Assalamualaikum..
Supposedly sekarang korang tengah tidur. Aku pon sepatutnya tengah berada di Switzerland sekarang duk makan coklat free. Tapi lain kali lah aku pergi sebab la ni aku takdak mood nak tdo. Mood nak mengarut-ngarut ade lah. Oh kenapalah aku malas sangat nak telan vitamin C ngan spirulina ibu aku belikan kat Msia tuu.. Beberapa minggu lepas, aku baru perasan ade satu botol supplement ape entah siryes banyak lagi tapi tarikh luput dah lepas dah. Betapa aku dah membazirkan duit ibu aku belikan aku supplement.. Wuwuwu.. Tacing ah dgn diri sendiri.
Mengenangkan aku belum reti-reti nak sedar diri bahawa aku ade keje nak kena buat dan next week ade perang pensil..maka sesuai sangat lah kalau aku menulis kejap kat sini daripada aku melanguk tak buat pape tenung kipas cap sekai aku ni je kan.. Alaa..takkan korang tak pernah buat kowt? Duduk termenung lama tak buat pape.. Pernah ke tak? Kalau tak pernah, maknanya hidup aku memang pathetic lah tu.. Hahaha
Aku suka makan singgam. Korang tau tak singgam tu ape? Singgam tu macam kat dalam gamba kat atas ni lah. Nama sebenar die chewing gum, ataupun gula-gula getah. Aku suka sebut singgam je. Senang nak sebut. Oh tak lah. Sebenarnya aku terbiasa sebab masa kecik2 sebut singgam jugak.. Oke panjang tak penerangan aku pasal singgam ni? Haha
Poin aku ialah, singgam ni mengandung aspartame yaitu sejenis gula buatan yang x berapa nak baik untuk kesehatan.. Aku kan tengah blok hematologi-onkologi kan sekarang. Aku terbaca kat tips diet utk mencegah leukimia, kat situ tulis kene elakkan makanan mengandung aspartame. Ala, bukan leukemia je..banyak lagi penyakit lain jugak.. Feel free to do some research.. Tapi..tapi dan tapi.. ada jugak kebaikan makan singgam ni.. tergantung kandungan die on purpose lah.. Misalnya, instead of smoking, sekarang ni kan ada nicotine gum utk perokok-perokok tegar..sebagai langkah alternatif untuk buang habit merokok tu.. Dan tadi time aku copy gamba singgam ni, aku terbaca pulak singgam dapat membantu merawat keadaan hiperfosfatemia pada pasien dengan gangguan ginjal. Tak pernah pulak aku terbayang yg singgam ni ada benefits utk pesakit kronik.. Hu3
Oh ye, tapi bukan semua singgam bole pakai utk yg orang sakit ginjal kronik tu.. Prinsip die adalah sebagai phosphate binders.. Sebab orang hiperfosfatemia, salivary phosphate pon tinggi jugak.. Jadi salivary phosphate akan bind dengan singgam yg mengandung phosphate binders itu.. Tak sure pulak sejauh mana singgam tu berkesan.. Entah la kat Msia ada ke tidak.. Saja nak kongsi ape yg aku dapat tadi.. Hehe
Aku rasa tadi aku nak tulis pasal benda lain.. Tapi sekarang ni, apa yg aku tulis pon lain sangat daripada ape yg aku nak tulis tu.. Aku rasa tadi aku nak tulis yg kadang-kadang bila kita sangat teringin nak tahu ape yg akan jadi, misalnya perlawanan bola sepak.. Kita nak sangat tahu sape menang, supaya kalau kita tahu pasukan yg kita minat tu menang, bole la siapkan kain rentang lawa-lawa pergi padang. Tu contoh je.. Poin aku ialah, hidup ni takde variasi dan takde pengajaran yg boleh diambil kalau semua benda yg akan jadi kita dah tahu dulu..
Nasib baik jugak mood nak mengarut aku datang, kalau tak tadi..entri ni hanya mengandung perenggan kat atas ni je..
6 comments:
chewing gum ekk.. bukan sewing gum?? hahahaha
@qamarul; betulle chewing gum kan? jgn tipu sy, sy ni org yg berada di jalan yg lurus. ha3
hahah betul2.. dulu selalu sebut singgam je walaupun tahu proper pronounce is chewing gum.. btw, ada benda yang kita tak payah tahu macam kenangan pahit.. tapi kalau tak tahu, takde pula jadi makin matang..semua ada pro kontra kan
@chummy cliche; yeye ade org sebut mcm saya.. i'm not alone then. hehe
tentang itu, mmg ade pro dan kontranya.. kalau kita tahu bnda buruk akan berlaku pulak, mmg kita bole ubahnya.. tp pengajaran yg kita akan dapat nti tak sama mcm kalau kita melalui bnda yg pahit tu.. kan kan?
yeah, perenggan 2nd last tuh stylo...:)
segala yang terjadi tu sempurna sangat. DIA lebih mengetahui...:D
@simpleblanklife; hurmm..kita patut bersyukur sbb kita antara org yg masih sedar bnda ni.. moga DIA jauhkan kita dr golongan yg menyalahkan takdir dan tuhan.. hu3
Post a Comment