Thursday, December 13, 2012

Menghibur hati di kala 12/12/12 dan Life of Pi

Salam and hi to all

Kadang-kadang tak semestinya tarikh cantik, semua yang berlaku hari tu cantik. Ouh tidak. Tak semua orang sebertuah itu. Hew hew

Ada orang buat jenaka ttg filem 2012 tu. Konon-kononnya panitia kiamat mengalami kesilapan teknikal dan kiamat diundur ke tahun yang lain. Jangan buat main kiamat2 ni hadoy. Mungkin they all semua tak percaya ttg hari kiamat so diorang saja berlawak jenaka. Gila. Mcm nak meremang bulu roma ai uols.

So apa yg berlaku pada tanggal 12/12/12 ni kawan2? Apa aktiviti korang siang tadi? How was the whole day? Oke ke tak oke?

Hari ni aku mengalami kepala nyut-nyut sbb esaimen tak siap. Haha Itulah die kalau penghidap kelebihan vitamin 'M' yang dah kronik mcm aku ni mmg slalu ada trouble nak siapkan esaimen. Kalau kena rotan baru nak gigih agaknya. Tapi aku x nak la kena rotan uols. Auch.

Heih apa aku merepek ni hadoy.

Macam ni cite die... Sbnanye tadi aku keluar dgn Azie Azra sbb aku rasa teringin nak pergi menghiburkan hati yang lara dgn berjalan-jalan dan berborak-borak kat mall. Kalau nak harapkan aku pergi menghibur hati dgn acara panjat gunung ke or berkhemah kat hutan ke...mmg tak dapek la kan. Aku indoor orangnya. Mungkin istilah sebenar ialah 'inmall'. Hehe


Teruja nak letak gamba air yg kitorang minum ni sebab warna die menarik n gelas air aku tu unik. Nilah first time aku minum air dalam gelas mcm bekas jeruk. Bila fikir secara cepat, rasa mcm tak senonoh pon ada jugak. Jadi aku pon fikir lambat2 sket supaya bole minum dgn rasa x bersalah. Gahaha

Ouh ye. Kitorang makan kat Ramen.


Azie dapat posting kat Ear and Throat kat hospital yg skarang ni lepas ni. Agak gembira di situ.
Aku: "Bes la azie lepas ni dapat BY lagi...santai.."
Azie: "Hmm...aah. hehe" *buat muka tgh fikir sesuatu*
Aku: *buat muka nak tau apa yg azie fikir*
Azie: "Azie x jaga malam lepas ni. Kalau tqa ajak azie kua, azie sentiasa free...hehe"
Aku: ................

Kitorang tengok Life of Pi.

Siryesli, cite ni sangat sangat sangat sesuatu. Mendalam mesej die. Aku x tau nak huraikan mcm mana, tapi yg penting kitorang enjoy aa wayang tadi. Sampai dah kat lua mall pon masing2 termenung teringat kat cite Life of pi ni. Konsep die simple je. Just nak cite pengalaman seorang budak laki yang survive daripada kejadian kapal karam yang dah meragut nyawa semua penumpang kecuali budak tu, dan empat binatang liar milik bapa die n tikus mondok yang ada kat dalam sampan darurat yang die naik tu. Tapiiiiii....dia punya bermain dengan emosi dan fikiran tu memang top markotob. Dalam betul.

Kitorang tengok yg 2D. Dia ada yg 3D. Konfem bole mabuk kalau aku tengok yg 3D. Dia punya illustration superb!

Rasa mcm nak download cite ni n simpan buat koleksyen aku.

Tulah die 12/12/12 aku. Sesuatu banget.

Cubaan meletakkan gambar muka senget. Seram tak? Har har har

Pergh. Blog jugak yg siap. Esaimen gua tak siap2 gimana sich? T_T

Sunday, December 9, 2012

Biskut krim

Aku bukan jenis yg suka sangat makan biskut. Nak-nak biskut krim. Dulu waktu kecik2 aku blaja makan biskut kat kampung sebab petang2 biasanya nenek akan buat kopi O pastu cecah dgn biskut pingpong yg keras tu. Kalau x, biskut kering or ada yg panggil biskut lemak. Sbnanye biskut kosong yg HupSeng tu. Kalau xde jugak, cecah dgn biskut marry. Rasa perfect dah even biskut cecah kopi O je. Waktu tu aku x kenal makanan-makanan orang kaya lagi. Muahaha

Bila aku masuk form 1, aku mula masuk asrama. Haaaaa zaman2 asrama la yg byk mengajar aku makan biskut mcm tu je kalau xde benda nak makan. Sebut je nama biskut apa waktu tu, inshaAllah aku tau. Sebabnya, dulu duk asrama budak2 dorm mmg suka offer2 makanan antara 1 sama lain. Secara x langsung ko akan dapat tau biskut ni sedap, biskut ni x s brape nak sedap. Sharing is caring la katakan.

Tapi aku mmg jarang makan biskut jenis sandwich, yg ada krim kat tgh die. Sebab aku rasa krim tu buat muak. Nti kalau beli sepaket besar, msti aku x kan habis. Las2 masuk tong sampah. Better aku beli biskut yg sekeping-sekeping je. Antara yg biskut krim yg aku bole telan is Oreo. Sebab die pahit. Suka!

Tapi tiba-tiba kat sini aku kenal 1 lagi biskut krim yg sedap.

Julies cheese sandwich.

Biskut ni baru wujud ke apa aku pon xtau. Satu hari pon aku bole habiskan sepaket. Tapi paket aku beli kat cni kecik sket drpd yg dlm gambar.

Kat Indonesia ni takde Munchys. Wuuuu Sedap kot biskut2 Munchys. Dah brape tahun aku x makan Munchys. Untungla sape2 yg duk kat Msia bole makan biskut Munchys hari-hari *tetibe*

Monday, December 3, 2012

Malam ni aku rajin nak hupdate

Salam and hi to all

Haha gasak korang lah tekan kat home sebab tajuk entri ni mcm kan hangat sgt topiknya. Padahal tak hangat pon. Suam-suam mcm air kolam jakuzi tu. Tapi aku x pnah merasa jakuzi tu cane, kalau salah jgn memarahkan aku nye pun.

Tadi baru pekena kopi mahal sedas, tu yg agak aktif menceceh skang ni. Errr...utk mahasiswa tajaan (nti da keje kena bayar balik T_T) mcm aku ni, Jco tu kategori mahal oke. Tora bika 3 in 1 pon dah kira shukorrrr...  Daripada tak dapat kopi langsung. Sebab aku mmg ada kecanduan kopi sket. Tiap2 hari mesti cari kopi. Kalau mcm tu kategori kecanduan byk ke sket ek?

Eh apa aku cite ni.

Minggu lepas aku balik Tg Duren. Seronok la jumpa membe2 yg skarang ssh nak jumpa mcm dulu2 sbb masing2 beza hospital. Kecuali Azie Azra. Now aku sama hospital dgn Azie Azra. Kenal kan? Tak kenal gi google. Kalau malas google, link die ada kat sidebar. Haha



Gigih taw aku pindah2 side nak bergambar ngan membe2 aku tu. Tu pasal kejap aku sebelah kanan, kejap sebelah kiri. Beriya pegang mug bagai. Ha3 (aku mmg suka mempersendakan diri sendiri). Seram tak tengok perkembangan badan aku skarang? Sob sob sobs. Patutnya stress2 jadi kurus, aku makin tak kurus plak. Gamba pon kat kedai makan. Makan selera aje. Hadoy

Nama kedai tu Shabu Slim. Dia pesen2 stim boat la kot. Tapi kuah die kaler merah ala2 tom yam gitu. Konsep die dr jepun. Nanti kita duduk kat meja, sebelah meja ada pinggan2 kecik berjalan kat sebelah. Kau pilih la ape benda kau nak, pastu dah amik2 tu campak je sume kat lam periuk. Jangan lupa bukak api. Kang sampai bil sampai fishball kau x masak2 lagi. Haha 

Sambil2 tunggu nak menggelegak blup blup blup tu, bole la pergi bersiar-siar kat buffet kat tepi2 tu. Amik la mee ke kuetiaw ke popia goreng ke pape la yg berkenan di hati. Dia bagi 2 jam kalau x silap, ke 1 jam setengah. Satu kepala Rp100.000 plus plus, convert la sndiri yep.

Aku first time mkn kat situ hari tu, bolelaaaaa nak saje2 try. Kalau x nak makan byk better pg restoran biasa je sbb nti x berbaloi kalau makan sket je..


Atas ni gambar kenang-kenangan kat stase Paediatrics hari tu. Time nak tunggu baby sectio lahir utk resusitasi. Specialist je yg ikut masuk hari tu sbb nti menyemak je geghamai kat dlm tu dgn koas O&G lagi. Takpe la kitorang dah puas hadap sectio time stase O&G hari tu. Buahaha *poyo


Orang kata kalau gi Bandung, kena pergi Trans Studio kan? Die mcm times square kat Msia, tempat main2 sambil menjerit terpekik telolong sbb die lambung2 ko. Aku tau aku patut letak gamba yg lebih tepat utk menunjukkan bahan bukti aku dah jejak sana tapi apakan daya, gamba game belajar lesen keta ni jugak yg aku copy. Haha 

Aku gi hari tu berdua je ngan Syulan. First game kitorang Giant Swing. Ingatkan buai-buai manja je sekali hamik kau. Memula naik bole gelak2 skali bnda alah tu dah bergerak, sunyi sepi kat atas. Ekstrim jugak Giant Swing ni. Kughajaq betoi. Tak sempat nak warm up. Heh

Time game keta tu pulak, sbnanye tu mcm racing cars la kan tapi ada track n kita bawak keta sndiri. Tapi ended up mcm blaja lesen keta. Haha Berat hati nak mengulasnya. Korang bayangkan la sndiri jalan cite die.

Gambar hiasan. ;P

Takde orang nak beli patung2 tu. Orang kedai pon heran dlm byk2 bnda kat dlm kedai die, patung2 tu jugak yg kitorang beli. Tapi bukan utk kitorang, nak buat cenderamata kat klinik je.. Yg gajah tu aku x tau la efektif ke x nak menceriakan kanak-kanak. Lagi melalak agaknya patients tengok. Hehe

Tak sangka dah nak half way praktikal. Rasa-rasa mcm kekok je lagi kat sepital. Huhu

Hokayyyyyy selesai jugak satu entri. Till next time, thanks for reading. Have a good day, cau cin cauuuuu

Friday, November 30, 2012

It's been a long time

Sik asik sik asik..
Rekod ni paling lama x hupdate blog. Rasa kekok pon ada nak mencurahkan segala bebelan mcm dulu2. Aku da lama x buat entri bergambar. Entri kali ni pon aku malas jugak nak letak gamba sebabnya aku malas nak cucuk USB untuk pindahkan gamba lepastu copy paste gamba lepastu tambah watermark lepastu upload kat entri. Hooohoi so many steps to do and I'm too lazy to do all that.

Maafkan penulis. Dia mmg mengalami peningkatan vitamin 'M' dalam badan. Dan benda ni dah berlangsung kronik. Uhuk uhuk tui

Apa aku nak cite eaaa
Skang aku dah nak masuk akhir minggu ke-3 stase Internal Medicine kat Bakti Yhuda Hospital. Bes kat cni. Bimbingan ilmu dapat, specialist baik, misi-misi sume inshaAllah baik, patients pon oke..sume inshaAllah oke. Takde benda2 yg bole memicu stress. Jaga malam kat emergensi pon sampai pkol 12 malam je lepas tu bole balik dan melompat ke atas katil masing-masing dan tidur nyenyak2.

Stase ke-5 ni sbnanye santai je n bole je aku nak blogging skali skala tapi apakan daya....bila sampai bilik x berhajat plak nak update blog. Kalau tgh duduk manis kat sepital tu tunggu doctor visit patients sbnanye ade je terlintas nak update itu la ini la.. Hihi

Aku tau ada kawan2 lama aku be it kawan kat matriks dulu atau kawan2 kat skola dulu yg kadang2 singgah sini nak usha perkembangan aku. Sebab aku mmg jarang sgt bukak fesbuk. Tapi skang ni blog pon jarang update jugak. Minta maap la kat sape2 yg bukak2 lepas tu hy ada entri beberapa minggu yg lalu yg dah basi tu je. Ish2

Tadi log in pon baru tau rupanya ada komen yg aku blom approve ntah dr bila ntah.. Haiyoo

Err...motif entri ni pon sbnanye x berapa nak ada, saje nak tunjukkan diri bahwa penulis masih wujud kat dunia ni. Ahaha =P

Okay, pape pon thanks sbb still baca sampai habis. Bai korang ^^

Sunday, November 4, 2012

Lemot

Lemot tu bahasa Indonesia. Lemot tu sama maksud dengan lembab. Yg lembab kat sini ialah broadband aku ni. Ingatkan sebab top up dah nak expired. Lepas top up pon sama je lemotnya. Nang boti nang, kui boti kui. Puii!!!

Hari ni hari Ahad. Memandangkan kitorang berempat dah x jaga emergensi lagi sebab 2 minggu terakhir adalah minggu ujian, so aku boleh la duk bilik je dan bersenang-senang pada hari ahad. Yahoooo!!!!

Ouh, tapi tak begitu menyeronokkan sgt sebab esok kitorang ada post test. Malas nak bukak buku toksah cite ah. Jeling sebelah mata pon idak ai tell u. Over tawwww *eh pesal aku nak menggeletis sgt entah*

Plis dehhh broadband ni, nak pergi kat main page google pon sampai berminit, nak save draft kat blogger ni pon asek kena warning "please try again", apa yg kau lemot sgt ni hoiii??


Tadi kitorang layan cite Insidious ni geghamai kat bilik. Membe aku sorang ni dah tengok tapi die join jugak tengok lagi skali. Aku baru nak tengok cite ni padahal dah lama dah cite Insidious ni.

Aku sbnanye suka jugak tengok cite2 seram ni kadang2, bukan sengaja nak cari benda yg bole buat kita takut tak tentu pasal, tapi saja suka2 isi masa lapang. Haha Dah takde keje benau gamaknya. Baca buku untuk test esok tak nak pulak. Dasarrrr

Oke la cite Insidious ni, tepat la genre die tu, tapi disebabkan aku dah familiar dgn cite2 yg berunsur demon, devil,  and the "other" side of life thing..jadi aku mcm x brape nak suprised sgt dgn cite ni. Tapi interesting tetap interesting.

Mengingatkan aku dekat ada satu cite seram yg tak bole blah ni, tajuk die Raaz. Ye, mmg cite hindustan pon. Tapi seraaaaaaammmmm... Huhu Dia cam banyak adegan2 maksiat jugak (HAHA) tapi the point is, cite ni antara cite yg menepati level seram bagi aku. Dah lama dah cite Raaz ni, aku ingat aku tengok masa zaman2 DVD dulu waktu aku skola..

Cite ni tahun 2002

Baru aku tau rupa-rupanya Raaz dah ada sampai Raaz 3. Tapi aku rasa yg makin kedepan ni mesti makin mengarut. Yg first jugak yg best. Dah pernah tengok?

Try ah tengok. Muahaha!

Thursday, November 1, 2012

Rajawali minggu 9

Salam, gud evening, gud afternoon, gud night, dan gud morning kat semua yg berkenaan..

Ehehe rasa mcm poyo pulak taip entri kat blog pon nak justify kan. Skema gileww nyewww.. Aku dah minggu ke-8 stase ilmu penyakit anak. Minggu ni sbnanye minggu ujian. Aku pon x tahu pasai pa tiap kali aku berhajat nak update blog je time tu tengah minggu xm la, minggu kena present case la, time byk waktu free tak berhajat pulak nak nengok blog.

Nama je duk Bandung skang ni. Tak berjalan mana sangat pon.. Ni dah minggu kesembilan, dah mcm2 aim dah sbnanye nak berjalan ke sana, nak berjalan ke sinun, tapi blom sampai2 jugak.. Nak buek camno, jd KOAS (Kumpulan Orang Serba Salah) ni camni aa, nak buat tu serba salah, nak buat ni pon serba salah. Tu yg terperap je kat bilik. Macam nak terbenam dah dalam katil memasing, tido je keje. Kah2 mcm mana aku bole termengaku tabiat2 yg tak patut diketahui umum ni.

Sbnanye perjalanan kat sepital ni mcm flat je dr awal sampai la minggu kelapan. Takde pape yg menggemparkan sgt pon sblom-sblom ni, tapi entah cane sejak minggu lepas mcm2 hal pulak. Minggu ni minggu xm, dah nak dekat xm baru la nak jadi itu, nak jadi ini.. Nasib baik aku x dilanda histeria.

Siyes 2 hari terakhir jaga emergensi last week aku sangat2 rasa down, mmg tengok buku pon aku rasa buku tu pon heran tengok aku. Pehal la pompuan ni baca tapi mata die x gerak-gerak. Hahaha

Sampai lah ke saat xm semalam, hal yg terjadi kat emergensi tu aku terbawak-bawak. Memang fokus aku pon ke laut. Aku tak tau apa yg aku buat, tak sure apa yg aku cakap.. Bila fikir-fikir balik an, rasa mcm nak mentoksikkan diri sendiri dgn barbiturat pon ada. Tapi macam tak bersyukur pulak kan, tak jadi lah.

Kelam gila stase keempat ni. Ahaha

Disebabkan die kelam jadi kita tutup cite laju-laju. Aku nak cite pon malas sbnanye. Tapi takde cite bes yg nak dicitekan. Tinggal lagi aku kesian blog ni diabaikan dah berapa kurun dah....update lah jugak. Har har har

Oh kay lah babaiiiiiii!!!!
Till next entry~

Tuesday, October 2, 2012

Another face shop product

Ehem ehem. Aku rasa dah berkuuuuuuuurun sangat aku dah x buat review product kat blog. Maklum lah, ai bz uols.. Ahaks!

Aku pon dah reti sgt nak buat entri review nijam. Redah je lah eh? Niat sebenar nak share je.. Mana tau ada yg tengah survey2 produk ke.. Tengah mencari-cari yang mana satu yg boleh memenuhi kriteria yg diinginkan  utk merawat kulit sendiri.. Tulis ayat mcm ni tetiba rasa awkward lak dgn dr sendiri. Har3

Ok ok.... Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kalau marah, cepat tua...ahaha tak lawak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hehe
Saja mintak penampa suh org skroll ke bawah.

Arsainte Eco-therapy, another cleansing foam from TheFaceShop!

Pernah dengar or pernah ternampak tak kalau korang jenjalan ke Face Shop di mall2 berdekatan? Eco-therapy ni nak kata baru takdela baru sgt, nak kata lama pon xde la lama sgt. Aku dah guna dlm 4 atau 5 bulan la jugak.. Lupa dah 2 ke 3 kali beli Eco-therapy ni. Tapi waktu aku beli dulu, cleanser ni mcm baru release.. Stok die pon kat sudut2.. Betul-betul ada cleanser dgn toner ke apa entah lagi 1 waktu tu. Sekarang ni Eco-therapy dah ada full set. Dari cleanser sampai ke essence pon ada! Tinggal dipilih ajaaa

Memula aku nak cite knape waktu tu aku pilih Eco-therapy at the first place, apa yg aku target waktu tu? Jeng jeng jeng... hihi Oke, waktu tu sbnanye aku baru habis fase intensif. Fullamakkk apa bnda yg intensif ni kan? Sbnanye waktu tu aku baru khatam special skin routine utk acne skin, yg aku pilih sendiri sbb waktu tu tetiba kulit aku diserang pimple2 yg sengaja mencari pasal dgn aku. Mentang2 aku lemah-lembut orangnya.. (errr......sila la muntah)

Bila habis fase intensif tu, muka aku sangat kering tahap menggelupas, keringgg sangat.. Jadi aku sangat perlukan sesuatu yg boleh memberi kelembapan secara intensif juga. Akhirnya aku pon terjumpa lah si Eco-therapy ni...

Adalah dalam 2 hari lps pki cleanser ni, alhamdulillah kulit mula salin baru.. Yg tadinya sangat kering, pakai bedak pon capuk mcm hape je, dah tak capuk kalau pakai bedak. Haha Kira eksperimen aku berjaya lah dgn Eco-therapy ni.

Ada apa dgn Eco-therapy?

Mungkin aku xbrape boleh nak komen byk sbb aku x guna 1 set.. Tapi basically, Eco-therapy  ni adalah untuk sesiapa yg inginkan extreme moisture pada kulit.. Kalau dibelek-belek packaging die ada mention brape persen natural ingredients die, misalnya yg aku pakai tu kan cleansing foam..die tulis 70%, sbnanye cukup tinggi dan inshaAllah risiko untuk terjadi iritasi lebih rendah kalau compare dgn drugstore products.. Bukan bererti drugstore products tak bagus..tapi biasanya produk2 tersebut mengandungi lebih banyak bahan kimia yg sgt membuat iritasi kulit sama ada dlm jangka waktu pendek atau panjang.. Oh ya, bukan bererti pakai cleanser saja dah cukup utk kulit lebih lembap.. Mosturizer tetap tak bole tinggal.

Macam biasa, segala isi review ni hanya berdasarkan pendapat peribadi dan respon kulit penulis terhadap produk.. Tiada sebarang jaminan ganti rugi kepada sesiapa pun, dan saya tak dpt apa2 income pun~

Terima kasih krn membaca, harap dpt memberi sesuatu kpd pencinta skin care product. Hik2
Have a good day! :)

Sunday, September 23, 2012

Hosmet kata aku da lama tak update blog

Salam n hai to all

Aku baru balik dari keluar jalan2 dgn kawan2 koas.. Bila dapat keluar jalan2 barula terasa mcm "oke aku duduk kat bandung rupanya skang ni..". Sebab perasaan praktikal kat sepital tempat aku ni sangatlah tak terasa mcm kat bandung. Selain bahasa yg org2 kat sini guna yaitu bahasa sunda, mmg aku x feeling2 duk bandung pon. Tak tahu la sbnanye aku feeling mcm mana. Lain rasa die. Mcm asing je duk sini.. Huhu

Memula aku datang sepital ni aku rasa mcm oke2 je.. Tapi makin hari rasa mcm makin sukar nak adapt dgn persekitaran sini, org2 kat sini.. Sekarang dah nak masuk minggu keempat pun, tapi still belum 'in' sangat kat sini. Perjalanan seploh minggu dah nak half way dah tapi camtulah..

Cabaran koas la katakan.. Hihi


Aku la paling selebet sekali, kan? Tu cara-cara dah lama x dpt kuar mcm ni, tudung senget-benget pon tetap yakin diri. Gelembung-gelembung sket ape ade hal? Har har har


Ouh sungguh sayang sebabnya ada sorang rumet yg oncall mlm ni. Tak dapat die kuar skali ramai2 tadi.. Demi tugas di emergency room~

Koas bedah dah nak habis dah posting kat bandung ni. Kira farewell meeting lah konon. Pasni diorang nak koas kat mana la pulak agaknya.. Tinggallah kitorang 4 orang koas msia kat sini sementara nak tunggu koas baru masuk.



Qua Li nama kedai kitorang pergi tadi. Makanan die so so je, takde lah sedap sangat pon. Dah kenyang kira orait lah tu.. :)


Ce baca nama coklat2 tu. Epic gila description sume coklat tu yg kat dlm kotak kecik bagian bawah tu kalau boleh korang zoom la. Haha Aku beli yang rasa sayang tu. Bukan sebab description die tapi sebab die rasa mix chocolate. Dia ada macam2 rasa jugak..ada yg ada cookies, white chocolate, dark chocolate, milk chocolate.. Aku sbnanye suka dark chocolate tapi nak try yg mix plak. Kalau korang datang jalan2 ke bandung, pergi la kat Paris Pan Java, pastu singgah kat booth nama Chocodot. Die booth kecik je tengah2 jalan dalam mall tu, nanti ada la coklat2 ni.. Kawan aku kata coklat ni sedap. Aku blom makan lagi coklat aku. Heh2


Dan kegembiraan aku malam ni ialah perfume baru yeaaayyyyy!!!! :D
Wangi perfume ni siryes! Aku dah survey kat kengkawan aku tadi, sume kata wangi. Perfume aku dah tinggal sket, memang mengundang rasa nak beli perfume baru la kan. Tu pon berbulan-bulan pakai perfume yg sama baru la nampak bergerak isi perfume tu. Aku bukannya nak sembur sangat pon. Buat syarat je.. Haha

Hurmm.. Sbnanye kan, esaimen aku bertumpuk kot. Tapi aku punya vitamin M punyalah tinggi, ditambah dengan kurang semangat nak setelkan esaimen. Maka memang buffering je lah status esaimen aku. Kah3

Macam tak caya je dah final year. Kakak senior batch 2007 dah officially habis praktikal, tinggal tunggu grad je.. Huhu 

Kawan2, doakan kitorang sume kat sini ye.. Thank u very much. =)

Sunday, September 16, 2012

Wide awake

I'm wide awake (x3) 
Yeah, I was in the dark 
I was falling hard 
With an open heart 
I'm wide awake 
How did I read the stars so wrong 

I'm wide awake 
And now it's clear to me 
That everything you see 
Ain't always what it seems 
I'm wide awake 
Yeah, I was dreaming for so long 

(Pre-Chorus) 
I wish I knew then 
What I know now 
Wouldn't dive in 
Wouldn't bow down 
Gravity hurts 
You made it so sweet 
Till I woke up on 
On the concrete 

(Chorus) 
Falling from cloud nine 
Crashing from the high 
I'm letting go tonight 
(Yeah I'm) Falling from cloud 9 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/k/katy+perry/wide+awake_21005238.html ] 
I'm wide awake 
Not losing any sleep 
I picked up every piece 
And landed on my feet 
I'm wide awake 
Need nothing to complete myself - nooohooo 

I'm wide awake 
Yeah, I am born again 
Outta the lion's den 
I don't have to pretend 
And it's too late 
The story's over now, the end 

(Pre-Chorus) 
I wish I knew then 
What I know now 
Wouldn't dive in 
Wouldn't bow down 
Gravity hurts 
You made it so sweet 
Till I woke up on 
On the concrete 

(Chorus) 
Falling from cloud nine 
Crashing from the high 
I'm letting go tonight 
I'm Falling from cloud 9 

Thunder rumbling 
Castles crumbling 
I am trying to hold on 
God knows that I tried 
Seeing the bright side 
I'm not blind anymore 

(Chorus) 
Falling from cloud nine 
Crashing from the high 
(Ya' know) I'm letting go tonight 
I'm falling from cloud 9 

I'm wide awake (x5)


Btw, lagu ni sbnanye lagu Katy Perry. Hee

Wednesday, September 5, 2012

Sayonara Obgyn Koja

Salam..

First of all, hi korangggg!!! Hihi Punya susah aku nak dpt kerajinan utk update blog ni. Nak update psl dah habis stase Obgyn tp skang ni dah first week kat stase Paed baru nak bukak cite. Tapi kira belum basi lah sbb memori Obgyn masih segar-bugar di ingatan kitorang. Tak aci ek kira camtu? 

Elhamdulillah.. Akhirnya kitorang dah sodaqallahula'zim stase Obgyn. Setelah seploh minggu susah senang bersama, ketawa bareng menangis bareng gitu..las las dapat juga kitorang selesaikan stase yg berliku-liku tu. Berliku kahh??

Berliku lah juga sket-sket.. Stase major mana lah yg tak berliku..

Dengan itu aku sajikan beberapa ketul gambar (aku mmg ada mslh dgn penjodoh bilangan ye) utk tatapan mata2 yg menyinggah blog ni walaupun berapa kerat sgt je yg nak hadap blog sememeh ni..


Aku kena denda taw dgn konsulen sbb aku x present case. Lagu Kau Mawarku jgn memain.. Punyala vibrate satu badan neves mcm nk perform kat stadium bukit Jalil gitu.. Royal Albert Hall mcm melampau pulak perumpamaannya.


Atas ni adalah konsulen yg very the legend I tell you. Apa yg die ajar tu betul2 sebijik-sejibak drpd dlm buku. Tip top markotop kaw! Beliau mmg old school sket, tapi bes sgt die ngajar. Tak tau aa nak ucap trime kasih cane kat doctor ni. Trime kasih sesangatttt


Muka ceria kami dlm gamba sbnanye disertai dgn perasaan yg bercampur-baur. Ada rasa gembira, seronok, rasa lega, rasa sedih sob sob, rasa terharu, rasa tacing, rasa tak sabar nak joli sbb dah habis Obgyn, dan mcm-mcm perasaan lagi. Wahahah


Mentang2 baru habis, dah berani beraksi belakang doctor ye.. Hihi Tu lg sorang specialist Obgyn kitorang. Pon terbaikk jugak. Tip top markotop jugak. Tu file biru die pegang tu file xm dak2 yg xm dgn die la.. Ngeee


Jeng jeng jenggggg... Balas dendam ke apa ke motif gamba ni aku pon x reti nk komen. Heh :P


Sayonara sume.. Jumpa lagi kat perlantikan dokter ya! Kalau de jodoh, jumpa lagi kat mn2 stase berikutnya.  Huhui

Sweet memories sbnanye kat department Obgyn Koja, walaupun berliku-liku. Ecewah.

Skang ni aku dpt kat Bandung plak. Stase Paediatrics.. Aku skang dgn 4 kwn yg mmg sama stase sejak dr Cibubur lagi. Alhamdulillah ada kwn yg mmg dah byk kali sama stase. Camne kat sini tu lain kali lak aku bukak cite. Yep yep yep

Terima kasih kerana membaca dan have a nice day uolz!
^^

Sunday, August 26, 2012

Passion

Sume orang mesti ada satu benda yg die suka sangat buat. Tapi tak semua orang dapat buat benda yg die suka hari-hari, tak dapat jadikan jadikan benda tu sebagai pekerjaan die utk support hidup die.. So akhirnya dapat dijadikan sebagai hobi je kalau ada masa lapang.

Rasa happy kalau dapat buat apa yg kita suka kan? Rasanya kalau hari-hari macam tu pun takpe sbb kita rasa happy dgn apa yg kita buat.. :)

Passion korang apa ya?

Bukan passion fruit taw. Haha

The thing is....I have a strong passion for music.

Mungkin muka aku ni takde muka org music pon, muka kampung je..haha Sikit tak kisah. 



Siapa kenal Connie Talbot? Die ni dulu pnah masuk Britain's Got Talent waktu umur die baru 4 tahun. Bayangkan, 4 tahun umur die waktu tu dah bole amaze brape banyak orang? Untunglaa dikurniakan bakat semulajadi. Da la comel.

Aku rasa impressed dgn org yg fight for their passion in life dan diorang dapat buat apa diorang suka.. Aku appreciate sbnanye org yg mcm tu. Tetibe teringat cite Step Up. Dah tengok Step Up? Mesti dah kan..

Pape pon..sbnanye apa yg aku taip ni sangat random, sbb aku terasa mcm nak menaip. Sesuai tajuk blog ni la.. ahakss tuih.

K thanks bai.

Oh iya, have a good weekend guys!

Friday, August 24, 2012

Happy raya everyone!!!

Salam..

Terlalu banyak yg nak diungkapkan sampai tak tertaip rasanya. Eceh. Cakap je la kau malas nak menaip kan senang? :P

Jadi biarlah gambar berbicara.....jeng jeng jeng


Tahun ni ramai yg x dapat balik Msia for raya termasuklah aku. Hari raya kali ni kitorang pergi serang kedutaan besar Msia, just like when we were in first year dulu. Old memories, masa tgh innocent dulu. Hehe

Baju raya pon takde tahun ni. Aku sarung baju yg aku x sempat pakai tahun lepas. Nasib baik muat.


Lepas bergambar muqadimah kat tengah dewan, apa lagiii.. Dengan lajunya kitorang serang meja buffet. Maklumlah, memasing lapar sbb bangun lambat n belum sempat sarapan. Memang niat nak penuhkan perut kat kedutaan pun.. Tengoklah betapa bergegarnya tangan aku suap makanan lam mulut. Dasar gelojoh. Haha


See? Ramai kan x dapat balik Msia tahun ni? Ni sume dak2 batch aku, batch 2008. Ce cari aku katne. 


Ekceli, time ni sume orang dah pergi Malaysian hall. Kitorang je yg malas nak pergi sana. Melekat je kat meja makan sampai la sume org catering da dtg nak clearkan dewan tu. Bak kata ada datin tu, diorang open 24 hours. Tu yg kitorang duduk sampai waktu lunch tu. Pesen2 tak ley ajak dtg kenduri mcm gini lah gayanya. Tapi jgn x ajak aku dtg kenduri plak lps ni ye. Hahaha


Yg ni motif die aku pon x pandai nak explain. Mekanisme persalinan persentasi bokong mungkin? Bahasa inggeris die...err...mechanism of normal delivery with breech presentation kot.


Dan akhirnya pulang dgn muka bahagia kerana dapat mentapaw sebanyak mungkin makanan free yg tersisa. Jangan tertipu dgn apa yg ada di tangan kami. Sebenarnya masih banyak yg tersembunyi di dalam handbag2 kami. Har har har

Oke deh.. Selamat hari raya utk semua umat Islam. Nak makan banyak boleh..jangan sampai sakit sudah la. Penulis minta maaf kalau ada salah kata dalam entri2 di blog ni, dan kalau banyak benda yg xde pekdah utk anda semua. Terima kasih kerana membaca ^^

Friday, August 17, 2012

8th week

Pejam celik, pejam celik tetibe dah nak masuk minggu kelapan dah kat sini. Bulan Ramadhan pon dah nak melabuhkan tirai dah.. :(

Kalau ikutkan banyak sangat sbnanye benda yg dah terskip n x sempat nak taip dlm blog ni. Dah nak sebulan jugak tak hupdate. Bila klik new post, jadi x reti plak nak stat cane. Heh~

Bila sampai minggu kelapan ni, da mula fikir x sabar nak habis obgyn je.. Tapi bila fikir nak hadap xm, tersedut balik rasa x sabar tu. Haha

Banyak yg dikorbankan bila kita terjun dlm bidang perubatan ni. Korbankan waktu dengan kelurarga, korbankan waktu dgn orang2 yg dekat dgn kita, korbankan benda2 yg kita suka buat...yg kalau dulu kita banyak masa kita bole buat n enjoy dgn apa yg kita buat, tp skarang x bole lagi cam dulu.. Cuti pon susah nak dapat.

E eh. Bunyi-bunyi curhat (aka curah hati/perasaan) di situ.

Hari tu time tgh buat apa ntah kat sepital tetibe terbaca tweet Taylor Swift ada lagu baru die baru release. Apalagas, balik bilik je terus search laju-laju. Sempat aje baca tweet retis kan? Kah2


Weee eeee!! *mcm dalam lagu*

K bai thanks

Sunday, July 22, 2012

Sayang tandur

First of all, aku nak ucap selamat menyambut ramadhan kat semua yg muslim. Selamat berpuasa dan berterawih.. Semoga kita semua berjaya meraih keredhaan-Nya dalam ibadah2 yg kita usahakan dalam bulan penuh barakah ni, ameen... :)

Aku balik Tanjung Duren sehari ni. Yeayyy! Sweet escape lah tu kunun. Melarikan diri dari kesibukan di Koja. Seronok dapat jumpa hosmet2 yg ada kat Tandur. Berborak sakan.. Rasa mcm dah lama tak jumpa time koas ni.

Perasaan balik Tandur ni mcm balik kampung pulak dah. Haha Dapat duk kat bilik sendiri kat Tandur rasa bes gila. Macam takmo balik Koja pon ada. Tapi Isnin depan jaga malam pulak. Ceyt.

Nilah hasil semalam time makan-makan kat Lau's Kopitiam.

Dan semalam kitorg sempat layan The Dark Knight Rises. Lama betul cite tu. Nasib baik bes. Memula tu plot mcm slow sket sbb banyak bercakap-cakap je. Tapi dah nak last2 tu banyak action la.. Bole laaaa aku bagi 4.5 bintang out of 5. Omputeh kalau buat cite memang la kelasss.. Haha

Puasa2 ni takyah banyak2 bercakap. Jadi kita taip sket-sket je sudah. Untung laa sape2 yg dpt pergi bazar ramadhan petang ni.. Sob3

K bubai bubai..~

Tuesday, July 17, 2012

Dalam pada stress-stress ni..

Salam..

Hi! Aku dah masuk minggu keempat kat department Obgyn. Setiap minggu aku akan kerja kat tempat yg berbeza. Kat sini kitorang kena kerja kat poliklinik, ruang bersalin, ruang operasi, dan dekat ward. Ward tu kata nama lain die dalam Bahasa Indonesia ialah "bangsal". Kalau tukar jadi BM, macam....."eh ko jaga katne ah minggu depan? Aku jaga kat bangsal". Agak kurang cool kat situ tapi memang tu lah perkataannya.

So minggu ni aku jaga kat poli sbnanye tapi disebabkan partner aku ada 2 orang, kitorang tak jaga poli setiap hari dalam minggu ni. Sorang jaga poli 4 hari je drpd 6 hari dlm seminggu. Isnin dgn selasa ni aku dah jaga kat ward. Sisa lg 4 hari aku kena jaga poli..

Haha Macam tak bererti sgt je aku cite sume ni kat sini. Yg sebenarnya rasa kekok nak menaip kat blog sendiri sbb skarang mcm dah jarang2 update blog. :P

Siryes bila dah klinikal ni, aku rasa rindu kat zaman teori dulu. Sebab zaman teori dulu kadar stress die sangat rendah kalau nak compare dgn skarang ni. Hari-hari pergi kuliah lepas tu balik rumah bole buat apa yg aku suka. Asal boring karang, panjang je langkah aku..hehe

Tapi skarang ni....tak dapek dah nak mcm dulu lagi. Setiap hari fikir nak follow up patients, fikir nak review patients, fikir nanti doctor nak visit nak kena ready ikut cara masing-masing doctor, fikir nak jaga malam lagi, fikir pasal beberapa hal remeh lain yg sbnanye bole efek emosi aku.. Contohnya manusia yg bias... *teeeetttttttttttttttttttttttttttt

Stress mmg stress.. Badan pon letih.. Tapi aku tetap sempat habiskan TVD 3rd season hari ni. Muahahaha


Kaaannnn???? Aku mmg pandai bab2 mencuri waktu utk aktiviti2 lagha ni.. Kah3. Tapi pape pon, majulah TVD utk pencinta dunia fantasi mcm aku ni. Ending season 3 memang superb ah! Walaupun kelihatan mirip dgn ending breaking dawn hari tu tapi plot dan dinamik cerita ni lebih bervariasi aku rasa. Sejak bila pulak ada dinamik2 ni aku pon x tau, suka hati aku je..haha

Bijaksana betul writers TVD ni buat jalan cerita smpi aku betul2 ingat si Elena nak mati dah dlm episod final tu. Cis. Akhirnya nak jadi vampire jugak rupanya. Tak terfikir langsung si doktor tu nak suntik vampire's blood dlm badan Elena. Lepas tu, aku yg urut dada sbb Elena tak mati lagi. Ha3

Entah mcm mana la sambungan season 4 besok.. Mesti masyuk kan.

Entri pesen bercampur-baur mmg mcm ni lah gayanya.. Haih~

Saturday, July 7, 2012

Oh crap!

Aku telah membuat keputusan drastik siang td untuk keluar jenjalan mlm ni sbb otak aku dah mula rasa ketat sejak akhir-akhir ni.. Susah aku nak explain benda apa yg buat stress skang ni sebab aku yg mengalaminya. Tapi takpe, semua org pon ada tekanan masing2. Cerita kita tak sama..tak gitu? Hehe

Tadi pg release tension kat mall Alta Gading. Naik angkut depan kos bayar 2000 rupiah lepas tu tukar satu lagi angkut lain, bayar lagi 2000 rupiah lepas tu turun dan jalan kaki sampai lah ke Alta Gading. Dapat amik udara malam dan tengok orang ramai kiri kanan pon dah buat rasa lega sket. 


Mem besar bukan main duduk sila panggung. Feeling2 jd menteri kesihatan ke apa? Hehe :P


Akibat banyak sangat aktiviti seperti di atas,...........





































































Akhirnya.............


Kesian ribs aku, dah mcm org tua punya tulang dah. Lepas ni kena kuat semangat minum susu hari-hari. Pengajaran utk org lain yg tak suka minum susu jugak, selain aku sendiri~

P/s: Sori sangat kalau aku dah lama tak jenguk blog kawan2 blogger.. Aku sibuk ke hulu ke hilir kat sepital lately. Aku akan blogwalking jugak someday, mungkin sangat lambat baru aku visit blog korang tapi bukan bermakna aku tak ingat atau tak nak jenguk korang ye.. Harap takde yg tacing. Have a nice day, y'all! ^^

Thursday, June 28, 2012

Stase baru

Salam aleik...

Hai korangggg!!! Walaupun aku xtahu entah sape2 yg aku hai2 ni tapi terima kasih sbb rajin jenguk blog busuk ni. Korang yg rajin, aku yg malas. Malas nak hupdate. Hahaha Bukan nak perasan2 syok sendiri ramai viewer tapi aku tengok hari2 mesti ada sejumlah clicks yg cukup mendatangkan kemusykilan dan tanda tanya dlm diri aku. Dari manakah datangnya viewers tersebut dan kenapakah mereka view blog busuk ni walaupun takde update sejak berkurun lamanya? Whyy oh whyy?????

Apa2 pon, alhamdulillah... Stase neuro di Lampung sudahpon berakhir hari Khamis minggu lepas lagi. Aku je yg tak hupdate. Hari ni dah hari keempat di Rumah Sakit Umum Koja sebagai co-ass obgyn. Semoga semuanya lancar sampai selesai co-ass, bukan kat sini je tapi sampai lulus nanti, aminn... ^^

Ada satu benda yg aku nak taip tapi mungkin tak membawa kepentingan kat dlm entri ni, yaitu ada banyak semut suka sangat main2 kat keyboard laptop aku ni. Apa seronok sgt ke main2 kat keyboard ni? Mcm maize agaknya.. Urghhh

Masuk balik kepada isi penting entri ni, co-ass kat sini setakat minggu pertama ni aku stress la jugak. Kawan2 yg co-ass kat sini sebelum kitorang masuk sini cakap bes obgyn kat sini tapi utk first week ni aku belum jumpa lagi apa yg bes. Sebab aku kan baru minggu pertama, kira mcm tengah orientation week lagi.. Masih cuba beradaptasi dgn tempat dan suasan baru. Nak tak nak, telan gulp gulp je la sume.

Utk obgyn ni, kitorang kena duduk 10 minggu kat sini sebab stase major. Kalau mcm neuro hari tu stase minor, kena 5 minggu je. Bilik sewa kat Koja ni alhamdulillah memang selesa, cowok pon satu je dan jarang2 je pon berlegar-legar kat luar2 bilik ni. Memang oke lah sume dari segi tempat tinggal kat sini.

Cuma cuma cumaaaa... Kitorang keja setiap hari, Ahad pon takde off. Ini bermakna, raya sok memang takde can la nak balik Msia. Beraya sambut org beranak je la kat sepital..sob sob sob

Bonda tercinta dah brape kali dah tanya raya balik tak, raya balik tak.. Nampaknya jawapan bertanda negatif. Uhuhu 

Alaaaa boring betul lah entri tak happy ending ni. Kecewa dgn diri sendiri.

Udah la dulu. Next time pulak aku menconteng-conteng kat sini. Bubye bubye!!! :)

Saturday, June 16, 2012

Knape bila kita tahu esok takyah bgn awl je mesti kte bley tdo lambat mlm ni?

Esok konsulen kitorang nak visit awal pagi, pastu dia kata kitorang dtg je mcm biasa, takyah awal2 sgt pon takpe. Kalau doc dah visit, takyah follow up, kalau belum, follow up je la.. Berita gembira, bukan?

Mcm mana respon diri aku terhadap situasi mcm ni boleh tak serasi ye? Patutnya aku berjaga selak2 buku, aku pg tdo mcm kan dah 2 hari tak tdo. Patutnya aku qada segala tdo, bukan main elok bijik mata aku membuntang. Heishhh

Next week adalah minggu terakhir duk kat sini. Dah stat serabut fikir lepas ni kena hantar kat mana plak. Adeyhhh... 

Lepas ni bebudak U aku bergerombol dtg Lampung. Mostly stase major. Untunglaaaa puasa kat sini. Nanti cuti raya seminggu bley balik Msia. Ni rasa nak nyanyi lagu Air Mata Syawal sambil guling2 peluk bantal ni.

Hmmmm... Apa lagi aku mencece ye?

*krik krik krik






























Dah la tu.


Sunday, June 10, 2012

Baru permulaan sebenarnya

Salam

Alhamdulillah.. Pejam celik pejam celik, minggu ketiga pon dah nak tamat kat Lampung ni. Betul la akak2 senior cakap, koas ni tak terasa pon kadang2.. Tiba2 je dah nak habis.. Huhu

Neuro kat sini oke jugak. Specialist die baik n rajin share ilmu.. Cases nak buat blaja pon banyak.. Nak dgn x nak je. Kalau banyak cases tp x nak blaja pon x jadi jugak. Cakap kat diri sendiri sbnanye.

Lepas ni x tahu la dapat katne plak.

Bila dah terjebak dlm bidang med ni, aku rasa takkan pernah ada ending die melainkan dah smpi tahap PhD atau dah dapat title specialist. Bila aku fikir2, waktu teori dulu rasa mcm sama je dgn org lain yg amik kos lain. Pergi kuliah, dengar kuliah...joli2 dgn membe..bila ada xm, baca buku, pastu jawab xm. Bila dah co-ass ni, orang lain tu semua rata-rata dah nak stat keja dah.. Now ni ada yg dah ada kereta sendiri dah pon. Aku dok ke hulu ke hilir ikut konsulen. Nanti 2 tahun lagi pon lebih kurang sama je mcm ni jugak. Maksudnya bidang med ni akan amik banyak masa hidup orang, especially masa muda. Siapa yg x nak admit tu mungkin pendapat die x sama ngn aku, its okay. 

Life aku mungkin tak semenarik org lain.. Aku rasa lah. Sebabnya aku masuk asrama sejak form 1. Sejak tu sampai lah skarang, hidup aku selalu dlm komuniti yg serius. Time sekolah dulu tak terfikir sgt semua ni, tapi bila dah sampai tahap ni baru terasa. Mula lah aku berangan2 mat jenin nak escape pg jauh2 la apa sume.. Hahaha

Asal mcm ada bunyi2 curhat je kat sini? 
*read: curhat = curah hati = luahkan perasaan dlm BM


Bawah tu sebelah kanan adalah ruang emergency. Kat sini panggil Instalasi Gawat Darurat (IGD). Kat IGD ni lah kitorang kena jaga tetiap pagi kecuali Ahad. Siapa jaga sore, kena masuk pkol 4 ptg sampai 9 malam.


Follow up jgn tak follow up woooiiii. Tetiap pagi kena pg follow up patients dulu..~


Ada co-ass lain cakap, ada doctor tak suka co-ass main2 henfon. Berani tak aku main snap2 gamba narsis ngn kengkawan? Cuak jugak kalau ada doctor tu, lepas tu laju2 masukkan phone dlm poket. :P


Yg tgh tu tak boleh nak buat lagi mengada ke? Kah kah kah


Hari tu aku bgtahu transport kat cni naik beca kan? Mcm atas ni lah rupa beca kat Lampung. Kecik sket drpd beca kat Melaka. Aku tak pnah naik beca kat Melaka walaupun aku org Melaka. Tapi aku tahu beca Lampung ni kecik sket. Ke sebab aku yg besar ek? Dayuuummmmm!!

Hari tu kitorang naik bertiga jgn tak tahu. Sanggup bertimpa-timpa kat dlm beca tu tak nak naik baca lain2 punya pasal. Biasa lah jakun..

Hari ni pon nak kua jugak kejap, nak pg salon. Tak tahu la jap lagi bersesak satu beca ke tak. Kalau berempat, naik dua beca je lah. Sesak-sesak kalau tak bergerak karang pon satu hal. Ada yg tak sampai salon kang.. Haha

Ok bai!