Saturday, May 14, 2011

Tajuk malam ni ialah hipokrit.

Assalamualaikum..

Woooooooooooooo... Apa kabau ah engkorang-engkorang semua?? Lama la jugak aku tak hapdet blog ni. Hahaha Untuk blog picisan mcm ni, kalau tak hapdet walaupon x sampai seminggu tu boleh dikira lama sebab traffic akan jadi mcm "mak oii gila kesian". Make sense tak agak2 muqadimah mcm ni gaya?


Semalam blogger tak bole bukak kan? Aku heran betul pasal ape main page blogger aku ni pakai bahasa Indonesia eh? Tang mana aku nak tukar pon aku tak reti. Paling maksimum aku buat pon, just membebel sorang-sorang je. Kesian.

Baru aku sedar gunanya ada kotak utk tulis tajuk kat atas ni. Bila aku jeling sket tajuk tadi, baru aku sedar diri yg tadi niat aku nak menulis tentang hipokrit.Tentang hipokrit ni, aku rasa bukan orang dewasa je tau, masa aku sekolah dulu banyak je manusia yg bersikap hipokrit. Bila kat dalam sekolah, punya la penuh tata tertib lagi berhemah tinggi. Tup tup bila keluar sekolah dengar crita tak bes macam-macam la.. Pastu semua kengkawan sama sekolah pon apa lagi kan.. Bergosip sakan la.. Uuuiii.. Dia punya feeling kalau ade gosip baru tuu..rasa macam dapat satu nafas baru dalam kehidupan wa cakap luu.. Hak3 Tapi dulu aku sekolah tak pandai gosip. Rasa tak selamat je kalau join grup budak2 yg kuat gosip ni. Apa benda entah yg tak selamat pon aku tak tau. Padahal setakat budak skema jalan tak pandang orang mcm aku ni waktu tu.. Komfem takde org yg nak jadikan bahan gosip punya.. Haha

Tapi bila aku fikir2 balik, aku rasa aku ni pon jauh beza dgn aku waktu sekolah dulu.. Kalau dulu sentiasa terikat dgn peraturan, dapat pulak aku jenis yg susah nak langgar peraturan sket.. Sejak masuk asrama tingkatan 1 lah.. Masa sekolah rendah, aku nakal jugak sebab ada geng. Hehe Mungkin sebenarnya tak semua yg aku nampak kat skolah tu hipokrit..sebab aku sendiri pon yg dah bebas sekarang ni (takde lah bebas sangat tapi bole la tahan) secara kasarnya menunjukkan unsur2 hipokrit jugak time sekolah dulu. Tapi aku tak rasa pon macam tu.. Sebab masa sekolah, aku buat apa yg peraturan kata kena buat. Apa yg aku pegang ialah, kalau kita tak susahkan pihak sekolah, pihak sekolah pon takde hati nak susahkan kita. Lagipon, jadi skema waktu sekolah takde efek pon kat life aku sekarang.. Lagi membantu lagi ada la, nak2 bila kita nak pertimbangkan bnda yg baik dgn yg buruk.. Tak kira lah kesan jangka pendek ke jangka panjang.

Yang jadi masalahnya bab hipokrit ni, bila dapat kat bangsa2 yg hipokrit tahap talam dua muka yang memang obviously utk kepentingan diri sendiri. Memang membuatkan orang pon rasa kalau betul lah ade talam kat muka die tu, memang rasa nak banting2 je talam tu kat die betul2.. Haa bole bayang tak tahap kehipokritan die tu cmne? Aku takde nak mengumpat apa pon kat sini.. Kalau ada pon, aku dah lupa dah kowt..

Dalam pada itu, (maaakkkk oiiii.."dalam pada ituuu"..gila karangan! haha) aku tetap tak bole nak nafikan ada beberapa fasa dalam kehidupan ni yg memerlukan sikap hipokrit. Macam hidup aku kat sini, tak lama lagi inshaAllah aku pon akan praktikal ke hospital-hospital daerah.. Bila dengar cerita senior pasal praktikal semua..aku kompiden aku kene hipokrit sket nak tak nak.. Dalam hal-hal macam ni lah, keadaan terpaksa tu bole buat manusia terpaksa jadi hipokrit. Lain orang, lain lah fasa hidupnya.. Huhu Berfalsafah aa pulak aku memalam ni.

Yang penting, kita tak lupa asal-usul kita, tak lupa siapa diri kita..tak terlalu sibuk utk jadi seperti apa yg org lain harapkan.. Gila tak nikmat hidup kalau tak dapat jadi diri sendiri.. hu3

P/s:  Jeles dgn kawan2 yg balik Msia.. Aku pulak rasa mcm tak syok kalau balik 3 4 hari je.. Hmmm... Tunggu cuti sem je laa..

2 comments:

Chekgu Azrine said...

dalam dunia ni dik.. kdg2 kita kena hipokrit untuk berjaya.. kalau tak.. sure kita akan jd mangsa orang tak suka.. kalau honest sangat pun orang tak suka gak.. camno??

Kak Long said...

@chekgu azrine; itu la kak.. kdg2 smpi satu tahap tu, sy xtau dah nak jadi ape.. haha riak muka ape yg sy kena buat, ape yg sy kena cakap.. tp kdg2 sy bedal je pon.. lagipon, kita takkan dapat puaskan hati semua org mcm mana pon..