Salam..
31 Ogos hari tu Merdeka. Betapa aku lebihkan Hari Raya drpd mengingati Hari Kemerdekaan.. Dem demm..
Tadi siang, aku ikut ayah aku balik umah lama dekat ngan kampung. Ingat nak ambik satu barang ni, tapi kesudahannya benda lain yg aku ambik. Layankan je la gamba2 ni..
Banyak betul perubahan pada rumah lama ni. Hasil usaha ayah aku lah. Sejak dia pencen awal tahun itu hari, asyikla mengoter rumah lama tu. First time aku tengok lepas dia oter2 rumah tu, tergezut habis aa. Punye la jauh bezanya dgn waktu kitorang masih duduk rumah tu, sampai aku tak kenal la gamaknya. Pasal depan rumah tu memang dah lain sangat2..
Atas ni wet kitchen. Eh wet kitchen ke dry kitchen ek kalau dapur kat luar? Hehe Dulu-dulu time tengah ada bibik, bila bibik dok memasak kat luar tu, akula penemannya. Berborak sakan, macam la kat tempat lain tak boleh nak berborak. Gamba atas tu dah kira kemas dah tuuu.. Dulu, belakang tu bersepah. Kucing aku time tu pon tak selera sangat nak main2 kat situ. Haha
Rumah kitorang macam biasa la takde sebatang rumput pon. Semua kawasan yg ada tanah dah ditepekkan dengan simen. Baru betul rumah batu. Memang totally concrete. Tak mesra alam eh takde rumput dan pokok2 bunga? Nak buat mcm mana.. Kitorang adik-beradik nak bukakkan pagar pon mcm nak berperang, apatah lagi nak siram-siram pokok bunga. Kirim salam hai hai bai bai je la kat segala tanaman hiasan rumah.
Siryes sangat berbeza dengan keadaan pada tahun lepas. Kalau aku tak tahu yg ayah aku oter rumah tu, memang silap2 aku buat conclusion yg rumah lama tu dah dipindahkan ke Pulau Sibu oleh makhluk ghaib.
Tersangatlah banyak kenangan kat rumah ni. Dari tepi jalan kat luar rumah tu lagi ku dah rasa syahdu. Kuat betul aura dia. Huhu
Area rak buku kat lam gamba atas ni tak seproper (perkataan apa entah aku guna) ni dulu. Bila aku tengok area rak buku tu, tetiba aku rasa area tu mcm mini library plak. Tinggal lagi ayah aku tak buat tagging je. Hee Macam-macam ada wa cakap lu, buku ibu aku masa student dulu pon masih tersimpan lagi. Kalau nak cari buku agama pon ada. Yg fail-fail tu aku tak sure. Heh~
Pasu bunga tu aku dapat hadiah utk subjek ke benda apa entah masa skolah dulu. Tak sangka pulak ayah simpan lagi, siap letakkan bunga lagi kat dalam..
Cubaan mengecilkan pipi yg tembam? FAIL. Takde efek pon. Hape pon tak boleh.
Tu kat dalam bilik aku dulu, kongsi dengan adik pompuan aku. Memang bersejarah habis lah bilik tuu.. Tempat gelak ketawa, menangis berduka, bergaduh dengan adik-adik, main terjun-terjun katil, memekik melolong pagi-pagi buta sampai kena sound dgn jiran sebelah, tempat aku menyorok kalau ibu buat open house (sebab dulu aku ada masalah tak suka orang ramai2), tempat paling syok utk pillow talk... Sebab atap bilik tu tinggi ke atas, jadi efek bunyi kat dalam tu bes dan ventilasi udara sangat baik dan.... Crap! Takde kaitan plak dengan pillow talk. Bahaha
Hiburan seisi keluarga pada suatu ketika dulu. TV comel dan radio zaman perang (bukan aku kata, ayah aku yg kata). Radio tu jenis yg kalau nak cari siaran kena tarik arial die panjang2, lepas tu pusing2 punat yg berkenaan. Ayah kata, radio mcm tu kalau rosak..hantar kat kedai pon org taknak betulkan dah. Ha3
Banyak jasa dapur gas ni. Aku rasa dapur gas ni lah dapur gas pertama yg aku kenal. Sampai sekarang ada lagi..
Tulisan khat tu kawan baik masa skolah menengah rendah bagi. Dia pandai tulis khat.. Cantik kan??
Bonjot-bonjot kain yg berisi kacang hijau. Nak buat apa?? Nak buat main batu seremban laaa.. Dulu gua terer taw main batu seremban, brape round main tak henti2.. Tapi nijam ingat sampai batu 9 ke batu 10 je itu pon susah nak maraton 1 round. Lawan ngan dak kecik pon mesti kalah punya. Zaman kegemilanganku dah berakhir..
Siapa pulak yg masak nasi minyak pulak ni? *gulp* Kay lah, aku pon dah malas nak taip lagi ni..
Thanks singgah n baca ye, selamat hari raya uol !!
7 comments:
besar ye rumah.. skang stay serembankan?/
@chekgu azrine; masih di melaka lagi.. hihi
haha kenangan eh ko tibe2. batu sebatu2nye lah rumah awk ni tqa!
@lynn lola; berjutaaa batuuu jauhnyaaaa..*tetibe nyanyi lagu alleycat*
hihi memang.. betul2 rumah batu.. :D
best la rumah awk. besar. leh men larik larik. hihihi
besarnyer rumah... tv dan radio klasik woo..
@feel; hehe main nyorok2, main kejar2.. sume boleh.. :D
@adan; takde lah besar pon.. cukup la nak golek2 seisi keluarga..
Post a Comment