Thursday, June 30, 2011

Bila ujian postpone..

Assalamualaikum..

Pernah rasa tak keaktifan tubuh yang menurun walaupun badan kita tak sakit? Jangka hayat bateri tubuh memendek, mata asek nak terpejam je.. Dalam erti kata lain, asek nak tidur je. Macam tu la aku rasa bila xm kitorang postpone drpd hari isnin pindah ke hari jumaat. Huhu

Blok terakhir untuk semester 6 ni nama die Community Medicine. Kitorang belajar pasal ilmu kesihatan masyarakat, keluarga, kebanyakannya tentang pentadbiran. Siap belajar pasal statistik lagi tuu.. Ingat tak time kat skolah dulu add math kena belajar pasal statistik yg kena buat table panjang2, buat graf la, yg ade bentuk loceng2 tu.. pastu kena tengok kat table Chi Square.. Yang tajuk die normal distribution tuuu.. Ada kan kan? Haa itu lah kitorang kena belajar balik.. Memang la hal tersebut sedikit fascinating sebab dah lama gila tak belajar matematik. Tapi untuk jarak waktu yg begitu lama dah meninggalkan ilmu hisab ni, memang aku rasa tertekan sket. Dengar kata ujian sok die tak bagi formula. Dulu matriks pon bersusun formula kat depan.. So aku pon x tahu la nak expect ape.. Haha

Tapi kita tinggalkan dulu kisah hidup aku yg boring ni. Aku pon dah nak naik blurr dah sebab boring. Har3


Ada la hari tu aku pergi jumpa doktor gigi sebab gigi belakang aku berdenyut-denyut. Rupanya trauma je, sebab ada bagian gigi aku yang tertonjol sket, jadi die tak rata. Doktor gigi tu pon ratakan lah bagian gigi aku tu.. Sekali bil beratus ribu rupiah tau. Oh. Mungkin jugak sebab aku ade kena buat x-ray sebab doktor tu kata die nak tengok gigi bawah aku tu ade infection ke tak. Tapi poin aku sebenarnya ialah mamat yg jaga bilik x-ray tu hensem.. Takde kaitan eh? Haha


Pada hari yang lain, aku ade la kuar lagi sebab ada benda nak beli kan.. Ce tengok betapa ramainya manusia main ice skating pada hari tu? Aku tengok pon rasa rimas. Cmne la nak bergerak bebas kalau ramai sangat eh?


Kasi zoom sket pintu masuk tu.. Ada nampak tak betapa crowded nya tempat itu?? Ohhh boy.. Macam nak buat umrah daa.. Aku rasa buat umrah pon x seramai tu. Lain la time buat haji.. Ekceli kan, masa aku first year, aku pernah la pergi ice skating dgn kengkawan. Kengkononnya nak cuba.. Maklum laa.. Nak pergi main ais kat negara empat musim macam payah sket kan.. Dapat masuk tempat main ice skating tu kire dah orait dah aku rasa..

Jadi hari tu lah kali pertama aku main ice skating dan kemungkinan besar itu jugak lah kali terakhir dalam hidup aku. Kowt. Mengenangkan kaki aku lebam-lebam gara-gara beriya sangat time ice skating tu.. Bukannya beriya sangat main pon.. Beriya sangat jatuh belepuk-lepuk kat atas ais tu. Aku ni kasut roda pon x reti main. Apatah lagi ice skate kan? So what do you expect? Memang hari jatuh sedunia lah hari tu.. In fact, akulah orang yang pertama jatuh antara kawan-kawan aku waktu tu. Kesudahannya, aku menghabiskan masa dengan bergayut di besi-besi penghadang kat tepi-tepi dinding tu. Haha Tu lah.. Kalau dah jakun tu tak bole nak buat ape lah.. Memang great lah sangat.


Walaweii.. Kenapa aku punya F310 takde sunburst macam gamba atas ni ek? Tacing gua tacing.. Bile laa aku nak lepas barre chord ni agaknya.. Hurrmmm...

Wednesday, June 29, 2011

Computer freak.

Salam..

Aku hampir terlupa mcm mana nak susun kata-kata dalam entri. Di mana inspirasi aku eh skarang?? Aku rasa inspirasi aku pergi holiday lah. Hari ni kan cuti isra' mikraj.. Hoihhh aku merepek lagi.

Sejak aku pergi pulau tidung hari tu kan, aku batuk taw. Sampai la ni x baik lagi batuk aku. Mungkin sebab banyak sangat tertelan air laut kat sana. 

Computer freak!!

Dulu waktu skola, aku adalah seorang manusia yg tak tahu IT. Takde la sampai tahap buta, tapi memang lemah la habaq hang. Bila aku habis skola, tudiaaa.. 24 jam menghadap komputer je keje. Maklum la dunia internet ni, kita boleh dapat macam-macam benda hanya di hujung jari. Kan? Nak dapat kawan bole, nak cari gefren, boifren, nak shopping, nak cari bahan nak buat esaimen, nak cari maklumat tentang apa sahaja.. Internet banking lah.. Pokoknya, kat internet kita boleh dapat ape je kan? Almost everything is possible on the internet. Aku tak kata semua. Aku kata "almost".

Zaman sekarang ni, orang menjadi femes melalui dunia internet. Perasan tak? Tak perlu dah nak berebut-rebut pergi audition.. Post je video kat utube. Bile kau pandai sebarkan dan cari viewers, kau bole dapat ramai peminat. Yang enjoy dengan apa jua yang kau kongsi dengan diorang. Tulis je apa2 yang kau rasa akan buat orang fikir kau ohsem, maka ohsem lah kau. Tapi at the end, bila menghadapi dunia sebenar, tak semua benda ohsem. Agaknya terdetik tak dalam hati, bagaimana sibuknya kita dengan dunia maya ni..sedangkan dunia realiti sangat menuntut untuk diberi perhatian?

Ohhh.. Dan aku rasa mcm nak wujudkan suatu hari tanpa komputer. Mari lihat ape yg akan terjadi. Tak. Aku tak merepek pasal semua ni untuk orang-orang tertentu. Aku wujudkan semua persoalan ni kat diri sendiri.

Ada ke orang lain fikir macam ape aku fikir ni ek?

Monday, June 27, 2011

Of Pulau Tidung part 2..

Assalamualaikum..

First of all, aku dah abes dah maraton vampire diaries season 2!! Yeayyy~ Ending die lebe kurang sama macam season 1, ada kehadiran vampire yg sebelumnya dah mati. Entah cmne bole hidup pon x sure, of kos lah nti penulis cite tu akan cite kat dalam season 3 nanti.. Ohh sungguh aku tak sabar sekali nak tengok season seterusnya..

Cukup sudah meroyan dgn cite vampire ni, so aku nak sambung lagi pasal pulau tidung yg mana semakin lapuk sebenarnya tapi gua peduli apa. Kah kah kah.

Jadi part 1 hari tu berakhir dgn kisah jambatan cinta, bukan? Aku sambung la sejurus selepas aktiviti snorkling tu.. (jeng jeng jeng..)


Semua orang puas dah snorkling. Perjalanan diteruskan ke jambatan cinta. Aktiviti seterusnya? Ialah menyaksikan matahari terbenam secara berjemaah. Romantik? Well, kami tak jiwang, kami okay. Oke aku merepek.


Permandangan waktu petang~


Ambik Tikah jadi model kejap. Tu belakang tu jambatan cinta. Tapi petang tu membe2 aku tak terjun lagi, sebab dah lewat. Lagipon, banyak sgt boat lalu kat bawah tu. Bahaya takut eksiden. Haha Tapi ramai je terjun petang tu. Of kos la diorang semua sangat pandai berenang.


Maka, pada pagi esoknya yang merupakan jam-jam terakhir kami di pulau tidung.. Barulah kami meneruskan hajat untuk terjun jambatan cinta tu.. Kengkonon nak tengok matahari terbit pagi tu. Nan hadooo.. Sampai2 matahari dah terbit dah kot. Pagi yang indah~


Champ pulak jadi model. Aku? Ohhh aku tidak terjun jambatan iteww.. Sebab aku takut aku tak berjaya sampai ke tepian. Itu sangat membuat aku gentar ye. Tapi ekceli mas yg jaga kitorang tu memang dah tunggu kat bawah, in case pape terjadi kat bawah jambatan tu. Tapi tak berani amik risiko. Mari beranggapan bahwa aku tak sampai seru lagi nak main terjun2 jambatan ni.

Tapi lucunya time membe2 aku terjun jambatan tu kan, ade la orang2 kat tepi tu jerit "aduhh mbakk jangan bunuh diri!!". Buat drama pulak kan. Orang tu tengah penuh semangat nak buat stunt. Cis. Pastu, ade pulak mak cik dekat2 aku time tu, die dok gelak2 ngan sape entah sambil cakap "maju mundur, maju mundur.." Hehe Tu belum aku lagi yg naik atas tu. Jawabnya mundur je laa takde maju2.. Hahaha Pastu, ada jugak yg lebih semangat.. Terjun jambatan tu sambil jerit "CINTAAAAAAAA!!!!". Huahaha Bagi aku itu epic.


Layan je la ek gamba-gamba ni. Takde lah pandai pon tangkap gamba. Dan bukan aku pon yg snap. Haha





Air laut dia gila see tru habaq hang. Dalam gamba atas ni, adalah landak laut yang berkumpul dan membentuk seakan-akan bentuk love. Ada tak nampak bentuk love kaler itam kat atas? Membe aku yg kata tu landak laut. Aku pon tak tau sbnanye landak laut tu cmne.. huhu


Amik gamba dari luar air pon cam amik dalam air.


Dalam pkol 11 tgh hari camtu, kitorang sume dah siap2 nak balik Jakarta. Tapi naik beskal dulu gi jalan2 buat kali terakhir. Aku geram gile ngan henfon aku time tu sebab die tak detect memory card. Rupa-rupanya memory card tu tak jejak. Masalahnya aku tak jumpa katne tempat letak memory card tu. Belek punya belek punya belek. Last2 jumpa dan ia sangat kecik. Naseb baik aku tak tercampak memory card tu. Kalau tak, memang sodaqallahulazim lah jawabnya..


Motif Nani nak angkat Champ? Aku pon tak sure. Haha Mungkin nak membuktikan Nani memang legend. Kan Nani? :P


Ce tengok muka Nani dgn spek die lam gamba atas ni. Macam ku kenal tapi di mana yaaaa???


Dalam kapal dah nak balik.. Selamat tinggal Pulau Tidung~


Cute betol budak nii.. Haishh.

So there it is. Habis pon cite pulau tidung aku. Thanks singgah n baca blog ni. Happy blogging, dan gudnite (skang tgh malam). Dan esok aku ada kelas pagi. Sungguh great!!

Nak tido. Babaiii~

Saturday, June 25, 2011

Instant entry.

Memang takde istilah entri segera sebenarnya. Guess what? Like I care..muahaha

Saje nak jadi bitchy kejap. Ni sume gara2 overdose dgn pengaruh watak jahat si Katherine dalam cite Vampire Diaries season 2 lah ni. Eh ke aku memang mcm ni ek? Dayummm..

Gila habaq hang.. Katherine tu punye la jahat, rasa mcm nak siku-siku kan aje. Tapi cantik lah pulak. Oke tak jadi siku.


Cantik tak Nina Dobrev nih? Urghhh..aku bole tensyen tengok die ni. Ape pasal la gojes nau?


What a beauty!


Ada macam Preity Zinta tak? 


Ohh Nina Dobrev, nak sain bole?? =P

Oke jangan fikir lain ye. Aku hanyalah gadis biasa yg sukakan kecantikan. Ingat orang laki je ke suka tengok pompuan cantik? Hakikatnya, perempuan pon suka tengok perempuan yg cantik2 ye. Saya buktinya. Hahh!

Oke bai.

Thursday, June 23, 2011

Of Pulau Tidung part 1..

Assalamualaikum..


Hoiii.. Lamanya proses aku nak hapdet pasal pulau tidung ni.  Ceritanya dah nak lepas seminggu dah.. Maap la kowt ade yg menunggu lagi tertunggu-tunggu. Ceh. Perasan la tu ade org tertunggu-tunggu aku hapdet blog. Heh. Tapi ade ke ade ke?? *mata bulat bersinar-sinar*


Hurrmmm... Kita berenti dulu mengarut, kita sambung pasal pulau tidung. Kitorang pergi sana 2 hari 1 malam je. Sorang bayar Rp 335 000. Lagi ramai orang, boleh dapat lagi murah. Dikarenakan kitorang g snorkling kat pulau lain instead of pulau tidung tu jadi kitorang kena la tambah Rp 30 000 setiap sorang. Boleh try google utk convert ke ringgit Malaysia. Aku rasa murah pakej yg kitorang amik tu, sebab siap ada BBQ.. Makan pon die sediakan 3 kali.. Rumah tumpangan tu pon selesa, ada aircond, toilet ade dua.. TV dan peti ais pon ade.. Siap die kasi basikal sorang satu untuk aktiviti jalan2 keliling pulau.. Memang berbaloi la aku rasa.. Hehe Kalau ada yg berminat melancong ke Jakarta khususnya, bole la datang pulau tidung ni.. Kalau teringin nak pergi pulau la kan.. Bole contact aku untuk dapatkan nombor agen utk pakej yg aku amik ngan kawan2 aku ni.. 



Punye la awal pagi Sabtu tu memasing bangun kan.. Pukul 4 pagi aku dah bangun siap2.. Sebab nak pergi jeti tu pon lama jugak daripada umah kitorang. Pkol 6 pagi kowt kapal dah jalan. Ramai jugak pergi pulau tidung tu rupanya.. Time dlm gamba tu blom penuh lagi bot tu. Duduk atas tikar getah je taw. Punye la aku membayangkan feri besar mcm nak pergi pulau langkawi tu kan.. Tapi seronok jugak.. sebab bole baring sesuka hati kat dalam tu.


Permandangan luar bot..


Excited je memasing. Walaupon pucat2 tahan mabuk. Orang lain duduk dendiam. Kitorang pulak bersidai kat tepi tingkap. Yang tak bole blahnya tu..bole pulak tetibe ade hujan renyai-renyai turun dekat tingkap yg kitorang bersidai tu.. Rupanya member kat atas dah muntah2.. Nasib baik renyai-renyai je kan.. Dibuatnya turun macam pili bomba pulak karang. Satu hal pulak nak cari port utk tukar baju.. Huhu


Basikal die basikal lama tuu.. Masyuk betul aku rasa naik basikal keliling pulau. Sebelum tu mas (kata nama utk lelaki muda belia dlm bahasa Indo) yg jaga kitorang tu kasi rehat2 jap dan makan tgh hari dulu. Haruk-pikuk memasing naik basikal memula tu..sebab dah lama tak naik basikal kan.. Aku pegang handle pon dah x reti. Melilau-lilau perginya.. Haha Asal ade motor/orang kat depan je mula ah panik. Naseb baik x jatuh. Tapi lama2 oke dah.. Rasa syok pulak main basikal. Hee


Nani kata spek itam die masuk dlm top list masa nak pack baju.. hahaha


Memula muka memasing dulu sebelum tauk muka seleliling.. :P


Cantik beb pulau die. Gua tak tipu.


Entah pondok ape la, kitorang tumpang bergambar je.. Ekceli belakang tu ada tali yg polis punya tu..yg polis letak kalau ade tempat terjadi rompakan/pembunuhan tu. Agaknya pondok tu sbnanye nak roboh kot. Haha


Sesi lukis2 nama memasing.


Ce teka aku lukis ape?


Aku lukis Doraemon. Dulu adik laki aku suka sgt beli cd cite doraemon. Aku pon join la skali.. Ada die ajar step by step cmne nak lukis seekor doraemon. Hee


Nani pon nak tunjuk bakat die. Jadi die pon lukis ape taw?


Banyak2 binatang.. babi khinzir jugak yg kau lukis ye nani? Haha


Champ lukis siput babi.


Tikah lukis orang lidi sbnanye. Tapi org lidi tgh pregnant. Amboi tikah.. mentang2 baru abis blok OBGYN, pg pulau tidung pon ingat pasal pregnancy yea.. Haha


Snorkling! Disebabkan aku ni manusia yg jakun dan x reti berenang, lagi rabun.. Maka banyak waktu aku dihabiskan dgn proses adaptasi dalam air laut yg dalam tu dan juga tersesat. Ke mana-mana entah aku pergi. Orang lain berkumpul tangkap gamba.. yg aku pulak, aku pon x tau kat mana aku waktu tu. Haha Dah tu, snorkling tak bole pakai spek. Kalau pakai spek, nanti air masuk lam topeng tu sebab topeng tu kena seketat mungkin. Aku kalau tak pakai spek al-maklum la kan die punya menjajau tu.. Haha Jangan tak tau aku tersesat sampai belakang bot, tempat kipas enjin tu. Naseb baik la mas tu tolong bawak aku kembali ke pangkal jalan.

Kitorang punye grup, memang kitorang je pompuan. Yang lain sume laki taw. Time aku kat air laut tu, aku dengar la ade laki tu cakap kat kawan die "yukk turun aja..lu kalah ama tu cewek udah turun duluan..". Ayat die aku dah ubah sket2 la sbb x ingat sangat.. Ekceli, bukannya aku berani sangat pon. Aku penuh kompiden time tu sebab aku tak pakai spek la.. Kah3 Tapi siryes cantik wooo dalam tu.. Aku takley nampak jelas tapi membe2 aku sume cakap cantik gilaaaaa~


Kebasahan yg melanda menjadi bukti aku terjun lam laut utk snorkling. Hehh~ *megah*


Haaaa.. Nampak tak ade jambatan kecik di sebalik pokok tu? Itu namanya Jambatan Cinta. Ramai pelancong datang pulau tidung ni mmg tak lepaskan peluang untuk terjun jambatan cinta ni. Mana tau tuah sampai..bertemu pulak jodoh dgn ikan duyung ke. Ngahaha Nampak memang tak tinggi mana taw. Tapi bila dah ada kat atas tu.. lain rasa die. 

Pasal jambatan Cinta, aku sambung entri berikutnya ye. Ni pon cam panjang sangat je.. Lama betul nak upload gamba. Tungguuuuu.......~

To be continued.. 

Monday, June 20, 2011

Akhirnya aku berjaya habiskan Charmed! Yeayy~

Salam..

Aku memang nak update pasal trip ke Pulau Tidung hari tu sbnanye.. Tapi aku blom transfer gambar dan blom edit, jadi kita postpone dulu yep. Hehe Ada kan sebelum ni aku cite yg aku tgh sibuk maraton cite Charmed yg ada 8 seasons tu? Malam ni akhirnya aku berjaya menamatkannya puunnnn.. Huahuahuaa Cite tu dari tahun 1998 sampai 2006. Tahun akhir tu, season 8 tu aku tgh nak amik SPM. Lama woo 8 tahun punye cerita.. Satu season ade dalam 22-23 episod. Satu episod makan masa lebih kurang 40 minit camtu. Ada je yg lama sampai sejam lebih kot. Gila byk masa aku habiskan kan cite ni je eh? Tapi gua tak bole tahan aa.. Cite die bes woo..


Atas ni gambar utk promo Charmed season 1 kalau tak silap. Time ni Prue ada lagi. Prue tu mati masa ujung season 3. Rasanya season 4 tu dah stat ade Paige. Hehe Ce tengok muka memasing watak lam cite Charmed ni. Time tu tahun 1998. Muka memasing innocent je an an.. Nak2 Piper tu.. :D


Atas ni pulak season brape punye gamba aku tak sure tapi dah ada Paige. Ketara kan perubahan memasing watak? Make up dah lain, dan fesyen..dan rambut diorang.. Dulu kan, masa skola aku ada ingat jugak aku tengok cite ni dan aku mmg suke cite ni time tu. Tapi al-maklum la YB (ayah aku) mana nak approve kan cite2 drama mcm tu. Orang putih ke org melayu punye drama ke.. Memang kansel la die nak bagi kitorang adik-beradik tengok. Nak2 cite2 berunsurkan magik2 ni sume.. Jangan harap la.. Tak sangka kan, sekarang aku dapat tengok jugak keseluruhan cerita Charmed ni tanpa gangguan. Siap bole rewind2 lagi mana2 part yg aku suka.. Bes2!


Atas ni Drew Fuller, watak die lam Charmed ialah sebagai anak Piper yg kedua. Tapi watak anak Piper bile dah besar la. Time baby tu entah anak sape tak tau tapi comel la. Tembam gilaa.. Tetiba dah besar camtu punye kiut kan? Biase aa filem.. Kecik2 kaler lain, dah besar karang kaler lain pulak.. Hahaha Takde la kan director nak tunggu sampai budak tu membesar baru nak sambung cite part budak tu dah besar kan? Memang takde keje nau gamaknya.

Pasni nak maraton Vampire Diaries season 2 pulak.. Pastu nanti cite Ghost Whisperer pulak menanti.. Haihh. Memang maraton cite je la aku ni.. Nak lari maraton atas padang tuh?? Non hadooo!!

P/s:  Cute kan Drew Fuller?? Tehehe.. :D

Saturday, June 18, 2011

Kenny Rogers Roasters with ma frens~

Assalamualaikum..

Sebelum aku melarikan diri ke sebuah pulau selepas subuh esok, maka baiklah aku tinggalkan sebuah entri.. Alhamdulillah.. Xm pon dah selesai. Tawakal je la n doa banyak2, moga segala usaha diberkati Allah sehingga diberi kejayaan yg baik hendaknya.. Aminn.. :)

Amacam? Skema kan muqadimah aku? Kan aku dah kata, aku ni memang skema in person.. Takde lah otai mana pon aku ni.. Berlagak otai je.. Kah kah kah.

Nak tau x nak tau x? 16 haribulan hari tu, kat sini ada amaran jgn kuar umah ke tempat ramai org.. Nak tau x sebab ape? Sebab ade kumpulan tertentu yg kononnya nak letupkan bom kat beberapa tempat secara rawak. Sebagai tanda protes terhadap hukuman yg dijatuhkan oleh pihak mahkamah ke atas seorang lelaki yg aku pon x hengat lah kan nama dia.. Ada rasa gentar tak mahu kuar umah andai kata anda di tempat saya?? Hehe So 16 haribulan hari tu tak jadilah aku kuar umah. Maka tadi aku pon kuar umah la.. Tu je poin aku.. Ngahahaha...


Hey hey heyy.. Itu Azie Azra dan seorang lagi teman kami, nama beliau Atiqah juga.. Nama kami sama tapi ejaan berbeza. Dan rupa kami juga tak sama. Dan ketinggian kami. Dan DNA kami. Dan fingerprint kami. Dan ohhhhhh sila shut up.


Kami blogger, kami okay. Aaahahaha.. Ini statement mintak kena ceramah! Ceramah free cam bes gak. :P
Jemputlah ke blog rakan saya yaa.. :)


Geli aku duduk camtu. Haha Hurrmmm.. Cakap pasal yg amaran berkurung kat atas tadi tu kan, ekceli kitorang kat sini dah banyak kali dah dapat amaran berkurung ni.. Kalau ade krisis antara dua negara ke.. Pon biasanya kami dilarang keluar ke tempat2 yg ramai orang.. Sebab dikhuatiri keselamatan terjejas kalau ade demo yg over2.. Setakat ni alhamdulillah semua oke.. Mintak jauh laa bnda2 yg x baik ni.. Kata negara jiran kannn.. Buat ape la nak gaduh2 nii.. :)


Ye itu saya yg punyaaa.. Memang patut pon badan aku bulat macam belon.. Sebab makan pon macam dah 2 hari tak jumpa nasi. Wuwuwuuu nak kurusssss.. *kurus ape la kalau mcm ni gaya?*


Itu Atikah, kawan aku punya.. Dia amik spicy bbq sauce. Aku jeling2 macam gojes je die punya.. Aku pon snap la selaju boleh. Heee

Walau macam mana sedap pon kita makan, macam mana senangnya hati kita.. Kita tak boleh layan sgt perasaan suka dan seronok tu.. Sebab kalau kita berduka lepas tu, kita akan rasa sedih dan sakit yg lebih hebat daripada biasa.

P/s:  Syukur sangat dgn kehidupan sekarang. Mungkin tak semuanya apa yg aku mahu, tapi aku yakin Allah bagi apa yg aku perlu.. :)