Wednesday, June 29, 2011

Computer freak.

Salam..

Aku hampir terlupa mcm mana nak susun kata-kata dalam entri. Di mana inspirasi aku eh skarang?? Aku rasa inspirasi aku pergi holiday lah. Hari ni kan cuti isra' mikraj.. Hoihhh aku merepek lagi.

Sejak aku pergi pulau tidung hari tu kan, aku batuk taw. Sampai la ni x baik lagi batuk aku. Mungkin sebab banyak sangat tertelan air laut kat sana. 

Computer freak!!

Dulu waktu skola, aku adalah seorang manusia yg tak tahu IT. Takde la sampai tahap buta, tapi memang lemah la habaq hang. Bila aku habis skola, tudiaaa.. 24 jam menghadap komputer je keje. Maklum la dunia internet ni, kita boleh dapat macam-macam benda hanya di hujung jari. Kan? Nak dapat kawan bole, nak cari gefren, boifren, nak shopping, nak cari bahan nak buat esaimen, nak cari maklumat tentang apa sahaja.. Internet banking lah.. Pokoknya, kat internet kita boleh dapat ape je kan? Almost everything is possible on the internet. Aku tak kata semua. Aku kata "almost".

Zaman sekarang ni, orang menjadi femes melalui dunia internet. Perasan tak? Tak perlu dah nak berebut-rebut pergi audition.. Post je video kat utube. Bile kau pandai sebarkan dan cari viewers, kau bole dapat ramai peminat. Yang enjoy dengan apa jua yang kau kongsi dengan diorang. Tulis je apa2 yang kau rasa akan buat orang fikir kau ohsem, maka ohsem lah kau. Tapi at the end, bila menghadapi dunia sebenar, tak semua benda ohsem. Agaknya terdetik tak dalam hati, bagaimana sibuknya kita dengan dunia maya ni..sedangkan dunia realiti sangat menuntut untuk diberi perhatian?

Ohhh.. Dan aku rasa mcm nak wujudkan suatu hari tanpa komputer. Mari lihat ape yg akan terjadi. Tak. Aku tak merepek pasal semua ni untuk orang-orang tertentu. Aku wujudkan semua persoalan ni kat diri sendiri.

Ada ke orang lain fikir macam ape aku fikir ni ek?

12 comments:

adan said...

sekarang semuanya menggunakan internet.. silap hari bulan klu nak buag hajat pun kena pakai internet..
boleh bayangkan tak apa yg sy cakap tu? ahahaha..

Cikgu Fikri said...

heheehehe..
kalau satu hari tanpa komputer tanpa,
asalkan jangan satu hari tanpa INTERNET!!!!!
TAK BOLEH woooooo :)

Si DauN CeRi said...

@adan; buang hajat pakai internet?? err... sy tak sanggup nak bayangkan. hahaha

LynN LoLa~~ said...

hati2 laaa langut depan komputer/lappy tu.. lame2 boleh rosak mate.. and its true, almost everything kite leh cari kat dalam tenet! budak2 skola lagi senang nak buat esei. google je, bederet-deret points.. haha


p/s: tsk2, tanx kak t-qa, sudi tinggal jejak kat blog lynn :')

Si DauN CeRi said...

@cikgu fikri; siap huruf besar lagi tuhh.. ha2 betapa la tak bley idup kalau tade internet ye.. hehe

Si DauN CeRi said...

@lynnlola; hehe kadang2 tu sampai pedih2 dah mata ni asek ngadap komputer je..


sama2.. it's my pleasure~ :)

syrupmasin said...

haha..ta bole oo ta de komputer or lappy sehari..gile nnt :D

aleen aiden said...

xpernah dgr pulau tidung..kat mane?hu3

Si DauN CeRi said...

@syrupmasin; ni lagi dasyat. bole gila tuu.. heheh

Si DauN CeRi said...

@aleen aiden; naik bot 2 jam dari jakarta.. heee :)

Anif Abdullah said...

skunk ni zaman intrnet di mana jua ..kan?bahaya gak kalau terlalu bergantung..

Si DauN CeRi said...

@anif abdullah; exactly.. manusia semakin kehilangan hubungan sosial di dunia realiti.