Thursday, November 26, 2015

Sakit Tekak

Hai babe

Takde Strepsils plak. Tetibe je tekak perit. Tadi main hujan sket kat luar. Jumpa membe aku time hosmen kat Pilah dulu, ex-rumet sbnanye kat kuarters. Teringat zaman orientasi ngan tagging dulu. Skang, die dah sukses. Sukses bisnes, sukses ho-ship jugak (tak lama lagi abes tu), and dah nak nikah awal tahun depan. Jumpa die amek aura positif sket. Pastu, bulan depan amek aura positif kat China pulak. Eh.

Cerita pasal sakit tekak tadi, mungkin sebab kena hujan time cari kedai pecel lele tadi. Atau pun air bubble tea yg aku beli sebelum jumpa membe aku tadi tu tak bersih. Sebab, aku ada bad experience ngan air kat kedai bubble tea tu. Jumpa lalat lam bubble tea aku. Boleh?

Aku pon gatal. Dah tau pnah jumpa lalat lam air kat kedai tu, still nak jugak beli air kat situ. Hish.

Tapi mungkin jugak bukan sebab air bubble tea tu semata-mata.

Aku cek kat henfon suhu kat China skang amboi kemain sampai cecah -6 degree celcius. Hopefully semua yg terlibat utk trip tu nanti sihat walafiat lah. Tak kuasa nak hadap flu or batuk dgn cuaca sojuk camtu ya tuan-tuan puan-puan.

Aku tadi beli Oxy 10. Baik nau pulak jerawat nak membiak 2 minggu terakhir ni. Ada je lagi Oxy 5 kat umah tapi aku terpedaya dgn tulisan "for stubborn acne" kat packaging Oxy 10 tu. Dalam hati aku, jerawat yg tumbuh sekarang ni dalam kategori degil lah jugak. Memang nak kena hajar.

Sekali kan, aku balik umah tengok2 belakang box tu die tulis "may bleach hair and dye fabrics". Panik la kjap. Macam ganas je efek die. Haha Pastu nak tepek kat muka. Hurmm Tapi dah tepek dah tadi. Puhh puhh puhh Semoga kau hilang lah esok lusa..

Aku terjumpa talent baru hari ni ni. Iaitu meniru gaya watak hero dlm drama "The Greatest Love", Dok Go Jin. Aku baru perasan td time sembang ngan adik aku pagi tadi. Aku nak memeriahkan suasana je sbnanye. Pastu adik aku kata sama pulak reenactment aku. Kah kah kah

Oh ya tak ya. Episod final belum abes tengok lah. Tengok sekerat jalan je tadi sebab ngantuk. Ada ke patut.

Nak abeskan tengok drama ni, pastu... Tido lah kot. Cam ngantuk je pulak.

Lupa nak warning entri ni entri sembang2 je.

Kalau dah terbaca sampai sini, terima kasih.

Oke bai. 

Good bam.

Thursday, October 29, 2015

Kempen Kesedaran Mykad

Assalamualaikum..

Dan hai semua. Minggu depan kira dah 2 bulan la aku berkecimpung dalam bidang health and wellness ni sebagai trainee. So far, aku dah start doing body and water treatments kat customers. Still need more experience to develop my "signature touch". Senior therapists kat tempat aku training punya experiences dah bertahun. Hmmm obviously tak bole compare la. Mihmihmih

Aku dah mula susun impian masa depan balik mcm dulu-dulu. Last 2 or maybe 3 years I was actually not really sure about what I want. Lepas tu things happened bla bla blaaa and here I am now, doing okay so far alhamdulillah.. And I think this is a really good thing you know, to start dreaming about my future plans again. Aku tak tau la org lain. Tapi it happened quite a lot to me, macam bila aku fikir2 balik.. Apa yg aku lalui sebenarnya adalah apa yg aku pernah bisik dalam hati sendiri.

Betul lah tu. Betul lah tuhan tu Maha Tahu apa yg tersembunyi dalam dada dan hati manusia kan?

Sekarang, aku harap bisikan2 kecik dlm hati aku jadi kenyataan lah satu hari nanti. Amiinnn..

Lagipun, bak kata ada quote tu, "everything starts with a dream".

So, tak salah lah nak berangan kan. Kalau berangan benda yg baik2 utk masa depan tu sebenarnya takde masalah. :)

Oke, tutup muqadimah cerita perkembangan aku (mmg kembang, hari2 makan nasi taw), kita beralih kepada kempen kesedaran Mykad.

Ada apa dengan Mykad?

Aku pernah up entri pasal MSSP sebelum ni. Boleh usha kat previous post. 

Oke, this program is seriously not a scam, and it's getting bigger, and I am so so soooo excited to be one of the licensed dealers/agents/affiliates under this super awesome program!

MSSP ni menyediakan satu platform utk rakyat Malaysia berbelanja sambil menikmati pelbagai keistimewaan dengan hanya menggunakan IC atau Mykad kita! Ya, IC biru kita yg kita duk simpan kemas2 dlm purse tu..

Boleh dpt discount, bole dapat points, points dalam bentuk RM. Dalam erti kata lain, awak bole kumpul duit dalam IC awak. Best kan?

Uish. Gila ke tak best?

Memula, aku tunjuk dulu pebenda ada kat website die ya. Bior teghangggg gituu

(tekan perkataan atas ni untuk direct ke website)

Bila korang dah buka website tu akan jumpa mcm ni oke.



Korang boleh la baca2 point2 penting pengenalan program ni kat main page die tu. Then, klik kat "PARTICIPATING MERCHANTS" kat options atas sekali tu.

Pastu die akan keluar semua senarai kedai2 berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Semua rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai ganjaran hebat kalau berbelanja di kedai2 berdaftar ni dengan menunjukkan IC sewaktu membuat pembayaran.

Yg takde Mykad, tak dapek den nak nolong ea..


See? Baru kejap tadi aku godek website ada 37 pages utk participating merchants ni, and the number will keep growing. Akan makin banyak pilihan kedai untuk rakyat Malaysia, dan ganjaran yg boleh dinikmati pon akan makin bertambah!

Ni contoh la kan, aku klik kat Port Dickson Water Park.


Dia akan keluar gambar2 tempat tu... Dan bawah sekali ada alamat, siap nombo telefon, berapa die offer cash point rebate, reward point die bagi berapa every Ringgit we spend, dan jugak category by location and business kedai tu.

Ni baru satu tempat aku tunjuk ni. Best kan? Bole gi klik website for more merchants details.


Zaman sekarang ni, handphone dah mcm laptop dah kan? Boleh guna utk macam2. Haa tengok atas ni, korang boleh download application MykadSmartShopper (MSS) kat app store dan Google Play. Sambil travel, boleh cari kedai berdaftar on the go je guna smartphone. Kan senang tu.. :)

Tapi, untuk menikmati ganjaran2 hebat tersebut, dan untuk memanfaatkan fungsi Mykad kita yg ke-50 ni, kita kena lah daftar dulu IC kita tu..

Ya robbi... Daftar pon FREE OF CHARGE sahaja, sekali seumur hidup tak payah renew2 bagai.. Best gilerrrr bak hang

Untuk mendaftar Mykad anda sebagai pengguna pintar,

Klik link aku bagi atas tu, pastu isi la details memasing taw. Klik submit, dan die akan bagi notis action successful. Lepas tu, bole cek email memasing. Then korang boleh la log in sebagai member kat http://mssp-sys.aj.my untuk tengok berapa points dan duit korang yg terkumpul dalam IC hasil berbelanja tu.

Jom jadi pengguna pintar!

If korang nak share this post to your family and friends, share je okay. Spread the love :)

Toodles!

Thursday, October 15, 2015

Cerita Semalam

Salam.. hai all

Semalam kat spa, ada la manager drpd branch kat KL ke Selangor tu die bgtau ada VIP guest nak buat treatment voucher. Beriya staf tunggu kan.. Tak lama tu manager tu call lagi bagitau guest tu lambat another half an hour. Okay.. kitorang tunggu lagi, siap minum milo la makan maggi la takut lapar time buat treatment. Luls

Sekali manager tu call lagi cakap rupanya guest tu nak pg branch yg dekat KL. Ceytt.. Colleague aku dah siap panaskan herbal ball dah. Prepare kot guest tu pilih nak buat herbal ball ngan balinese/therapeutic kan.

Tapi ada hikmahnya... Yaitu, aku dapat belajar ear candle semalam! Yeayyy

Ooopss terseksi pulak gamba model ni.

Macam ni lah rawatan ear candle. Tapi lilin aku guna kat spa kaler hijau.

Ear candle ni rawatan alternatif utk improve general health, terutamanya to improve airstream balance dalam kepala kita, bagus untuk orang2 yang ada migrain, ada masalah susah tidur.. Pastu kan, ada org kan ada masalah taik telinga keras susah keluar, ada yg sampai memerlukan bantuan medik utk kasi keluar taik telinga tu. If ada peluang, boleh try ear candle ni sbb die bantu sedut kotoran2 dlm liang telinga kita.

Macam best kan?

Bila training kat spa ni, aku teringin nak explore spa2 lain . Dah pasang niat dah one day nak try treatment kat mana2.. Huhu

Wah entri ilmiah hari ni!
Carandaaaa!

Thursday, October 8, 2015

Benda Best Nak Share, Great Deals!

Assalamualaikum readers..

Aigooo mcm kekok jeeee hahaha Dah lama tak update, ada membe kata dah nampak sarang labah-labah dah kat belog ni. Hikhik

Thanks la kat membe ai sorang tu, buat diri tersedar dari lamunan, off day terus tergerak nak update sket. Luls

Alhamdulillah aku now dah over a month kat Tanjung Wellness Spa which is pepandai la korang waze kalau berhajat nak menyantai menyepa ya. Wah menyempat promo tempat spa kita pulak. Oke la so far, surrounding okay, kerja pon oke.. Cuma line telefon je yg tak okay. Hutan bebenau gamaknya. Jangan kata 3G, E pon kadang-kadang tak dapat weh. Ada pernah emergency call only terus. Ada ke patut. Nak tanya password WiFi mcm serba salah pulak. Ye la, aku kan budak baru situ. Nanti lah, kot dah terjana ukhwah yg lebih mantap, aku try la jet2 ty password WiFi situ. Haha

Eh, korang dah daftar Mykad belum ni?

Pernah dengar Mykad Smart Shopper Program?

Yang ni..


Daftar percuma je, skali seumur hidup, takyah renew2 bagai. Haa lepas tu, gi kat playstore, donlod application MSSP (mykad smart shopper program) ni. Bukak situ bole semak senarai kedai2 berdaftar dan.... apa lagi?? Berbelanja lah.. Bole dapat discount, boleh dapat point.. Point dalam bentuk ringgit RM lagi. Boleh guna untuk perbelanjaan seterusnya. Memang great deals ni! Don't miss it, people!


Haa tuu tengok atas tu, hotel ada, butik ada, kedai makan ada, kedai omeh pon adooo.. Macam-macam adooo.. 

Untuk yg belum tau tu, ini lah dia fungsi Mykad yang ke-50 which is berbelanja. Mykad kita bukan je sebagai tanda pengenalan diri, nak shopping pon boleh guna okee.. Canggih tak canggih zaman skarang ni.

DAFTAR SINI: 

Oke, now go click the link and register your Mykad.
Daftar jgn tak daftar!

Will update more to you later. Babai readers..

:)

Thursday, September 17, 2015

Unpredictable

Assalamualaikum..

Sekarang musim jerebu. Satu mesia jerebu. Negeri korang punya IPU berapa? Agak2 teruk tu pakai je la face mask keluar. Kang kena respiratory tract infection tak selesa nak bekerja or apa2 lah korang nak buat.



Ni lah dunia aku sekarang. Bermain dengan minyak, essential oil, produk2 body treatment.. Ya, now aku berkecimpung dalam industri spa. Baru sangat lagi. Tak layak nak state brape lama experience aku. Nyahahaha

Ermmm... But kalau ada kawan2 kat sini nak treatment bole roger2 ya.

Life is unpredictable, guys. 

Aku pon tak pasti how I end up doing spa therapy.

Tapi mcm best if one day I can operate my own muslimah spa kan? Who knows.. (amiin.....)


Saja nak sedapkan mata sendiri tengok belog berupdate. Takla berhabuk berdebu aje kena tinggal.. Ckckckckck


K bai korang.

Thursday, July 23, 2015

Semudah A B C

Assalamualaikum...

Tajuk tak nak cliche lagi. Ahahajakhkhkashauf

Ingat nak buat entri wordless Wednesday tapi tetibe aku terdapat ilham nak share benda ni khususnya utk ladies kat luar sana. Hikhik so kensel lah buat wordless Wednesday ya.

Topik hari ni ialah Double Cleansing. Pernah dengau? Macam familiar kan kan? Semenjak aku blaja modul facial treatment (requirement and procedures) ni kan, ilham nak share pasal beauty sokmo. Warghahaha Mengada. Lempang nak?

Aku pon sblom ni bajet2 cam paham konsep double cleansing tu tapi hakikatnya tak berapa paham pon.

So basically to those yg gemar pakai make up kat luar la especially yg selalu full make up dgn foundation, highlight, concealer, mascara 3 lapis, dgn segala tok nenek bronze blusher etc etc tu, haaaa memang sepatutnya setiap kali nak cuci make up mmg kena double cleansing.

Pasal ape, bila kte pakai make up especially peminat tegar foundations, uiiii mak aii jaga-jaga sangat pasal senang nak dapat clogged pores ya teman-teman. So, kat situ la pentingnya double cleansing ni utk make sure sume make up tu betul2 dah terangkat atau pun totally removed from our skin. Plus, die penting utk stabilize back our skin's pH. 

Aku ada la sedikit sebanyak recommendation yg pada pendapat aku produk yang baik dan berkesan dgn harga yang berpatutan. Terpulanglah mengikut masing2 nak pakai brand apa, but these are the ones that I use..

STEP 1: REMOVE MAKE UP


Dalam banyak2 cleansing wipes yg aku pnah guna, yg ni paling best. Sedegil mana mascara aku pakai alhamdulillah pakai wipes ni boleh tanggal tanpa aku gonyoh sekuat hati sampai bulu mata aku pon tertanggal sekali (you know what I mean..). Pokoknya, memang bersih, sehelai cukup untuk satu muka, fragrance sgt soft, and kulit rasa smooth je x kesat lepas guna wipes ni.

Fun fact: Biasa org guna remover yg oil based kan, yg cecair die ada 2 layer tu. Memang senang hilang make up kita, tapi sebenarnya die bole buat kulit kte tumbuh oil seed (mcm jerawat, tapi dalam die produk berlebihan dari oil glands kat kulit kita). So, better pilih yg water based for example mcm yg botol putih body shop punya tu atau pun pakai cleansing wipes. :)


STEP 2: CLEANSING LOTION


Sebelum ni aku beli cleansing lotion ni ingatkan bole guna as regular cleanser yg kita pakai lam bilik air keluar buih2 tu. Haha Sekarang baru aku tau, cleansing lotion ni macam pre-cleanser la lebey kurang konsep die. Tak payah guna air or basahkan tangan or whatever, just cuci je muka terus ngan lotion ni macam mana kte cuci muka dgn cleanser.

STEP 3: FACIAL CLEANSER (CREAM FOAM/BUBBLE FOAM)


Haaa Lepas tu baru cuci muka ngan sabun pencuci muka.. Sbnanye better pakai yg bubble foam, sbb lebih hygiene giteww.. especially utk yg kulit oily atau acne prone. Tapi cream foam yg biasa tu pon boleh je..

Cuba uols try buat double cleansing ni kat umah, rasa the difference between kalau kte cuci make up dgn cleanser sahaja, dgn kte cuci make up dgn 3 langkah ni. *wink wink*

SAY NO TO CLOGGED PORES! GYEAHH

Menjak aku mengerti apa itu double cleansing ni dan kepentingannya, now aku dah selalu cuba merajinkan diri untuk buat setiap kali nak cuci make up. Kulit aku tak cantik cam Dato' Siti beb, nak tak nak kena jaga jugak.. Sobs sobs

So, selamat mencuba and thank you for reading.

Love.

Monday, July 20, 2015

Caaakkk??!!!!!!!

Assalamualaikum all..

Hye, selamat hari raya aidilfitri to those yg celebrate eid. Eid mubarak, may all of our prayers and ibadah during Ramadhan will be accepted by HIM, inshaAllah.. Ameen.. :)

Kira aci lah ni entry raya kan, baru syawal ke-4 ni. Hee

Quick update je ni kot la ada yg bengkeq asek tengok entri lama dah nak dua bulan kan. Maafkan beta, beta banyak urusan kerajaan negeri sejak dua menjak ni *read: pura-pura banyak urusan*

Raya tahun ni alhamdulillah la complete family aku semua ada cuti, balik kampung sama-sama, makan besar sama-sama and everything. Ramadhan hari tu mungkin bukan Ramadhan terbaik aku, tapi aku dah cuba buat yang terdaya and tawakal alallah, semoga diterima. Engkorang plak how was ur Ramadhan? Kita sama-sama doa dapat bertemu Ramadhan seterusnya dalam keadaan sihat sejahtera ya, ameen...

Aku dah nak 2 bulan kat tempat blaja baru.

Aku ada 3 bulan untuk complete kan teori n training secukupnya sebelum start practical. 

It's something to do with beauty and wellness. Aku cam tazabar nak dapat that certificate but I need to complete this whole course and sit for the exam first, there's no other way. 

I know, I made a rare decision which was to change from "academic line" to "skill line", even waktu interview pon mmg interviewer tu dah mention kat aku. So, aku mmg dah aware benda ni from the beginning.

But you know what, opportunity tu bukan tak ada, dah ada depan mata, tak salah pon kita grab. Tak gitu? Life is short bebeh.

Oke tetibe tersedau amenda aku membebel ni haha.

Anyway, just to say hi to you after one month plus plus~ I wish you guys a wonderful raya and don't eat too much otherwise you'll get sick. 

I will write more later, inshaAllah.

P/s: Tak tenteram aku menaip pasal ada lipas dewasa kat atas lantai lam bilik niha. Hmmphhh

Tuesday, May 26, 2015

Wassup

Assalamualaikum and hye!

Tadi siang aku jenjalan kat Mydin. Memula nak cari donut jek. Entah tekak aku teringin donut plak pehal ntah. Padahal baru jugak makan donut hari tu. Aku ingatkan kat Mydin tu Big Apple, rupanya Daz amenda ntah nama die. Haha Jadik lah buat layan tekak aku yg teringin tu.

Dah beli donut, masuk plak supermarket die. Last2 aku beli trus barang2 sket nak bawak gi keyel.

Before this, aku ada sebut pasal intebiu kan?

Alhamdulillah.. It's official now, lepas ni aku jadi orang keyel sekejap nak ikut training under tourism Malaysia. Wish me luck, guys~ :)

Amek masa jugak sbnanye to really sit and think and plan about your future. Nak2 if you decide to change course, like I did. Hihi

Dia kena bertenang dan rileks. Kalau dalam keadaan serabut mmg susah.

Sebelum ni aku ada join satu grup ni kat fesbuk, dalam grup ni ada macam2 kategori budak-budak medik. Mostly ex-student medik yg dah grad lah. Aku tak aktif mengepost pon dlm grup tu, tapi dah few times jugak random medicine grad student pm aku tanya pasal quitting ho-ship.

Ermm.. Andai kata ada antara member grup tu terjumpa belog ni, and kebetulan you read this entry, so aku nak dedicate this massage to you guys, okay?

Jangan buat keputusan terburu-buru, consider sume consequences yg boleh berlaku, and sebaik-baiknya biar ada plan la if nak benti pon. Itu lagi memudahkan proses korang nak move foward andai kata korang betul2 nak benti.

And do not expect it will be easy. So that bila korang rasa down kat luar sana, at least mental tu dah prepare for that.

Aku rasa betul lah kot quote ni "medicine is for someone who cannot imagine doing something else". Aku terbaca kat mana entah quote ni. Nak kredit pon tak ingat siapa dia. Sorry, my bad.

Medicine is not for everybody. Ugly truth. Haha

Tapi, it's super great if you can challenge yourself to keep going in the profession. It's a noble job anyway. If you stay, you'll be a hero for sure. Keep that in mind, okay my fellow friends?

It's just that life can turn out in so many different ways. Tak kisah la ape korang decide, percaya je ngan rezeki Allah. Embrace what you have and be more thankful to HIM, nanti DIA tambah lagi bahagian rezeki untuk kita, inshaAllah.

Wah gitu... Macam ucapan untuk majlis ape je nih.

Oke, cerita pasal lain pulak. Few days lepas aku gi pantai.

Dapat makan benda alah ni.


Takoyaki!

Festaim aku makan benda bulat ni kat Jakarta dulu. Tu pon time dah final year rasanya. Time practical. Kat depan hosp aku practical tu ada stall takoyaki. Nak tetiap hari jugak kot aku makan bnda ni. Sedap rupanya.

Kesian kan, umo dah lebih 2 dekad baru kenal takoyaki tu apa. Tapi kira aci lah sbb aku bukan org Jepun pon.

Yg aku beli ni kat Tesco Peringgit. Aku bawak pergi pantai. Jauh tak? Haha Sanggup berpanas-panas nak makan takoyaki tepi pantai punya pasal.


Buai laju-laju sampai pokok ru.

Takde org pon yg tergamak nak main boyang kat playground tu time aku datang tu. Panas memencak-mencak kau. Tapi pasal teringin nau gamaknya nak naik boyan ni, aku gagahkan la jugak.

Haaa tengok kasut merah makngah ni baru aku teringat tapak die tu kena gam. Sket lagi dah macam mulut buaya karang. Nanti nak kena gam tu.

Kau tengok entah apa aku taip alih-alih cite pasal gam kasut je ha.

Haha Oke ah.

Sambung kendian eh.

Bai.

Monday, May 18, 2015

Talent Cosmetic Malaysia

Salam..

Mihmihmih.. Pernah dengar Talent Cosmetic from Korea?. Aku pon baru tau semalam. Semalam gi jenjalan ngan my mom kat DP. Dah nak balik tu lalu lah satu kedai ni, aku nampak kat luar die ada skrin TV keluar girl group 4 minute tu. Aku memula perasan sbb nampak Hyuna. Dari jauh aku ingatkan kedai tu kedai ape la.. Ingatkan kedai perfume.

Lalu sebelah dekat2 pastu nampak pore cleanser yg mcm electronic device tu yg ada brush kat kepala die tu. Tgh hot jugak kat instagram. Ada yg untuk massage, ada yg untuk cleansing.

Eh, ni bukan kedai perfume kooott. Alih-alih je aku tak sedar kaki aku dah masuk dalam kedai tu.

Masuk-masuk je aku heran jugak nampak banyak poster kpop kat dalam tu. Nak kata kedai DVD, takkan jual pore cleanser.

Pastu ternampak ada BB cream.

Laaahh beauty store rupanya Talent Cosmetic tu. Yg gamba2 selebriti tu sume mcm duta2 la lebe kurang..

Aku rasa that day mmg hari aku nak spend utk cosmetic kooottt. AGAIN.

HAHA

Aku sbnanye mmg cari powder or apa2 la two way cake ke kan sbb aku skang guna pressed powder je. Nak cari yg coverage better lah kengkunun.

Dah pulak jadi bersembang dgn akak promoter tu abes sume die cerita. Aku dengar SNSD ada datang time launching diorang apa sume dah ter-eksaited dah time tu. Haha Aku bukan boleh korean beauty store ni mmg hantu sket. Sekejap je round dalam tu bole naik syeikh.

Alaa aku tak snap gamba kedai die that day. Carik kat gugel pon cam xde la plak.

Tapi aku beli....


BB Pearl Pact (yg shimery).

Dia ada yg tak shimery ngan yg shimery, ofkos lah aku pilih yg shimery. Aku kan ske bling bling. Muahaha

Rupanya semalam last day diorang promotion. Harga asal BB pact ni dalam RM 80 plus plus jugak, time aku beli tinggal RM 40 something. Kira 45% jugak kot kalau tak silap. 

The other one compact die dlm bentuk foundation. Yg lembap tu.

Aku beli yg powder form je lah sbb sbnanye cam malas jugak yg sticky2 tu. Lagipun kalau aku nak proper aku guna BB dulu pastu powder.


Blemish balm ni my guilty pleasure la sbnanye.

Bukan main intention aku pon tapi sbb aku tau aku akan pakai, so aku grab jugak. Harga RM 30 something. Tak ingat specific dgn sen2 die. 

Diorang ada 2 jenis BB, satu lagi tiub pink untuk kulit combination. Aku amek yg putih ni sbb yg ni untuk kulit sensitif, die ada repairing property kat dalam tu. Mmg tu lah yg aku aim kalau cari produk sbnanye. Hihi

Lagi satu yg buat aku tertarik ngan Talent Cosmetic ni, kalau korang teliti packaging tu, ada tanda HALAL. Selalu kte gi Etude House ke Face Shop ke.. mana ada tanda halal kan? Aku just fikir yg organic products supposedly do not contain any animal sort of ingredients, so sblom ni mmg aku tak pernah query pon. Korean products kan terkenal sbb diorang guna bahan semulajadi, less chemical. Bila akak promoter semalam tu bagitahu, aku baru macam BINGGG!! Ini sangat bagus nih! :)

Talent Cosmetic ni diorang punya head quarters kat Kuantan. Kat Melaka yg aku pergi tu is the first beauty store diorang kat Malaysia. Akak promoter tu kata baru dalam 3 4 bulan camtu. No wonder la aku tak pernah perasan sblom ni.

N yg best nya semalam promotion diorang tu kalau kte follow instagram @talentcosmeticmalaysia pastu post selfie sedas ngan produk yg kita beli, dapat another 5% discount! Menggagau aku tumpang log in instagram kat npon ibu semalam. 5% discount punya pasal.

Korang yg gila produk Korea kalau datang Melaka bole la usha Talent Cosmetic kat DP. May be diorang nak bukak beauty store lain jugak kat negeri lain, but so far ada kat DP je. Tetibe rasa cool gila dapat menyopping kat satu-satunya beauty store Talent Cosmetic kat Malaysia ni. *kasi can la sekali-sekala*

P/s: Bukan entri berbayar, sepenuhnya untuk tujuan berkongsi. Sharing is loving yawww

Babaisss

Thursday, May 14, 2015

Fangirling is so weird

Aku tak pernah amek inisiatif utk buat survey kat belog ni utk find out majority readers kat sini umoq brape, gender apa, bla bla bla. Nanti kang hasil survey bole divide jadi 50-50 je karang facepalm sendirik. HAHAH

Tapi aku ada la tengok blogger2 lain buat survey kat belog diorang. Cam best jugak tapi takpe lah.

Aku tak tau la korang, tapi aku daripada zaman skolah mmg dah ada penyakit ni.

Penyakit "fangirling".

Teringat masa lower form, zaman2 hiphop baru nak naik kat Malaysia, aku minat gila kat Ruffedge ngan VE. Zaman tu zaman walkman. MP3 apa sume blom wujud lagi. So kerja aku mengumpul kaset album artis2 yg aku minat. Aku rasa mostly album Ruffedge aku mmg ada kot. Diorang punya compilation album yang feat VE pon aku ada. Muahaha

Aku dulu budak KAA. Budak kelas pompuan and blaja bahasa Arab. Tak nahan kau hapal lagu rap Tipah Tertipu waktu tu. Orang duk mengapal pelajaran aku duk beratib lagu Ruffedge.

Kalau ingat2 balik memang lawak je rasa.

Punya la minat dulu kat Ruffedge siap simpan gambar diorang dalam purse. Hah dapat kat tuan haji, amek kau die renyuk-renyukkan campak kat lantai. Punya tacing perasaan aku waktu tu. Tu lah yg aku pon gi eksyen kat ayah gambau Ruffedge lam purse aku wakpe. Mintak sangat...hah mendapat lah. Padan muka aku.

Masa diorang muda ni. Awal2 tahun 2000-an ni aku rasa. Ni cover album diorang, time ni ada Mode. Lepas tu Mode keluar ganti ngan ape ke nama brader tu lupa pulak.

Bila besar sket, aku duk menggila lagu omputeh.

Zaman stadi dulu aku sempat minat kat One Direction kejap. Time tu diorang baru2 jugak keluar X-Factor. Dua tiga jugak album diorang aku kumpul. Lepas tu makin lama diorang makin femes. Femes yang tak terkawal dah. Aku pon jadi tak minat sangat mcm memula diorang nak up dulu. Tapi now still layan gak lagu diorang. Lagu baru diorang yg Night Changes tu best gak. Sesuai nak bawak berkaraoke pasal tak susah nak nyanyi. Boleh?

Bila dah menua niha, beralih arah kat K-pop pulak. Apa cerrrr??

Tu la sebab aku cakap fangirling is weird. Dia macam bole create satu dunia tersendiri yang hanya org yg ada the same disease je yg bole paham.

Sebab apa, aku dulu punya la menyampah tengok adik pompuan aku layan korea. Siang malam korea, tak muak ke kan?

Tapi skang aku pulak yg follow kpop music charts. Kemain kauu..

Ada banyak sebab sbnanye aku suka korea skang. Muzik diorang best, culture diorang menarik, bahasa diorang menarik, negara diorang cantik n bersih, pastu the way diorang promote their country through TV programs mmg berkesan. Bukan nak cakap la, tapi TV programs kat Korea sangat dipenuhi dgn knowledge sbnanye. Entertainment mmg entertainment purposes, tapi di sebalik tu ada je bnda2 yg kita bole take it as knowledge. Personally aku rasa rancangan TV kat Malaysia ni still ada kekurangan dari segi tu. I know Malaysian TV programs will progress but yeah, just saying tho.

Amboi cek kak berucap kalah Tin Semah. Ohok ohokkk

=P

And aku nak tunjuk video ni.




P/s: Subtitle takde, agak-agak je ah diorang cakap apa. LULS

Aku ingat orang biasa je ada tebiat mcm ni kat karaoke. Retis pon have fun at karaoke place this way rupanya. Dah macam kena masuk hantu je.

Siapa pernah nyanyi lagu Awie "Di penjara Janji" kat karaoke?

There's no other way except to sing it just like Doojoon did in the video. Bila aku tengok video ni mesti aku teringat kat geng2 karok aku. HAHA

Bila weh nak karok camni lagi?

Rindu ah.

Tuesday, May 12, 2015

Bucket List

Hye!!

Ekceli aku ni takde la properly set bucket list yg aku nak buat mcm org lain yg kalau boleh they want to do it at least once before they die. Tak pon, just kadang2 aku memang rasa cam bestnya kalau dapat buat benda2 yang RARE. You know what I mean.. kan kan?

Untuk position aku skang, memang belum layak la nak masukkan dalam bucket list nak bungee jumping kat highest mountain kat Europe apa sume. Puhahahhakk Tetibe cam nak tergelakkan diri sendiri je baca aku taip tadi.

Tapi kan, antara benda yg aku teringin is, nak experience one of the greatest amusement park in the world. Aku kat umah suka tengok chanel 701-707. Dalam chanel2 tu selalu la ada cite2 pasal life, travel, buildings, and ada la salah satu tu aku lupa tajuk die tapi die pasal ride2 yang paling gila la yg ada kat amusement park kat Europe la mostly. Yang tak terbayang dek kepala otak aku pon ada rupanya manusia cipta. Dah rupa patung aje aku tengok orang ramai kena lambung sana banting sini. Seriau tapi dalam hati sbnanye mcm curious about it.

Dulu kat Indonesia, aku pnah la twice kot jejak kaki kat amusement park. Jakun gilaaaa wahahahaha. Ye lah festaim kot aku gi amusement park, tu pon kat negara orang. Kalau kat mesia nak cari amusement park celah mana weh, aku dah la duk kampung je ha..

Lepas tu, lagi satu ni kalau aku cite.... ermmm.. Oke lah. Nak gelak kat aku suka hati lah. Sbb aku pon gelak sekali kot.

Ermmm... Aku teringin nak sky diving.

(omaigad ridiculousness overload!!)

Macam ini yg aku mahu.

Aku ada kenal someone yang suka extreme sport and die kenal one of sky divers profesional kat Malaysia! How cool is that? Sebab kat Malaysia ni ada berapa kerat je sky divers weh. 

Dia kata kat Johor ada kalau nak, dalam RM1500 kot sorang. Tapi mungkin jugak dah ada GST ni dah lain harga die. Haha

Pasal apa aku rasa angan-angan aku ni ridiculous, sebab my height is actually below average. Wuwuwuwu Dari zaman skolah dalam mana2 komuniti aku mesti yg paling renek, kalau tak yang second paling renek, kalau tak nombol tiga paling renek. Ini diskriminasi by chromosomes la nih. Tak aci bagi org yg berhati besar mcm aku ni dapat ketinggian yg tak besar.

Aku tak tau la diorang ada limit tinggi ke tak, tapi biasanya bukan sukan extreme ada limit berat and tinggi ke?

Nak dijadikan cerita, akhirnya semalam aku dapat jugak gi sky diving.

DALAM MIMPI.

Hahaha yessss. Bucket list dah tercapai. At the age of 24 y/o, I managed to do sky diving.....in my dream... LULS

But it felt soooooo real.. Rasa mcm perut tertinggal and angin udara yg kuat tu mcm real gilaaaa...

Yang kelakarnya, siap boleh buat formation lagi atas udara. Entah sape2 yg aku sky diving kat atas tu pon aku x knal, alih-alih bole buat formation. Time bila practice formation tu pon aku xtau.

Ni siapa pulak pg sky diving bawak pet ni. Ada yg kojol sebelum sampai darat ni kang.

Engkorang plak, what's your bucket list?

Thursday, May 7, 2015

Tetibe Plak Banyak Aktiviti

Assalamualaikum readers..

*Senyum senyum sebab tak update blog for few days. Heeee

Last week tetibe macam ada je pulak aktiviti nak buat. Pergi career talk, pergi wedding ex-batchmate la, pastu berjimba ngan membe la tengok avengers, pastu kengkunun prepare minda for interview la, pastu adik pompuan aku balik mlaka cuti amenda ntah, pastu layan jiran pergi sanan sinun bengkel le kedai henpon le macam-macam. Tetibe kagum ngan diri senirik sebab dah melalui minggu-minggu yang produktif. Yahuuu!!

Selasa lepas aku dah interview dah. Alhamdulillah mengikut firasat aku interview tu lancar.. Cumanya masih belum dapat jawapan la. Kena tunggu confirmation. Kena tunggu Kementerian proses dulu hasil-hasil interview dengan semua candidates dan borang-borang yang we all isi. Hopefully I manage to get the sponsorship la, amiin... :)

Aku bukan nak sambung master, tapi aku nak ikut training under Kementerian dot dot dot. I want to be special. Jarang kan dengar orang dari academic line pindah ke skill line? Orang tak buat, meh kita buat. Haha

Tak boleh cite lebey-lebey, sbb blom ada confirmation uols. Aku kena bersabar dulu. Usbur Ayyub..orang Mesir kata.


Ni muka budak lepas interview. Selamba jek sarung blouse chiffon dengan inner lace pergi interview, kan? Hehe Aku tak reti la nak pilih kemeja ape nak pakai. Last-last tibai je la baju chiffon ni, yang penting kompiden. Alhamdulillah, interviewers dedua baik-baik belaka. Yahuuuu


Beza tak appearance? Kah kah kah. Ni versi tengah intoxication vitamin "M". Tudung malas nak iron, baju main sarung aje long sleeve shirt yg dari zaman lower form dulu tu, sket punya lusuh pon masih juga aku pakai. Oh, yes. Aku masih bole pakai seluar2 and baju2 zaman sekolah. Now umur dah nak 25, tapi masih muat baju2 yg nak dekat 10 tahun dulu beli. Betapa tak membesarnya badan aku ni. Aiguuuu

Sebelah tu jiran aku. She's 2 years older than me. Weols sama skola dulu masa highschool, tapi dulu tak baik pon. Tegur-tegur camtu je. Tapi sbb now dua2 ada kat Melaka kot. Tu yg slalu jugak la jumpa keluar sama. She's nice. Ada yg nak aku kenalkan ke? Sila berbuat baik dgn aku from now on. Muahahaha

Aku memula pk nak teman die g bengkel je hantar kereta die. Sekali ended up kat DP. Dah la aku pakai mcm nak g beli kelapa parut kat kedai runcit belakang umah. Cis.


That day aku belanja dia cheese cake ni. Tapi tak aci sbb aku cilok jugak makan sekali. Eh sedap rupanya cheese cake kat Starbucks ni. Dan yang penting, dapat vitamin aku, yaitu hot caffe latte. Gyeay!!

Oh ya, nama kek ni apa ke benda ntah ada perkataan caramel la yang penting. Boleh tak explain camni? Haha


Kaki pulak tak reti nak stick to one place kan. Melangkah dan terus melangkah, banyak jugak kedai aku masuk semalam ngan partner in crime. Hajat asal nak gi Samsung centre je. Sekali dah upgrade jadi sesi window shopping. Dah la gores kertas parking tu yg sejam punya. Nasib baik tak kena saman woi. Kitorang bershopping nak dekat 3 jam jugak rupanya. Hish.

Aku dah siap mark dah kedai2 yg best kat DP. Lepas ni lenkali kalau nak gi bole g terjah kedai2 yg aku dah mark tu. Kakaka Dah macam penyamun dalam cite Ali Baba Bujang Lapok je pulak.

Hari ni baru lekat sket kat umah. Tu pon may be petang ni keluar lagi ngan jiran aku tu. Haha

Okais. Tu je nak stori today.

Thanks for reading.

Till next time, bye love. :)

Wednesday, April 29, 2015

Tebiat yang Kemakcik-makcikan

Hye!

Aku admit aku mmg kadang2 ada tebiat mcm makcik-makcik sket. 

Antaranya...


Yaitu bergelumang dgn losyen limau nipis & halia ni sebelum tidur. Haha

Aku taktau la ni dah masuk level nenek-nenek ke tak, tapi memalam aku akan bau limau nipis ngan halia ah. Mendapat la aura2 bau bidan or tukang urut kat kampung.

Losyen ni ekceli elok guna untuk buang angin satu, lepas tu sbnanye bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin. See? Taste aku makcik-makcik nau kan..

Tapi aku suka sebab rasa best and selesa. Macam detoxify body pon ada feeling die kalau pakai losyen ni.

Beli kat Mydin je tak sampai 15 hinggit.

Memula aku kenal losyen ni sbb tengok my mom yg pakai. First time try panik jugak sket sbb losyen2 halia ni mmg panas. Efek panas die tu very instant. Tak sampai seminit ko sapu dah rasa panas kat kulit. So jgn terus sapu banyak2 ah memula nak guna, sapu sket dulu lps tu adjust la sampai rasa panas die tu comfortable kat kita.

Aku rasa tak bersalin pon mmg takde masalah nak guna losyen ni. Dia macam minyak angin atau bam je lebih kurang. One of my favourite lotion at the moment. Tapi aku favie die bukan sebab melembutkan kulit, tapi sebab die panas.

Sekian,

Makcik

Sunday, April 26, 2015

Elo bebeh

Assalamualaikum readers..

Macam ralat pulak kalau tak update bila tengok everyday ada views. Macam poyo kan kan? Ah lantaks. Perasaan aku yg ralat, bukan perasaan ko. Mihmihmih

Biarlah views ciput pon, yang ciput tu la aku appreciate sesangat. Thank you.

Tadi aku gi keyel. So schedule today full siang hanya kat keyel dan dalam kereta sahaja. Aku pergi career talk dekat Institut XXX. Wah macam kan rahsia sulit kerajaan sangat nak guna nama samaran bagai.

Bukan apa, aku masih dalam proses permohonan. Macam tak best la kalau aku cerita beriya tapi last2 tak jadi kan? Betul tak?

Aku sebenarnya menyimpan cita-cita ni boleh tahan lama. Tapi sebab dunia aku sebelum ni kat med school. Med school weh, mmg macam tipis lah harapan nak menggiatkan diri dalam bidang yg aku desire ni. Yaitu bidang ehem ehem.

Sabarr.. Tunggu one day bila ianya pasti, I'm sure gonna share it here. Who knows cerita aku bole bantu other people yg ada dream yg sama dengan aku ke..

Tapi for now, aku belum bole ter-over eksaited sebab belum official.

Sama-sama doakan aku ya. :)

Watermark tepek kat dagu kot la ada double chin tanpa disedari, boleh buat tutup2 sket. Kakakaaaa

Aku sebenarnya patut dah tukar BB cream or may be change into foundation ke kan for fuller coverage. Tapi punya lah berchenta nak menghabiskan BB cream Holika Petit yg aku beli kat Jakarta dulu. Dah couple years ago still banyak lagi kat dalam tube tu. Sayang la pulak nak campak camtu jek. Jauh-jauh die diterbangkan dari Korea, kita pulak dah beli tak pakai kasi perabis. Huhu

Gambau from Google jek. Kuasa aku nak menyenap BB cream aku.

Tuha yg pepel tu la hat aku pakai. For moisture.

Kejap. Pehal entri ni dah jadi entri review produk pulak ni? Haha 

*sambung balik*

Aku tak ingat la ape ke tajuk kedai aku beli BB cream ni. Pasal dah lama benau rasanya. Harga pon da terhilang dah memorinya dalam pale otak aku. Yang aku ingat, aku beli ni sebab die tgh promo n mmg berbaloi la beli sbb banyak, dalam tiub tu ada 30 ml. 30 ml tu kalau ikutkan dah kategori banyak dah kalau BB cream yg dalam tiub travel mcm ni. Buktinya, aku punya dah brape taon tak abes2 lagi.

Bau die wangi. Ada fragrant sket la agaknya BB ni. So, those yg x suka produk muka yg ada fragrant mungkin tak kenan la kot tang ni. Tapi aku kategorikan bau die as light and sebenarnya a pleasant smell for a cosmetic product. Sbb die bukan bau mcm bau certain foundation/BB cream yg mcm bau bahan kimia tu. No, bukan bau kimia.

Lepas tu, consistency die thick on hand, but bila you apply rata kat muka, die boleh jadi nipis. Depends mcm mana kte blend kan BB cream kat muka la. Standard BB cream after few hours of application, die mmg akan turn to be a bit greasy sbb BB cream bukan mcm foundation, BB cream tu ada mosturizer sort of cream kat dalam, tu pasal la greasy sket. Daripada semua BB yg aku pernah pakai, Holika petit ni lebe kurang je dgn yg brand lain dari segi ni.

Overall, out of 10, aku kasi....emmmm..... 7.5 bintang kot.

Surely ada banyak lagi yg lagi better drpd Holika ni but yeah, kot la ada yg nak cari tau pasal Holika ni kan.

Kan dah termulti-purpose dah entri ni. 

Oke ah. Sambung lenkali.

Babaisss.

Saturday, April 25, 2015

Soul's Rant

Orang kata ape tu, "you can never be happy if you don't stop comparing yourself to other people". Benda ni tersangatlah betul. Kau takkan puas kalau asek nak compare bnda yg kau ada dgn org lain, sebab akan sentiasa ada orang yg ada benda yg lebih baik daripada kau.

Tapi fitrah manusia ni kan mmg byk yg tak senonoh. Tamak, hasad dengki, iri hati, dan yang sewaktu dengannya.. Semua tu memang fitrah manusia pon. Takkan jumpa lah manusia yg secalit pon takde rasa2 tu sume. Nabi yelah sebab baginda tu maksum. Isteri2 baginda Rasulullah pon ada perasaan jeles-jeles sesama diorang, apa lagi manusia biasa weh.

Aku pon xtau apesal tetibe aku nak menaip serius2 camni.

Angin kot.

Aku terjumpa quote ni kat Google.

Untuk mereka2 yg masih mencari-cari tapak untuk menjejakkan kaki kat real world luar sana, bak kata pic ni, "STAY COOL".

Give yourself sometime to relax and think.

Tapi never ever compare diri kita ngan orang lain taw. Plis jangan. Nanti lagi rasa down. Bagi masa untuk diri sendiri sambil ikhtiar.

I hope I can be a person with a lot of stories to tell and inspire people but I'm still on my way to become that person. I know I have to be patient until that day comes.

Dan sambungan cerita semalam, akhirnya aku berjaya menghadirkan diri ke kerja kawen membe matriks aku tadi. Dah la datang kenduri belah pihak laki die, suka hati je lepas amek door gift tanya pengantin pompuan katne sbb nak jumpa. Wah selamba jek naik tangga umah orang ya.. Hamoi hamoi hamoiii

Takpe yg penting kompiden kate kooo..

P/s: Aku tak tau le siapa viewers dari Rusia, California, Hongkong la bagai.. Dah le aku taip bahasa orang kampung je niha, mengkome kalau paham meleis takpe la. HAHA

K bai.

Friday, April 24, 2015

Pikun

Orang Indonesia bilang pikun itu penyakit kakek2. Kan da terkeluaq bahasa Indon aku. Hihi

Pikun tu maksud die nyanyuk. Masalah betul lah minggu ni aku apehal ntah. Disorientated ke apa. Today mati2 aku ingatkan hari Sabtu. Sabtu ni ada kerja kawen aku ingat nak gi memeriahkan (read: menyemakkan) majlis. Punya la beriya iron baju mandi pepagi siap2 ape sume.

Sekali lepas start enjin keta, tengok npon: FRI 24 APR 2015.

Terus tercengang kejap dalam kereta. Aku mimpi ke apa ni?

Bukak pintu tros tanya ayah, "ayah, hari ni hari Jumaat ea??", muka kompius.

Tuan haji jawab aah hari ni hari Jumaat.

Daaayuuuummmmmm... Apeeekahhh???

Dah le da siap pakai baju kurung. Kalau aku dah tersampai umah kenduri tu karang tak ke tercengang2 tuan rumah tu dengan khemah blom siap setting apa sume?

Hish.

Tapi aku tetap keluar jugak. Main tekan jek minyak tapi dalam kpale otak takde arah tuju pon.

Masuk Tesco parking kat paling ujung sekali biau dekat dengan AEON. Lepas tu termenung dalam kereta.

Eh tak jadik lah.

Tros keluar parking balik.

Last2 aku pergi Econsave belakang umah jek.


Ni la die makcik yang pikun tu. Menyempat pulak snap gambau kat kedai orang. Mentang2 akak2 tu tgh sibuk nak bukak nasi campur memasing. Hahah


Ekceli aku mmg nak beli shampoo pon. Sket lagi habis la shampoo aku yg aku pakai skang. Aku dah baca kemain banyak org promote Sunsilk pink ni kat blog. Macam tergoda pulak nak terai.

Anyone pernah pakai shampoo Sunsilk pink ni? Best tak? Share plisss

Sunday, April 19, 2015

Ngedate dgn Mek Champ (bukan nama sebenar)

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku gi sleepover kat umah membe baik aku kat Pilah. Membe2 aku kan semuanya hosmen2 belaka, so nak taknak kalo nak jumpa kena la gi dekat2 area sepital jugak. Ceh. Tu pon Champ ni die dah pindah keluar dari kuarters sepital. Kalau tak jawabnya aku kena masuk jugak la tempat nostalgia yg tragis itu. Haha

Champ ni belajar sama uni ngan aku kat Jakarta dulu. Dia ni sbnanye ex-schoolmate aku kat Sains Muar. Dan sbnanye die duk dorm sebelah dorm aku je pun selama 2 tahun skola kat Muar tu. Die ni classmate kepada dormmate aku waktu tu. Sebab tu la aku bole ingat die waktu jumpa kat KLIA time nak gi Jakarta tahun 2008 dulu. Kau ingat tak time kita jumpa kat KLIA tu champ?

Dulu kat skola aku weirdo. Takde geng, suka jalan sorang2, tak banyak cakap. Suka buat hal senirik. Tak suka bersosial sangat. Tak caya tanya Champ. Kan Champ?

Kat Sains Muar dulu, sbnanye bole kira ngan jari berapa kali aku pnah bercakap dgn Champ. Ntah2 sbnanye tak pernah pon bercakap ngan die. Tu duk dorm sebelah2 je tu. Punya la tak bersosialnya aku dulu. Hihi

Tapi kat Jakarta, bertahun aku sama rumah sewa ngan Champ ni.

Disebabkan aku mmg kenal die sebagai panggilan "Champ" since skola lagi, aku tak reti nak panggil die ngan nama sebenar die. Kesudahannya nickname tu lekat kat budak2 uni aku. Haha Majoriti panggil die Champ jugak mcm aku panggil die. Yea, thanks to me, nickname skola ko lekat sampai zaman university.


Jumaat malam Sabtu tu kitorang gi lepak kat AEON Seremban. Karok sampai pengsan. Menyempat la dinner bawak ke supper sekali kat tmpt karok tu. Heaven beb kat situ pasal die provide buffet utk customer. Segala tok nenek dari nasi ke lauk2 ngan pasta la porridge la sampai ke dessert semua ada. Memang kelaaaasss. Dah rupa org tak pnah jumpa buffet pulak asek muka aku je amek makanan kat situ. Kebetulan mmg perut tgh lapau nak mam. Setengah jam awal tu Champ je yg nyanyi. Aku sibuk mentekedarah. Hahaha


Ni esoknya gi tengok wayang plak kat mall baru kat Seremban. Apa ke namanya, Palm Mall kot. Pon heaven jugak sbb tempat baru, maka tak ramai orang. Mall ini kita yg punyaaaaa. Gitu..

Shawl H&M grid tu aku beli ngan kawan baik kitorang jugak, owner blog Azie Azra. Kenal tak? Gi la usha belog die, ada link kat sidebar aku. Dia jual macam2. Handbag Mango pon ada. Bole juling mata wa cakap lu. 

P/s: Thanks Azie, tqa suka gila kot shawl2 azie. Semua sedap pakai.


Aku tak follow Fast & Furious dari yg first tu, tapi yg Fast Furious 6 aku tengok la kat Indon dulu. Kira tau la jugak sket2 pasal cite ni kan. Tapi Fast & Furious 7 ni best gilaaaa. Sikit pon x boring. Pakej semua actor and actress kat dalam tu aku suka. And stunt action die thorbaikk. Standard la cite omputih mmg action diorg mcm real kan sume. Pastu part ending die tu mcm tergugat jugak la emosi aku sebab die buat tribute utk Paul Walker sket kat hujung cerita tu.. Sob sob Tak sangka kan si Paul tu dah takde. Muda lagi tu.. :(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni aku mcm biasa la main kuiz kat internet.

Unique charm ye kau kata? Ala cakap je la aku pelik. Hmmmphh

Banyak kuiz2 die kat website ni. Try ah. Tapi kan.. Alamak siot btol lah. Aku tak ingat plak nama website ni. Boleh?

Sbnanye aku nak main kuiz2 lain banyak lagi kat website ni. Tapi hari tu aku klik pon kat news feed fesbuk aku sbb ada org share result kuiz die. Eyy hampehh

Takpe lenkali kalau aku dah jumpa aku stori lagi.

Oke ah. 

Till next entry. Bai!

Saturday, April 18, 2015

Now Baru Aku Percaya

Last two weeks kalo aku tak silap, aku ada hantar ticket kat Nuffnang tanya something pasal setting email dgn CPUV. Saja jet2 sbb aku terbaca kat blog2 org lain pasal hantar2 ticket ni.

Tapi rupanya mmg efek kalo kte hantar ticket ni. A good chance to get our blogs to be noticeable by Nuffnang and advertisers. Hehe

Sebaaabb...

Thank you Nuffnang and advertisers.. :)

Sesungguhnya ini adalah kejadian yg luar biasa kat blog ni. Belum pernah aku dpt CPUV berderet mcm ni. Nak dapat seketul pon payah oke.

Tapi the next week after aku hantar ticket kat Nuffnang tu tetibe blog ni dpt CPUV. Pergh laju gila diorang proses ticket yg blogger2 hantar. Padahal aku letak priority medium je kot. Takde le penting sgt pon isi ticket aku tu. Haha

Lepas ni syg Nuffnang lebih la nampaknya.. Ngahaha

And to all readers pon aku nak say tengkiu jugak. View numbers dari korang la yg buat orang rs semangat nak menaip. 

Oke dah malam.

Good night.