Monday, August 8, 2011

So lega sudah sampai Malaysia. Yihuuuuu~~

Salam Ramadhan.

Hey hey heyyyy.. Puasa tak puasa tak?? Aku dah sampai Msia. Elhamdulillah. Walaupun aku sedar diri bahawa aku baru balik bulan 2 itu hari, tapi rasa mcm dah berkurun oke tak balik. Mungkin sebab sem 6 ni sering tensyen, jadi homsik agak over. Excited abes lah semalam bila kapal terbang tu landing. Macam tak pernah balik sejak 1st year pulak aku ni. Heihhh malu je kat junior. Hahaha

Berjaga dari pukul 3.30 pagi waktu Jakarta, sampai la petang kat Malaysia, memang lepas berbuka tu rasa nak collapse je. Sebab aku bukan terus balik Melaka lepas sampai KLIA tu. Parents aku nak pg lawat adik aku kat KMS pulak. So turun Seremban dulu, amik adik, bawak die pg bazar.. Beli punya beli... Bla bla blaaa lepas tu hantar die balik KMS, baru la balik rumah.. Pastu aku pening2 plak sebab terkonfius waktu kat sini dgn Jakarta sebab jam ngan henfon aku still waktu Jakarta. Padahal sejam je pon beza. Tapi pening jugak sebab kat sana pukul 5 lebih dekat2 pkol 6 tu dah maghrib. Kira pkl 5.30 tu memang dah nak gelap dah. Tapi kat Msia pkol 6.30 petang pon terang lagi kan kan? Mungkin aku terexcited sangat sampai jadi kelam-kabut n otak agak blurr. Heh2.

Tau tak semalam aku buat satu kesilapan yg memalukan. Masa kat Seremban lepas amik adik aku dari KMS, masa on the way nak pg bazar, aku nampak bendera2 kat tiang2 lampu tepi jalan tu kan. Pastu aku dengan konfidennya tanya kat ayah, "ayah, kenapa die pasang bendera Melaka dgn Negeri Sembilan???". Dengan perasaan dan air muka yg penuh tanda tanya.

Pastu ayah aku jawab, "satu malaysia laaa.. eh tu kan bendera Malaysia!!". Weiiii aku lupa bendera Melaka mcm mana pastu tertukar dgn bendera Malaysia!! Satu kereta gelakkan aku. Pastu ibu aku cakap, "aii baru 3 tahun duk Indon dah lupa bendera Malaysia??". Fuuuu malu woiii malu aku. Urghhhh!!

Bendera Melaka, cilok from google.

Tobat aku tobatt.. Pasni kena tampal bendera Melaka kat lam almari. Haha Nasib baik aku ingat aku asal mana. Kalau tempat asal aku pon aku tak ingat tu maknanya mintak kena buang negeri la tuu.. Kah kah kah.

Kay bai.

7 comments:

Haikal Blank said...

perghh!! dah balik!! :D

suka la tu...hehe
sempat le beraye ngan dak kampung or dak skola dulu...:D

lynnlola said...

wee tqa da balek! selamat pulang ke kampung halaman! hee. tak gitaw pon. nnt pape buzz ym taw.

p/s; jgnlah lepas ni tertukar bendera indon ngan bendera malaysia plak. haha

Kak Long said...

@haikalblanklife; mestila suka suka sukaaaaa... yihuuuuu~~~




@lynn lola; aah elhamdulillah da slamat smpi.. asek tdo je dr semalam. hehe hopefully tade la smpi tertukar dgn bendera indo..hahaha

Asyila Zainuddin said...

hahaha.. ni mesti dh kacukkan bendera melaka dgn negeri 9 kn.. ngee.. :)

Anonymous said...

aku de gk kawan yg bljar jakarta

Chekgu Azrine said...

selamat pulang dik..apalagas..sopink baju raya ler..

Kak Long said...

@asyila zainuddin; hahaha. itu la pasal. buat malu je.. =P


@sifu im; ada ramai stdnt msia kat jakarta tu..


@kak azrin; makasih kak azrine.. memangggg.. itu mesti tu kak.. hehehe