Monday, June 27, 2011

Of Pulau Tidung part 2..

Assalamualaikum..

First of all, aku dah abes dah maraton vampire diaries season 2!! Yeayyy~ Ending die lebe kurang sama macam season 1, ada kehadiran vampire yg sebelumnya dah mati. Entah cmne bole hidup pon x sure, of kos lah nti penulis cite tu akan cite kat dalam season 3 nanti.. Ohh sungguh aku tak sabar sekali nak tengok season seterusnya..

Cukup sudah meroyan dgn cite vampire ni, so aku nak sambung lagi pasal pulau tidung yg mana semakin lapuk sebenarnya tapi gua peduli apa. Kah kah kah.

Jadi part 1 hari tu berakhir dgn kisah jambatan cinta, bukan? Aku sambung la sejurus selepas aktiviti snorkling tu.. (jeng jeng jeng..)


Semua orang puas dah snorkling. Perjalanan diteruskan ke jambatan cinta. Aktiviti seterusnya? Ialah menyaksikan matahari terbenam secara berjemaah. Romantik? Well, kami tak jiwang, kami okay. Oke aku merepek.


Permandangan waktu petang~


Ambik Tikah jadi model kejap. Tu belakang tu jambatan cinta. Tapi petang tu membe2 aku tak terjun lagi, sebab dah lewat. Lagipon, banyak sgt boat lalu kat bawah tu. Bahaya takut eksiden. Haha Tapi ramai je terjun petang tu. Of kos la diorang semua sangat pandai berenang.


Maka, pada pagi esoknya yang merupakan jam-jam terakhir kami di pulau tidung.. Barulah kami meneruskan hajat untuk terjun jambatan cinta tu.. Kengkonon nak tengok matahari terbit pagi tu. Nan hadooo.. Sampai2 matahari dah terbit dah kot. Pagi yang indah~


Champ pulak jadi model. Aku? Ohhh aku tidak terjun jambatan iteww.. Sebab aku takut aku tak berjaya sampai ke tepian. Itu sangat membuat aku gentar ye. Tapi ekceli mas yg jaga kitorang tu memang dah tunggu kat bawah, in case pape terjadi kat bawah jambatan tu. Tapi tak berani amik risiko. Mari beranggapan bahwa aku tak sampai seru lagi nak main terjun2 jambatan ni.

Tapi lucunya time membe2 aku terjun jambatan tu kan, ade la orang2 kat tepi tu jerit "aduhh mbakk jangan bunuh diri!!". Buat drama pulak kan. Orang tu tengah penuh semangat nak buat stunt. Cis. Pastu, ade pulak mak cik dekat2 aku time tu, die dok gelak2 ngan sape entah sambil cakap "maju mundur, maju mundur.." Hehe Tu belum aku lagi yg naik atas tu. Jawabnya mundur je laa takde maju2.. Hahaha Pastu, ada jugak yg lebih semangat.. Terjun jambatan tu sambil jerit "CINTAAAAAAAA!!!!". Huahaha Bagi aku itu epic.


Layan je la ek gamba-gamba ni. Takde lah pandai pon tangkap gamba. Dan bukan aku pon yg snap. Haha





Air laut dia gila see tru habaq hang. Dalam gamba atas ni, adalah landak laut yang berkumpul dan membentuk seakan-akan bentuk love. Ada tak nampak bentuk love kaler itam kat atas? Membe aku yg kata tu landak laut. Aku pon tak tau sbnanye landak laut tu cmne.. huhu


Amik gamba dari luar air pon cam amik dalam air.


Dalam pkol 11 tgh hari camtu, kitorang sume dah siap2 nak balik Jakarta. Tapi naik beskal dulu gi jalan2 buat kali terakhir. Aku geram gile ngan henfon aku time tu sebab die tak detect memory card. Rupa-rupanya memory card tu tak jejak. Masalahnya aku tak jumpa katne tempat letak memory card tu. Belek punya belek punya belek. Last2 jumpa dan ia sangat kecik. Naseb baik aku tak tercampak memory card tu. Kalau tak, memang sodaqallahulazim lah jawabnya..


Motif Nani nak angkat Champ? Aku pon tak sure. Haha Mungkin nak membuktikan Nani memang legend. Kan Nani? :P


Ce tengok muka Nani dgn spek die lam gamba atas ni. Macam ku kenal tapi di mana yaaaa???


Dalam kapal dah nak balik.. Selamat tinggal Pulau Tidung~


Cute betol budak nii.. Haishh.

So there it is. Habis pon cite pulau tidung aku. Thanks singgah n baca blog ni. Happy blogging, dan gudnite (skang tgh malam). Dan esok aku ada kelas pagi. Sungguh great!!

Nak tido. Babaiii~

10 comments:

adan said...

serius.. gambar sunrise sangat cantik ditambah dengan moment bot.

member tu terjun betul2 ke?

Aleen Aiden said...

yg terjun tiruk 2 mcm osem gile ok.nak buat jugak!!!!Hu3

Kak Long said...

@adan; hehe thanks to membe yg rajin snap gamba time pg pulau tu..


memang diorang terjun pagi tu.. dua kali lagi.. hehe

Kak Long said...

@aleen aiden; ohsem2.. kalau datang sana bole la terjun.. kat mana2 pon bole je terjun sbnanye.. ai tak berani lagi. heh~

Nurfilzahnurfya said...

cantiknyerrr pemandangan. npe xajak ? npe xajak ? hihi

Kak Long said...

@feel; hehe kalau sy ajak, takut awk xnak.. :D memang cantik pulau tu..hee

Jawahir Madeaming said...

cuti2 pulau tidung memang best.. hehehe

Kak Long said...

@jawahir; bes2.. hehe

Rawkzell said...

Best gile :D

Kak Long said...

@jer; best2..