sepanjang jalan raya. Aku jumlahkan setiap nombor plat kereta orang like 8 + 9 + 7 + 1 =25. Kalau aku tak kira nombor2 tu aku rasa tak sedap. So kalau dalam kereta je aku selalu mengira sampai aku rs letih tp aku susah nak stop. Pelik tp benar.

Tapi symptoms tu pon pandai hilang timbul. Each rituals mcm ada cycle dia. Bila aku develop new ritual, kadang2 ritual yg sebelumnya makin lama makin hilang..

Macam dlm real story pasal Diana kat atas tu tadi dia kata ms dia kecik dia rs mcm tak bole pijak bahagian jalan yg retak kan? Macam aku, aku ada satu perasaan yg aku kena step on mosaic blocks for certain times before I go. So usually I will count steps on mosaic blocks inside my house especially before I go out. Aku mcm ada satu perasaan yg bad things will happen if I don't do it. Sama la kalau aku cuci pinggan, buka/tutup botol air, buka/tutup pintu, letak cawan atas meja, and the list goes on. Ini lah the "compulsive" part yg tersangatlah disturbing.

Ada makcik aku kata, kena ignore, ignore dan terus ignore supaya die tak jadi habit. Memang ada betulnya jugak. Tapi hati mau kental la. Because if it's in you for years, biasanya bukan sng nak lawan. Especially the "compulsive" part.

But one thing aku perasan, the symptoms mcm ada kurang sket kalau aku ada dekat public area. Mungkin sebab rasa insecurity kot if people notice that I'm OCD person. Haha Baguslah kan, kurang2 la sikit..

Aku still bersyukur sangat2 OCD aku bukan la teruk2 mcm byk kes kat luar sana. And aku selalu doa one day aku takde OCD dah, amiin..  I will try to fight it too.

Alamak, sedar2 dah tertaip sampai sini ek. Nak delete balik entri ni boleh? Haha

Takpe lah. At least mungkin lps ni org da tak heran kalau jumpa perangai pelik2 kat luar tu sbb da pernah baca psl OCD ni.

Dah. Tu je for today.

Bye

Thursday, September 22, 2016

Make up Tips for Dry Skin

Assalamualaikum readers...

And good evening sebab sekarang tgh evening.. hehe Sejak kebelakangan ni kulit aku dlm keadaan yg tidak memberansangkan dan sensitif. Kering, eczema, gatal, flaky at certain area, ada masa timbul cik pimple. Naissss sangat. Tu antara salah satu sbb tak bernafsu utk update entri kat blog. Huh. Tak berdedikasi nya.

Okay, jadi aku dah search dan menjalankan usaha menggali tips-tips penggunaan make up utk kulit jenis kering. Bak kata make up guru kat utube (kudos to Make up Geek), make up proffesionals pon sometimes akan mengalami bad make up day jugak, tak semestinya everything on fleek every day. Kadang-kadang kita akan mengalami masalah cake face, make up bercapuk, tak stay in place, lps tu tak tahan lama. After few hours, bole nampak make up product tu mcm 'terapung' je atas kulit like patchy as h*ll and you start wondering why life is doing this to you. Sedih. Uhuk uhuk.

Lepas aku mencuba itu ini, akhirnya aku jumpa cara yg berkesan bagi kes kulit aku ni.

Ni pun gabungan dari pelbagai tips yg aku dapat kat internet lah dari make up pros seantero dunia. Gitu. Boleh cuba, boleh cuba (kalau ada masalah kulit kering la).

1. Use a hydrating sheet mask at night.
Pakai la ape2 mask yg focus utk mosturizing waktu malam especially kalau esok mmg ada niat nak full make up. Lagi rajin pakai mask, lagi elok la utk kulit. Setakat ni, mask yg aku personally prefer utk lembapkan kulit adalah mask hyaluronic acid, aloe vera, bird nest, honey and royal jelly, ngan bamboo essence. Any brand will do. Choose your own favourite masks. :)

2. Always use a good toner for your skin and mosturiser/serum/essence before make up.
Sebelum ni aku ada pengalaman rasa frust sbb make up selalu bercapuk kalau pakai skincare sebelum make up. Tapi I learnt that we should not wear make up with nothing on our face sebab kelembapan kulit tu nombor satu utk mendapatkan hasil make up yg flawless. Nak tak nak, harus guna skincare mcm biasa. Tapi persoalannya, mcm mana nak buat supaya foundation tak capuk kalau pakai skincare, kan?

Jawapannya, guna yg gel type atau water based skincare. Ini hasil ekperimen aku sendiri lah sbb mmg try and error utk cari skincare yg sesuai pakai under make up. Jadi, aku personally guna serum face shop yg aku guna sebelum ni. Yg niha

Kadang2 kalo aku terlupa psl serum ni, aku pakai aloe gel je guys. Haha

3. Apply primer with a beauty blender with dab motion.
Seriously, mmg better guna beauty blender berbanding pakai tangan.

4. Apply foundation only with the right amount with a beauty blender, and focus more at the outer side of your face (areas which normally has less wrinkle).
Jangan overdo your foundation sampai berlapis-lapis, mmg akan cakey punya. Pakai secukupnya, ikut jenis foundation yg kita pakai. Kalau lightweight, bole up to 2 or 3 layers, tapi kalau korang pakai yg full coverage, rasanya selapis setengah pon dah memadai. Pandai2 la kira selapis setengah byk mana hahaha.

Satu lagi aku belajar, foundation tu kita should blend dari tepi ke tengah, sbb area pipi dalam (sebelah hidung, bawah mata) tu adalah area yg selalu kita ada open pores, large pores jadi biar secukupnya sahaja lapis foundation kat situ. Makin tebal, makin tak senonoh segala crease and wrinkles tu. 

5. Apply thin layer of concealer at concerned areas or areas that you might want to brighten up a little bit.
Ini pon sama, jangan over do. 

6. Apply powder only at T-zone (part that usually gets oily after few hours wearing make up).
Lepas aku try tips ni, aku rasa nampak perbezaan sgt. Kalau sebelum ni aku apply powder whole face after foundation, lepas tu capuk rasa cam nak padam balik semua. 

7. You might skip powder if needed.
Kalau takde masalah oily skin, tak guna powder pon takpe sebenarnya. Melainkan korang guna sebum free powder atau colorless powder yg mmg setting powder tu boleh la kot sket2 je. *taktau la org paham ke tak aku tulis ni

8. Amazing tips for dry skin: dab powder with a sponge or your beauty blender. Avoid using brush as it will make your foundation look patchy and cakey Yikes! This works amazing on me. *dua jempol*
Dgn kulit aku yg kering sekarang, aku perasan mmg tak sesuai betul guna brush da buat masa ni la. Habis lari semua make up. Pakai beauty blender baru oke. Kesudahannya, eyeshadow pon aku guna jari je hahaha. Troma betul gamaknya dgn brush.

9. Do not bake.
Kalau uols ada masalah kulit kering yg kategori medium-ekstrim, lupakanlah niat utk baking. Ia hanya akan mengundang cake face. Bukan aku cakap, akak Make up Geek cakap. Tapi aku mmg tak pernah baking sbb takde loose powder. Lulz.

10. Then, proceed with your eyes and lips make up.

11. Finish and you can walk out the door with confidence. Hehe

Aku harap ada membantu lah sedikit-sebanyak utk those who have dry skin and struggle with cakey make up. Semoga bermanfaat.

Selamat mencuba!

Gambor hiasan aktiviti aku petang tadi yg takde kena-mengena dgn entri ni.

Kerom, anyeong~

Thursday, September 1, 2016

Entri Sembang-sembang

Hai! Assalamualaikum

Pepetang yg hujan renyai2 ni, sambil dengau lagu Cherry Blossom by Busker-busker yg evergreen die punya sweet-sweet ni, aku takde mood nak update entri serius. Nak sembang-sembang je.

Walaupun begitu, aku still ada mood nak cuci berus-berus mekap aku yg ntah le bila last aku cuci. Haha

How I wash my make up brushes:

- Basahkan brush dengan air.
- Gosok-gosok bulu brush dengan shampoo. Jgn guna sabun cuci pinggan ye. Kematu lah berus ko nanti.
- Korang bole guna senduk nasi plastik sebagai papan sental ye. Aku blaja kat utube. Gonyoh2 berus tu kat kepala senduk nasi yg bertekstur tu. Nanti bersih le dia.
- Bilas sampai hilang sabun tu.
- Keringkan betul2. Kalau rajin, blow dry lah. Aku malas.
- Pastu simpan balik berus ya. Jgn buang pulak.

Penting ya keringkan berus. Nak-nak kalau kita basuh make up sponge/ beauty blender. Kalau tak, kuman membiak kat situ. Silap2 berkulat la sponge kau. Huhu

Sebenarnya aku ada mission ni.

Mission nak tukar henpon. Sbb masalah rare camera henpon HTC aku skang ni. Aku ada usha few brands.

1. XIAOMI REDMI NOTE 3 PRO


2. XIAOMI REDMI 3 PRO


3. HUAWEI P9
4. OPPO F1 PLUS SELFIE EXPERT

Tak aci kan? Mentang-mentang Kak Nora Danish jadi duta Oppo selfie ni, nak jugak terselit dlm wishlist aku. Ceh.

Jangan pelik ya kenapa Iphone tak termasuk dlm options aku. I'm different. Aku tak suka bnda yg terlalu mainstream. Aku suka lain drpd lain. Now kan sana sini org pakai Iphone. Cuba tetiba aku pakai Xiaomi. Bukan ke satu kelainan tu? Hehe

That's probably why I chose HTC sebelum ni. :)

Ada cadangan tak which one I should go for? Aku tengok review psl semua henpon2 kat atas ni sume best2 belaka. Berubah-ubah hati aku nak yg mana satu.

Oke ni je sembang petang nya.

Anyeong~

Monday, August 1, 2016

Tried and Tested #2

5 in 1 Beauty Care Massager (made in China)

Kali ni aku nak review beauty tools yg tak lama sebelum ni pernah hot kat market. Boleh nampak macam2 brand pon keluarkan tools yg mcm ni. Dari yg murah sampai la yg beratus-ratus, yg satu set nak dekat seribu pon ada.

Yaitu benda alah ni


Disebabkan aku penasaran sgt nak tahu camne rasanya guna cleanser tools ni, mula lah aku menggodek Lazada.. Sekali jumpa lah yg niha which takde brand specific dan buatan dari China, siap ada tulis "as seen on TV" lagi kat kotak die. Haha

Murah je. 

Price: RM 16.20

Dapat la satu kotak camni ha


Benda ni guna bateri AA. Dua bijik.

Tak dapat bateri percuma ya. Kena beli sndiri. Nasib baik aku beli AA. Terlupa nak tengok bateri pesen apa die pakai. Sampai kedai tercengang kejap. Baru betul.

Dia ada 5 kepala:

- Crude polish accesory to rip the tough skin and cutin off.
- Latex soft sponge for eye, cheek massaging.
- Make up sponge.
- Rolling massager (which sbnanye bagus jugak kalau rajin buat tapi yg ni kepala die x compatible dgn tools ni, so bad)
- Soft brush (cleansing brush).

So basically kita boleh tukar2 kepala tools ni utk buang kulit mati kat bahagian kulit yg keras mcm tumit ke.. (guna yg mcm batu tu), boleh guna as beauty blender (aku blom try), boleh guna utk facial massage (guna roller yg tak compatible ngn tools yg aku dpt ni hahaha). Maknanya benda ni kira multi-purpose lah . Tapi mungkin sbb aku beli yg cikai je, maka hasil die pon tak begitu WOW.

Yg latex sponge tu aku taktau la sbnanye die utk apa haha. Sbb bila aku pgg texture die mcm tak sesuai je utk massage. Aku rs mcm instead of massaging, die akan absorb too much product (tak kisah la ko pakai serum ke, emulsion ke, essence ke or apa2 treatment product lah).

Yg ala2 pumice stone utk kikis kulit mati tu pon mcm aku ragu-ragu je ke-efektifan die. Ada la aku acah-acah buat kat tumit, tapi.....naahh. Better beli pumice stone sebenar atau pun other tools yg mmg utk kikis kulit mati.

Make-up sponge tu pulak.... Hurmmm Pendek cite, beauty blender is waaaaaaay better, I would say.

Main intention aku sbnanye mmg nak try cleansing tools je tapi beli ni dapat plak 4 kepala ekstra. Layan laa...


Die ada button off, low and high. Gerakan die secara berputar. Utk guna kat muka, mmg aku rs guna yg low la sesuai. Yg low pon personally aku rs agak intense jugak. Mungkin diorg patut low kan lagi sket lepas ni. Haha

Berus utk cleansing die rupa macam ni

Close- up.

Honestly, aku rasa texture brush die macam.....berus gigi. Aku rs korang pon boleh nampak kot. Kan?

Tapi nak expect cmne lagi kan? Namblas hengget je u.. Layak yg camni lah ha. Kalo byk duit bole la try yg beratus tengok perbezaan brush die, sure jauh beza quality dgn yg ni.

Tapiiii... Sebenarnya aku impressed jugak lah sket dgn bnda alah ni.

First time aku guna, siang tu aku mekap. And aku remove mekap mcm biasa, dan sebelum aku guna benda ni aku dah cuci muka sekali dgn gel cleanser. Sekali bila aku guna brush ni... Omg!! Dekat brush tu still ada foundation like WHAAATT?? Seriously masih ada product yg tinggal kat kulit ke walaupun dah remove ngan make-up remover, dah cleanse bagai.. Oh noooo aku tak bole brain mcm mana ianya berlaku.. Sobs. Rupanya selama ini walaupun dah remove make-up, masih ada product yg tertinggal atas muka. Dan lepas tu aku tidur. Hah elok lah tu. Hmmmphh

Mekap yg tertinggal, atau apa2 lah dirt yg tertinggal atas muka kita tu lah yg menjadi faktor kpd acne, blackheads/whiteheads, premature wrinkles, dull skin, dan segala masalah kulit lain. Mana tak nya, pakai la skin care banyak2 pon, mcm mana kulit kita nak btol2 absorb the goodness from the products kalau ada "halangan" atas kulit kita tu uols. Hal ini tak patut dibiarkan berlaku.

Jadi, review aku mengenai cleanser tool ni; die sangat membantu kita mencuci dan menghilangkan kotoran/make-up atas muka, cuma I wish it has better, softer, and smoother brush which aku rasa aku kena invest more money to get a really good cleanser tool (kalau aku nak la). Lagi satu, if only it has better brush it probably won't cause any irritation to sensitive skin like mine. Disebabkan kulit aku sensitif, my skin mcm merah2 lepas guna ni pastu rs sting sket. Setiap kali aku guna ni, aku mesti kena sapu aloe gel utk soothing kan die. The next morning, redness tu reda. Tu je lah. 

My advice is, if you really wanna cleanse your skin well and massage your face while doing mini facial at home, you should consider getting beauty care tools like this, BUT, not the cheap ones like the one I bought. Beli yg brand bagus2 terus. I'm sure you won't regret it.  I've seen reviews by those who'd been practising facial massage and it helped to lift and firm their skin into a nicer facial feature (V-shape). Jadi, kesimpulannya benda ni ada bagus die jugak sbnanye. Antara rajin atau tak je. Haha

Aite. Till next entry. 

Thanks for reading.

Anyeong..

Thursday, July 14, 2016

My Pore Treatment Routine

Salam Syawal

Tu dia tajuk kemahen.. Serius nau bunyik nya. Ekceli aku feeling rajin malam ni. Alang2 rajin buat pore treatment kat rumah ni, ape kata kita share terus kat blog. Hiks

Apa itu pore treatment? Pore treatment tu rawatan pori lah. Kah kah translate melayu je budak skola rendah pon tau bluekk.

Oke oke serius.

Basically mcm regimen penjagaan muka yg fokus ke pori muka lah ya. Aku akan cite yg kita boleh buat manually lah ya, kira prosedur yg guna machine tak masuk la dlm entri ni ya. Lagipun, aku bukan esthetician/dermatologist pon.

P/s: Entri ni aku taip pagi esoknya sbb mlm td internet cam haremmm

STEP BY STEP: PORE TREATMENT ESSENTIALS (this is what I personally do)

1. Double cleansing
Aku pernah cerita pasal double cleansing kat previous entry. Ouh kemalasannya nak tepek link entri tu. Hee

So camni, prinsip double cleansing ni sbnanye satu proses cuci muka yg menyeluruh dan 'dalam', which omputeh panggil 'deep cleansing'. Ha sure selalu dengar kan?

First, cuci muka dengan milk cleanser atau cleansing lotion. Some brands even has pre-cleanser which actually meant for double cleansing procedure lah sebenarnya. Pakai pre-cleanser, then cleanse muka dgn foam cleanser. Pendek kata, cuci muka dua kali. Itu lah double cleansing guys *wink wink*

Macam aku, biasanya aku double cleansing kalau aku pakai mekap hari tu. Selalunya lah. Tapi pada hari.hari tertentu yg aku rajin (macam hari ni), maka aku akan buat jugak double cleansing ni.

Memula aku cuci muka dengan ini:

The Face Shop Rice Water Bright cleansing water yg aku pnah cite sblom raya hari tu.

Lepas itu, aku cuci muka dgn ni pulak
Credit gambar from Google

2. Facial scrub



Aku scrub guna St. Ives Blemish Control apricot scrub. 

Ada byk jenis scrub kat luar sana. Tp utk kulit sensitif mcm aku, aku terpaksa cerewet pilih scrub. Aku pilih yg ni sbb die kategori mild, scrub die organik so aku tak perlu risau ada micro molecule bahan kimia yg akan menghakis kulit. Hikhik

Bagi aku, as long as aku dpt scrub muka utk remove dirt/excess make-up, hilangkan kulit mati yg mengganggu skin care absorption tu, kira orait dah. Lepas scrub, muka rasa lebih bersih.

3. Toner

Mesti lah toner sket lps cleansing uols. Kita bukannya cuci muka ngan air gunung Everest. Walaupun kita yakin dah habis bersih dah cuci muka tadi, mesti ada punya kotoran yg tak terlihat di mata. Kalau tak caya, cuba guna toner. Lepas tu tengok atas cotton pad tu ada apa-apa tak. Especially kalau siang tu ada pakai make-up.

Utk toner, pakai je la pape yg sesuai ngan kulit memasing ya.

Aku guna toner ni:


4. Clay Mask

Clay mask sebenarnya bagus utk penjagaan pori taw. Masa aku training dulu, kitorang mmg facial guna clay mask. Mask ni ada banyak function, khusus utk clay mask; sebenarnya salah satu jenis deep cleansing. Yes guys, mask pon boleh dikategorikan dalam bentuk cucian muka yg mendalam (deep cleansing). Aku pon baru tahu time training facial lah.

Anyway, bila kita pakai clay mask yg baik, bole nampak die seolah-olah 'masuk' dalam pori kita. Maksudnya time die kering tu bole nampak bentuk pori kita. Macam bulat2 kecil atas muka. That means it is doing its work on ur skin ;)

Aku guna ini:

Dr. Young Anti Pore Deep Cleansing Mask
Produk made in Korea.

Beli kat Sasa.
Harga: RM 63.++ (lepas discount 20%) 


Konsistensi macam ni. Macam mud.

Cara guna:
Lepas cleansing, apply adequate amount on face. 
Biarkan 3-5 minit.
Bilas dgn air sebelum die kering.

Simple kan? Senang keja aku. Tak payah kematu tak bole buat apa nak dekat 15 minit. Hek hek

Ni aku nak tunjuk how the product soak in pores tapi tak tau la nampak ke tak tu. Gambar kanan nampak kot, kat area pipi and hidung.

Produk ni aku baru masukkan dlm regimen muka aku ya. Jadi aku blom dpt nak cerita die bagus ke tak. Tapi that Sasa promoter kata Dr. Young punya clay mask ni efektif, die bole kecilkan pori pastu bole bantu kurangkan whiteheads/blackheads. Yaaassss

5. Nose strip


Lepas aku bilas muka aku, aku toner sket, then aku akan guna ini:

Aku alternate between those two nose strips.

Yg Biore tu ada strips utk T-Zone uols. Sesuatu yg lain drpd pack nose strips yg lain. Cumanya, pada kes aku, xde efek sgt la utk T-Zone aku, bulu roma yg ikut tercabut ade la. Haha Memang my real concern of blackheads is dekat area hidung. But korang boleh cuba, kay.

6. Sheet Mask


Ini kalau aku betul3 ekstra rajin guys.


Aku cepat bosan kalau guna sheet mask brand yg sama byk kali. Jadi, aku selalu tukar2. Kadang aku borong kat Aeon Wellness, kadang Nature Republic, aku pernah beli kat Sasa jugak. Ikut mana berkenan. Ouh, tapi aku recommend korang usha promotion sheet mask dekat Aeon Wellnes. Sheet mask die best2 jugak, yg Taiwan punya aku pernah try 3D mask brand amenda ntah perisa cucumber ke aloe, utk soothing best gilaaaaaa. Time tu kebetulan eczema aku tgh ada sket kan, guna mask tu ya robbi soothing sgt~

7. Pore Serum


Ini pon ekstra lah ni. Kalau aku buat treatment ni sebelum tidur, aku skip je serum ni. Sebab aku suka kulit aku bebas time tidur.

Kalau aku buat pagi, biasanya kalau aku nak keluar, nak make-up ke, aku akan guna serum ni.

The Face Shop Pore Tightening All in One Serum.

Yg ni sebenarnya orang bagi. So aku pon xtau brape harga die. Hee

Aku guna since last year tak habis2 lagi ni. 200 ml tuuu. Kuantiti paling banyak aku pnah jumpa utk serum.

Aku suka serum ni sbb die tak melekit. Berkesan ke tak tu... Ermmm jujurnya aku ada few skin care yg kena gilir-gilir guna, jd xde la hari-hari aku guna serum ni. Ngaaaa Tapi serum ni best! Sebelum make up, aku mmg suka pakai serum ni dulu sbb aku rs mcm die bole mengelakkan kulit aku drpd menyerap terlalu byk produk make-up. If that make sense to you lah, sbb bila aku apply serum ni, aku rs mcm ada satu layer nipis atas muka. Tak tau la betul ke tak, mungkin perasaan aku je. Luls.

Rajin kita jaga kulit kita, lama-lama kita akan nampak jugak hasil die. Kalau tak banyak, sikit, yg penting ada la effort tu. Gituuu kauu

Okay, siap pon yeeehaaaa!!

Korang nak share skincare routine bley la sharing2 kat komen, nak tinggalkan link utube/blog pon boleh.. 

Thanks for reading.

Anyeong!

Saturday, July 9, 2016

Raya ke?

Salam

Selamat hari raya uols!!! So how was raya? Mine was simple je.. No fancy baju raya, no langsir raya, no fancy house decoration and all that. Tapi duit raya alhamdulillah masih ada yg menghulur walaupun diri ni dah tua hahaha Orang dah bagi tu kaut je le. Duit tu... gila ke tak terima?

Raya tahun ni aku n family beraya di rumah kampung which is rumah tuan haji. Itu lah rumah aku tinggal zaman skolah until 2007 (a year after aku SPM). Hah kira lah umoq ku brape. Dah cakap dah aku tak brape muda..

Rumah yg aku tinggal skarang is rumah mem besau. Since 2007 asek raya kat rumah mem je, tu yg tahun ni plan tukar angin beraya kat rumah tuan haji pulak. Takde sesi berperang memasak pon kat dapur, sebab mem besau main order je lauk tahun ni. Ketupat ngan nasi impit je lah yg kitorg produce kat umah. Yg lain masak kat umah org lain. Kuih raya pon tak sampai 5 jenis. Ini nama dia raya pek ekonomi. 

Tahun ni alhamdulillah dapat la jugak cuti raya.. Dok umah 5 hari je amboi bercinta nya rasa nak masuk keja esok. Rasa tamo pegi je spa esok. Huu

Anyway, tadi aku jenjalan kat Aeon singgah Daiso and jumpa storage box yg sexy perghhh

Jap aku tunjuk


Tu belah kanan nampak tak mengaum2 rimau bintang tu? Haha

Aku takde pilihan. Kena jugak beli storage camni sbb kalau aku xbuat cmni alamatnya mcm tongkang pecah la berselerak. Patutnya aku beli drawer je kan, senang aku nak organize skincare, perfumes, cosmetics apa semua. Tapi sbnanye aku lg prefer kekotak cmni sbb die terbukak. S enang aku nak capai barang. Dan senang nampak bnda apa aku lambak2 dalam kotak tu.


Ini lah die rupa so-called-vanity space aku. Aku dah discard mana yg expired or yg aku mmg dah x pakai. Maka tinggal lah sebanyak ni. Ada lagi sket aku nak buang tu sbnanye. Tapi kena tunggu sket lagi. Pasal, nti kalau aku buang kang, mula le dtg sawan nak membeli yg baru. Nehi haiii

Better aku bior die duduk je situ dulu sampai masa btol2 kena buang baru aku buang. Strategi penjimatan tu penting.

Aku tak rasa ni mcm entri raya.

Tak kisah la. Selamat hari raya ya.

Wink wink

Thursday, June 23, 2016

Face Shop Lagi

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Lagi 2 minggu oih nak raya tapi aku blom isi borang cuti raya ni pa dia. Tapi dah siap2 bagitau manager n staff kat spa aku nak cuti brape hari. Diorg dah nak buat jadual shift next month dah pon. Esok la inshaAllah aku isi borang pastu gi cari lady boss mintak sign. Kasi baca2 sket supaya borang dpt sign. Nyahahahaaaa

Hari ni off day. Ingatkan petang tadi kuar nak beli shampoo ngan refill sabun mandi je. Pa dia jalan2 depan kedai korea segala Etude Nature Republic Face Shop last2 termasuk jugak kat Face Shop. Memula jejak masuk Elianto. Sikit lagi nak terbeli loose powder baq hang. Nasib baik bole kawal lagi diri sendiri waktu tu.

Sekali jalan pulak depan Face Shop baca2 papan tanda promo utk member tu aih sedar2 aku dah ada dlm kedai. Wah eloookkk je tangan aku raba-raba segala mascara lah powder ape sume. After several minutes.......

 Oh lord forgive me.. Tsk tsk tsk

Oke la kira bole la nak maapkan sket sbb sbnanye Face Shop mmg tgh promo pon. Untuk RM100 ke atas ada additional discount 10% (members only). Alang2 aku dah terada membership, err... HAHA

So pendek cerita, aku beli ini semua :)


Sbnanye real intention aku probably.... mascara.  Aku nak lecutkan mascara yg dah x berfungsi tu, yg dah keraih kejung tu sume,


Ini make up base kaler hijau. Ye, hijau.

Ala korang msti pnah dengar color corrector kan? Ada warna kulit, pink, ngan hijau, ngan ape ntah lagi. Setiap warna tu ada function tersendiri. Hijau ni sbnanye utk tutup redness/hyperpigmentation ke, or pimple2 lah senang cite. Tapi kalau buat cara profesional dia, apply color concealer tu hanya dekat part yg tertentu sahaja, Tapi dapat kat aku, seluruh wajah la nanti jawabnya aku guna base ni. Ahaha silap2 muka aku nampak cam kacang hijau.

Tapi aku da try td air cotton makeup base ni. Fuiyoo water resistant, n die buat kulit nampak smooth n kalo lps apply foundation mesti boommm kebaboo die punya efek flawless. Oke la tak nyesal beli.

Rice Water Bright Cleansing Water.

Dah rambang mata kat kedai td terus terlupa yg aku ada lagi 2 pack cleansing wipes blom buka lagi. Tapi aku dah rasmikan td cleansing water ni dan terus jatuh cinta. I literally drenched the cotton pads tadi ya rabbi membazirnya rasa.. Sebab aku ingatkan kena pump banyak sket pasal die water. Significant gila volume yg dah berkurang just after a single use tadi wuwuwuuu

Tapi aku fikir2 kan, may be aku akan beralih kpd cleansing water pulak lps ni bila wipes aku pon dah habis. Best rupanya guna cleansing water ni.


Seed Cure Mascara.

Yg ni aku mmg nak beli lah. Skarang aku slalu pakai Simply Siti punya Argan Mascara, yg Seed Cure ni texture die lebih kurang ngan yg argan tu. Pendapat aku lah. Die mcm ssh nak beku. Mungkin clumpy sket la bila apply tapi entah, aku suka. Sebab die mcm create extra lashes lepas tu lashes nampak panjang lepas guna (refers to the argan one la bukan yg Face Shop ni). Emm kalau x bole bayang kan, korang pegi la nengok sendiri kat Face Shop berdekatan. Hehe

 Omaii blusher ni sangat pigmented and glittery uols.

Selama ni aku mmg impikan pipi yg nampak glittery tapi aku blom pnah lagi terjumpa blusher yg ada glitter camni. Mungkin ada tapi aku x perasan. Tadi try je selet tester kat tangan tros teruja nak beli. Dia ada few other shades tapi yg ni je yg glittery, yg lain tu matte. And yg aku beli ni tinggal last one or last two units so maknanya mmg laku le kan.

So after discount yg 10% tu, total bil aku hanya RM92.20 je. Muahaha Walaupun entri ni bukan sponsored, tp thank you la jugak Face Shop sbb aku rasa worth it la jugak apa yg aku dapat dgn harga lepas discount ni. Yelah, ko ingat barang diorang murah2 ke? Silap-silap boleh parkinson tangan nak membayornya taw.

Dah, lepas ni kena puasa shopping. Especially skincare and cosmetics.

P/s: Padahal nak tetiap hari usha promo deal kat website Hermo. Aduih

Monday, June 20, 2016

April Skin Magic Stone (Black)

Assalamualaikum...

Previous entry aku ada cite yg aku beli magic soap April Skin tu an yg hitam taw bkn yg marble.

Yg niha belah kiri

Gambar ihsan Google

So basically aku pilih yg hitam over yg marble sbb aku tengok die lebih bersifat skin soothing compared to the marble one. Kulit aku kan kering sbb ada part yg eczema. Tp sbnanye lebih kpd kombinasi lah jugak ekceli. Ape ni dah sbnanye nak ekceli lagi. HAHA

Eh baru aku prasan org yg buat gamba atas tu salah eja 'BLACK'. Dia eja 'BALCK'. Ahahaa

Magic stone soap ni 2 in 1 taw. Pagi kita boleh guna as regular cleanser, malam pulak boleh pakai mcm mask. Kau buih-buihkan die pastu sapu la kat muka n biarkan dalam 10 minit camtu then bilas. Tapi honestly, aku terlalu malas nak tggu seploh minit tu. So siang malam aku guna sabun itam ni as cleanser. Aku lebih rela guna pack biasa atau pun sheet mask. #akupunyastyle

Nampak mcm seketul batu aneh kan? 

Tapi ni la magic stone aku punya. Aku guna dalam.... ada la 2 minggu kooott.. Lepas tu aku stop and back to using Simple punya cleanser. I guess this magic soap won't do magic to my skin as it supposed to. Sedih la jugak baq hang :(

Sebab aku rs kalau aku teruskan pakai sabun ni die boleh tahan 2 bulan kot. Kira syg jugak aa kan. Tapi nti aku guna je sabun ni buat sabun mandi kot. Heh.

Buih die banyak taw. Kau tenyeh ngan air ala kadar pon dah banyak buih die ntah mana datang gaknya haha.

Aku stop sebab.... tak lain tak bukan, PIMPLE! Omaaaii jujurnya hati ku agak terguris la jugak sbb naik pimple bila guna sabun ni. Hurmm ke adakah sbb die ada efek detox ya? Aih entah lah. Anyway, lps tu kulit aku mcm naik yg tumbuh kecik2 tu nak kata jerawat bukan, nak kata bkn jerawat mcm jerawat. Biasanya kalau kulit aku tak sesuai ngn produk die akan naik menda tu. Plus, entah ya rs mcm kulit tak sedap plak guna sabun magic ni.

Tapi sabun ni mmg tak buat kulit kering la, yg tu aku mmg setuju. Kira after cuci rs mcm elok moist je kulit tu. Cuma nya itu lah dia, tak suai ngan kulit aku. So sad...

So there's that about April Skin Magic Stone.

Mungkin tak sesuai utk aku, tp sabun ni femes taw. Mn tau kes aku ni kes minoriti je kan, mn tau byk org lain guna sabun ni sangat oke. So tak salah pon nak cuba. Gituuu

Saja nak tunjuk 'opis' aku.

Abaikan wardrobe yg berantakan kat blkg tu. Btw, ini la laptop aku yg magic tu. Dia boleh self-repair masalah die dgn sendirinya. Misteri jugak rasa. Pernah dlu die py cursor pad (ape ke nama tmpt touch2 nak klik tuha) tu mcm terjongket taw n x bole function taw. So aku guna mouse sebelum ni. Sekali mouse aku jahanam, eh aku try guna pad tu dah elok dah weh n xde pulak die terjongket nmpk isi dalam mcm sblom ni. Sampai la skang xpayah dah aku beli mouse.

Terbayar jugak hutang cite April Skin ni huhuui.

Oke ah korang. Slamat berpuasa ye. Takde sbb jgn ponteng ye.

P/s: Tak beli satu pon baju raya tahun ni. Nasib lah aku sarung je apa yg ada nti.

Thursday, May 19, 2016

Bourjois 1 2 3 Perfect Foundation

Assalamualaikum.......

Hari ni nak cite pasal faundesen (sebut betul2 fa-un-de-sen HAHA) Bourjois yg aku bru beli last week. Kot. Mcm x baru sgt je. Heh.

Bourjois 1 2 3 perfect foundation in shade 53 beige clair/ light beige.

Aku beli dekat WEBSITE HERMO harga RM 37 lebih rasanya. First time aku purchase barang kat Hermo. Aku tau pon daripada besfren terchinta. Thanks bebi kenalkan kte ngan hermo hek hek.

Aku tengok diskaun je setiap hari barang2 kat hermo tu. Kalau kaki produk skincare ngan cosmetics mmg naik juling la korang kalau buka website tu haha termasuklah aku. Kau purchase due item free postage. Gyeahh

Oh ya. Bourjois ni product made in France, comes in 5 shades. Aku beli shade yg kedua paling cerah. Nasib baik sesuai ngan warna kulit aku. Kalau takkk... 30 ml tu beb syg gila.

Aku kompius jugak nak amek shade mn satu tp aku compare ngan cc cushion Face Shop aku pastu agak2 n tawakal aje. Nasib baik betul.

Tu la risiko kalau beli foundation online ni. Risiko salah pilih shade. Tapi dlu kan, aku pnah salah beli foundation Loreal yg botol besar tu harga RM 40 lebih, aku boleh amek ivory which 3 shade lg gelap kot dr kulit aku. Padahal beli kat kedai. Ivory weh ivory! Hmmm speechless. #memoripahit


Anyway, Hermo mmg murah hati dgn free gift. Ekceli aku beli April Skin magic stone soap ngan foundation so dua barang lah and dapat la free gift pad ngan concealer Dear Berry yg cecomel niha. Tapi belum try pakai kat muka lagi sbb terlupa. Boleh?

Aku ni tak gila ngan mekap yg full coverage sgt pon jd mmg slalu (read: like every single time) skip the concealer part. Deswai la.. :D

Kang ada pulak ckp aku tiru Qu Puteh kang.

Aku tambah crown sbb mcm luas nau pulak dahi aku. Lols

Okay, gamba tu dlm 5 hours after application. Without touch up, as u can see lipstick pon dah hilang, n gamba x guna filter. Bourjois foundation ni die sgt lightweight which aku suka betul. Tak buat muka aku rs cakey walaupun aku guna skincare sblom apply foundation. Ada kan foundation yg bila kita apply lps skincare rs cam cakey n muka bercapuk..huhu

Muka rs cam x pakai pape pulak. Tu perasaan aku la. And die cam kontrol minyak jugak sbb nya setiap kali aku mekap lps few hours biasanya T-zone aku msti berkilat dek kerana muka aku mmg jenis kulit kombinasi.. Tapi tak pon camtu bila aku guna foundation ni.

*Note that I did use some highlighter on my cheeks under the eyes, chin, forehead and at my nose point, tu pasal la mcm shiney2 gitu. Area lain lebih matte.

Sblom ni aku familiar dgn BB dan CC cushion which always give that dewy finish look, so bila aku guna foundation ni aku rasa mcm die 'kemas' sket sbb die matte finish kan. 

Dari segi coverage, foundation ni kalau kita apply more than 1 layer bole lah kategori medium coverage sbb mcm aku ckp td die very lightweight on skin. Utk org yg cepat berpeluh n muka melekit cam aku ni mmg suka la foundation yg 'ringan' camni, tp kalau nak full coverage, this foundation might not be the best for you. Otherwise pakai concealer la bru blend dgn foundation ni :)

Buat ms skang ni, dgn cuaca yg panas, pastu kondisi kulit aku, so aku akn prefer foundation ni sebagai base. Pd waktu2 lain dgn kondisi yg berbeza, biasanya aku guna CC cushion. Aku rs org lain pon mcm tu.. Depends keadaan kulit kita dan sekeliling kan..

So there you go, ucapan aku mengenai foundation Bourjois ni.

Nanti ada masa aku cite pasal April Skin magic stone tu ya. Skang aku blom mula guna lagi sbb nak habiskan cleanser yg aku tgh pakai.

K tengkiu bai korang ~

Thursday, April 7, 2016

Tried and Tested #1

Assalamualaikum.

Hmmm baguslah cmni. Kalau konsisten je ada angin nak menaip kan lg bgus. *rolling eyes*

Mungkin ada yg tau, tp rsnya xde sgt kot org yg tau yg aku ni ada penyakit suka kaler rambut. Aku start kaler rambut rsnya tahun 2012. Or 2013. Mcm ingat2 lupa. Tp kalau tak silap lps aku wisuda. Time nak koas dlu. Omaigat dah lama gila tak nyebut perkataan Indo tu sume. Rindu pulak.

So laaaaast sekali hari tu aku kaler rambut ngan Silky Girl py hair dye box kaler Burgundy. Aku tak recommend lah yg tu sbb tak best. Revlon lagi best.

Eh bukan Silky Girl lah.. Brand korea tu aku beli kat Guardian die tgh sale. Aku amek shade yg kaler pink ape ntah. Aih tajuk die pon aku x hafal. Tapi yg tu pon x brape best. May be sbb rambut aku mmg dah berkaler kan, so x jd sgt. Dia x jd kaler pink, just mcm maroon kot. Sbb rambut aku golden brown colored hair yg dah faded sket.

Lepas tu aku teringin nak gelapkan balik rambut aku. Dua hari lepas aku pg Mydin and ternampak henna rambut ni. Murah baq hang RM 5 jeeeee


Henna Noorani.
Amboi tudia suci je aku dengar nama die. Haha Aku amek Mahogany. Ntah pehal aku belasah je jugak amek yg ni sbb tanak hitam n tanak kaler terang2.


Comes in small packets of henna like this.

Cara guna dia:
Tuangkan serbuk henna dlm mangkuk (pakai buang lg bgus)
Tuang air agak2 sambil kacau die
Konsistensi yg kita nak adalah seakan-akan madu. Likat2 gimana gitu
Pastu bole apply kat rambut dr roots to end mcm biasa
Bole biarkan 30-40 minit tp aku mmg slalu biarkan lama sket drpd masa dlm arahan (read: DEGIL)


Ini die punya color chart. Tp aku rs chart ni x brape betul la.

Result aku:
1. Application sangat2 messy. Sbb die inai kan. Lain kalau cream color atau foam color, x berkecah-kecah mcm guna henai ni. Ibu aku kata aku dah mcm jebon td ms mengejakan henna ni. Haha

2. Bau die sangat pelik dan.....tak sedap. Mmg xde bau ammonia tu. Ammonia tu tengik kan mcm menusuk hidung bole pening kpale. Tapi bau henna ni die lain mcm sket lah. Ssh nak explain. Weirdly unpleasant smell.

3. Die x sediakan conditioner khusus mcm hair dye box lain. Maklumlah RM 5 kan.. Tak bole compare la ngan Revlon or Loreal. Tapi aku rs lps guna henna ni keras gila rambut. Pelik jugak apesal keras padahal henna je, bukan chemical keras pon.

4. Hasil warna lepas cuci.... Yg aku pasti rambut aku dah gelap sket yeay! Cumanya sampai la aku habis mandi pon air yg menitis drpd rambut aku still tak jernih. Still warna cam coklat2 merah inai tu. It bleeds a lot like craaazyy. Aku xpasti la brape kali cuci baru die x turun kaler. Rasanya dah berejam aku mandi tadi. Haha

Oh. Warna die xde la hitam, mcm deep aurburn gitu. Tapi tak la vibrant mcm kalau kte guna dye biasa.

Cuma guna henna ni selamat dan suci la drpd segala bahan kimia kan. And org tua2 ckp henna ni buat rambut kuat. Entah la labuuu aku pon bru ni skali guna henna rambut.

So overall, oke laaa kalau just nak gelapkan rambut kan.. Especially yg dah bleach2 tu kot la nak guna yg organic product bole la pakai henna ni.

And... Aku ada satu lagi product ni. Yg ni best!

Nature Land Aloe Vera moisture Soothing Gel.

Beli kat AEON Wellness
Price: RM 17 plus2 (kalau x silap)

Boleh la beli yg ni sebagai alternatif utk aloe vera gel yg Nature Republic/Etude House/ The Face Shop. Sekarang kan tgh in trend aloe vera gel ni.

Aku beli yg ni sbbnya salah satu is die murah sket. Lagi satu, die dlm bentuk tiub, which dari segi hygiene yg ni la lagi better sbb aloe gel yg lain byk yg jual dlm bekas n kena celet2 pakai tgn kalau malas guna spatula. That's why la aku pilih yg niha.

Aloe ni bagus utk soothen any iritation, bagus utk moisture. Aku kan kat pipi pon ada eczema sket. Agak2 mcm die gatal tu, atau die kering ke, aku akan tepek aloe gel ni kat pipi. And even kat kulit tangan pon mmg bagus aloe ni. Aku rasa efek die lg bgus drpd kebanyakan losyen yg aku pnah pakai. Tinggal lg aku mmg malas nak sapu losyen kan, jadi kalau teringat je la jawabnya.

Lagi satu, aloe vera gel ni mmg multipurpose taw. Utk calm any iritation or redness kat mana2 kulit termasuk muka, pastu bole guna sbg losyen mcm aku cite td. And.... bole buat mask muka uols. Lepas cleansing, apply toner then apply je aloe gel ni tebal2 sket and enjoy!
Rasa sejuuuuk je mcm kita pakai sheet mask.

Aku rs kalo aku abes tiub yg ni, aku mmg nak repurchase aloe gel lagi. Kalau tak yg ni, may be brand lain.

Okay smpi cni dlu.

Bai girls ;)

Saturday, April 2, 2016

Just another rambling session

Haaaiiiiii...

Hari ni aku masuk keja pkol 3.00 pm. Diorg start buat sistem shift pulaaakk. Best la masuk lambat tp balik pon da pkol 11.00 pm chuyy. Nasib baik tinggal lg 2 bulan je aku training situ. Dayummmm nak hadap ujian lagi. Model pon xtau nak bawak sape ni. Aiguu

Aku lately teringin nak update itu ini konon kat belog. Tapi kau tau la camera HTC aku kan lowlight keluar warna pepel. Susah aku nak mengekspresikan suasana. Haha Back camera je pepel kamera depan ok. Pai hati HTC tak kasi ganti rugi kat kamera aku yg pepel itu. (padahal aku yg tak hantar henpon time tempoh warranty)

Last month je aku rs aku dah spent over budget utk skincare and cosmetics. Teringin la nak buat review kengkononnya uolsss.

Hurmm tapi takpe. Aku nak tggu ipad mini aku smpi. Mn tau boleh memicu entri2 beauty di ms akn dtg? *semoga aku rajin luls*

Aku bukan beauty guru uols. I'm just a person with sincere interest and passion for beauty and skincare stuff. Gituuu If it ever happens that you're crazy about skincare and makeup like me, than I hope you enjoy reading my blog. Feel free to leave some comments. I like reading them. Hehe

Kawan aku kat Karisma la ni ajar selfie guna filter app. Amboih.

Okey girls. Gotta go.

Will update more.

Baaaaiiii

;P

Thursday, March 17, 2016

Moringa

Hai uols.

Uwah cantik tebal kulapuk kat blog kecik aku ni. Good job miss. Hurmm today aku off. Siang tadi pergi berjalan dgn colleague spa sbb die off sm ngan aku. Manager kitorg bru balik dari kampung. Memula membe aku tu cam x jd nak off, tp last2 die tergoda dgn panggilan kedai Dees kat Jusco.

Ms die menyoping kat Dees aku siuman lagi. Belum ada setan2 yg menghasut utk berbelanja bnda2 tak perlu.

Start bila masuk Daiso. Mula daaahhh nak grab bnda2 like kotak hadiah (kunun nak letak brg2 mekap or accesories kecik2 dsb), pastu razors lah, bathroom suction hook lah. Benda2 yg aku rs sblom ni xde pon oke ja.. Hurrrmmmm

Tp bathroom suction hook yg aku beli kununnya nak letak sponge tu hampeh btol. Tak bgus plak brg die. Asek melorot jatuh je kalau aku letak sponge. Annoyingly not useful. 

Lepas beli2 kat Daiso tu aku ngan membe turun n masuk pulaaakk kat Brand Outlet. Terembat lah seluar 2 pasang. Yg ni aku maafkan la diri snirik sbb dr last year mmg ada niat nak beli seluar pon.

Sekali turun bwh sebelum blah menapak pulak kaki ni masuk Body Shop. Hajat di hati nak beli mist je. Aku cari moringa body mist which promoter tu kata tak pnah ada kat BS Malaysia. Janam btoii. Tp sbnanye aku terpengaruh ngan Eddy youtuber tuha die ckp tu signature fragrance die. Bukannya aku tau pon bau mist tu, igt nak try la sekali takde pulak khaaannnn.. Zzzzzzz

Tp psl moringa tu tak kisah sgt la, yg mslhnya ntah hape aku beli dgn youth drop lotion, pastu another body mist, termasuk yg red musk tu (which aku mmg nak beli la awalnya).. Oh maiii terlupa dah waktu tu aku shud save money for other things. Nasib baik buy 3 free 1, but still.... tsk tsk

Mungkin aku tak cukup baca doa pendinding membazir tadi.

Balik umah tros buat kira2. Mcm Haji Bakhil pulak aku ni.

Please don't judge me. Luls

Dah lah. Esok keja.

Bai gegirls.