Monday, October 3, 2011

Exam lagi dan lagi

Assalamualaikum..

Membe lama masa duk matrik dulu kata aku asek exam je.. Kejap2 aku chat ngan die, esok nak exam la, next week nak exam la.. Apa takde keje lain ke kampus aku ni kan? Exam je manjang.. Kapan belajarnya dongg??? Haa kan dah keluar bahasa keramat gua.. Kahhh!!

Sebenarnya, dulu2.. masa sistem kitorang belum dirombak, kitorang memang exam setiap penguhujung blok sahaja. Tergantung blok tu ada berapa minggu. Kalau blok tu ada 4 minggu, maknanya 3 minggu kuliah dan praktikum, minggu keempat tu minggu exam..

Tapi sekarang ni dah tukar sistem. Satu blok hanya ada dua exam bertulis. Exam pertama tu dia buat kat tengah-tengah blok. Jadi time exam pertama tu kira tak habis belajar lagi semua silibus dalam blok tu.. Tapi kadang2 yang belum dikuliahkan pon, ada soalannya dalam exam. Perasaan?? Rasa macam nak lari rumah jugak la.. Tapi alhamdulillah setakat ni aku takde lari rumah lagi.. Tak tahu la lepas ni kowt2 aku nak lari ke kan.. Heh heh


Apa maksud ayat dalam gamba atas ni eh?? Aku tau copy url je lepas tu tepek kat entri. Kesudahannya, apa aku tepek pon aku tak tau. Haha

Ada orang mungkin heran kenapa aku dah tahun empat kat universiti tapi aku belum klinikal kan? Kalau kat Malaysia, tahun kedua dah mula klinikal kan?

Sebabnya ialah....... Program kitorang kat sini, teori adalah selama 3 tahun setengah. Ye, betul tu 3 tahun setengah. Siap ada setengah.. Nak jugak setengah kan, suka hati kau la labu.. Yang penting lepas 5 tahun, bole balik Malaysia makan burger Ramli puas-puas.. Nyummm!!! Sedapnya woh burger daging spesyel cap Ramli. Kat sini tak dapek la melainkan kau bawak dari Malaysia.. 

Sekarang ni aku dah blok 27, kalau yg aku tahu..... Blok terakhir utk teori ialah blok 30. Jadi sisa yg tinggal masih ada 3 blok lagi. Minggu ni adalah minggu final exam untuk blok 27. Hati berdegup-degup kencang tanda ada rasa cuak.

Mana tak cuak kan, orang dah stat prepare, aku boleh dok termenung lagi fikir nak mula dari mana. Macam la kau tak pernah exam kan? *saja nak bambu diri sendiri*

Okay lah. Wish me luck, guys~

P/s:  Tak sabarnya nak habis exam dan bergoyang kaki di rumah.. Walaupon sekarang tgh goyang kaki jugak, tapi kalau lepas exam dia punya feeling tu jauh lebih bes.. Hihihi

2 comments:

yan_n.i.m said...

pekat nyer bahasa kramat ..! ngehehe

Kak Long said...

@cik yan; hi gurl!! sudah lama tak nampak kamu.. welcome back~ ^_^