Saturday, June 18, 2011

Kenny Rogers Roasters with ma frens~

Assalamualaikum..

Sebelum aku melarikan diri ke sebuah pulau selepas subuh esok, maka baiklah aku tinggalkan sebuah entri.. Alhamdulillah.. Xm pon dah selesai. Tawakal je la n doa banyak2, moga segala usaha diberkati Allah sehingga diberi kejayaan yg baik hendaknya.. Aminn.. :)

Amacam? Skema kan muqadimah aku? Kan aku dah kata, aku ni memang skema in person.. Takde lah otai mana pon aku ni.. Berlagak otai je.. Kah kah kah.

Nak tau x nak tau x? 16 haribulan hari tu, kat sini ada amaran jgn kuar umah ke tempat ramai org.. Nak tau x sebab ape? Sebab ade kumpulan tertentu yg kononnya nak letupkan bom kat beberapa tempat secara rawak. Sebagai tanda protes terhadap hukuman yg dijatuhkan oleh pihak mahkamah ke atas seorang lelaki yg aku pon x hengat lah kan nama dia.. Ada rasa gentar tak mahu kuar umah andai kata anda di tempat saya?? Hehe So 16 haribulan hari tu tak jadilah aku kuar umah. Maka tadi aku pon kuar umah la.. Tu je poin aku.. Ngahahaha...


Hey hey heyy.. Itu Azie Azra dan seorang lagi teman kami, nama beliau Atiqah juga.. Nama kami sama tapi ejaan berbeza. Dan rupa kami juga tak sama. Dan ketinggian kami. Dan DNA kami. Dan fingerprint kami. Dan ohhhhhh sila shut up.


Kami blogger, kami okay. Aaahahaha.. Ini statement mintak kena ceramah! Ceramah free cam bes gak. :P
Jemputlah ke blog rakan saya yaa.. :)


Geli aku duduk camtu. Haha Hurrmmm.. Cakap pasal yg amaran berkurung kat atas tadi tu kan, ekceli kitorang kat sini dah banyak kali dah dapat amaran berkurung ni.. Kalau ade krisis antara dua negara ke.. Pon biasanya kami dilarang keluar ke tempat2 yg ramai orang.. Sebab dikhuatiri keselamatan terjejas kalau ade demo yg over2.. Setakat ni alhamdulillah semua oke.. Mintak jauh laa bnda2 yg x baik ni.. Kata negara jiran kannn.. Buat ape la nak gaduh2 nii.. :)


Ye itu saya yg punyaaa.. Memang patut pon badan aku bulat macam belon.. Sebab makan pon macam dah 2 hari tak jumpa nasi. Wuwuwuuu nak kurusssss.. *kurus ape la kalau mcm ni gaya?*


Itu Atikah, kawan aku punya.. Dia amik spicy bbq sauce. Aku jeling2 macam gojes je die punya.. Aku pon snap la selaju boleh. Heee

Walau macam mana sedap pon kita makan, macam mana senangnya hati kita.. Kita tak boleh layan sgt perasaan suka dan seronok tu.. Sebab kalau kita berduka lepas tu, kita akan rasa sedih dan sakit yg lebih hebat daripada biasa.

P/s:  Syukur sangat dgn kehidupan sekarang. Mungkin tak semuanya apa yg aku mahu, tapi aku yakin Allah bagi apa yg aku perlu.. :)

10 comments:

Unknown said...

pergh sedap tu makann..huhu

Bob Merley said...

ceh! makan x ajak!!!

Kak Long said...

@cucu umie; sedap2.. hihi

Kak Long said...

@bob merley; ups. haha

Qamaruls said...

ehh apesal kat indo punyer lagi nice haa food die.

kalau kat malaysia kan cam selekeh jer.

kalau demo awak ngaku jela org sana.
speaking sket. haha

adan said...

seram gak duduk tempat korang tu.. dah macam perkara biasa lak dengan amaran2 ni..

Azie Rashid said...

perghhh sedap tp xabeh. angau kt nicholas saputra. muahaha

Kak Long said...

@qamarul sahid; mungkin tmpt yg pergi itu hr mmg proper sket.. ade je tempat yg selekeh2 die serve..

hish. tak berani ah kuar tmpt ramai org even bole ckp indo pon. sbb diorang kenal org malaysia dr segi pakaian pon da bole detect.. hu2

Kak Long said...

@adan; aah.. dalam setahun tu mesti ade punye la amaran berkurung ni.. hu2 tp doa je la yg baik2 kan.. inshaAllah selamat..

Kak Long said...

@azie azra; muehehe.. sedap kan makan malam tu?? mmpi cite beastly aa.. :D