Salam Ramadhan.
Siapa yg tak pernah mengalami masalah jerawat kan kan? Mesti rasa tensyen bile wajah anda ditumbuhi benda bulat2 dan berwarna merah itu kan? Ingat bley jimat kos x payah pakai blusher ke kalau ada tanda2 merah di bahagian pipi. Merah blusher dengan merah jerawat itu tidak sama tahu? Nehi nehi nehi haiiii!! *emo pulak tak pasal-pasal*
Aku rasa dah lama aku tak buat product review kan kan? Annoying tak ulang perkataan "kan" dua kali dalam satu ayat? Haha Sesungguhnya aku memang ta peduli pon. Oke, malam ni aku nak membebel pasal satu produk tea tree, yaitu Cosmoderm. Ini produk buatan MALAYSIA taw.. Tapi pada pendapat aku, produk ni boleh pergi jauh. Sebelum tu, sekali lagi aku nak cakap awal2 bahawa segala review yg aku buat adalah berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk2 tersebut dan juga respon kulit aku sendiri terhadap produk2 tersebut. Jadi, tiada sebarang jaminan pengembalian wang di sini ya (haha). Aku hanya mahu berkongsi dengan orang lain. Jika ada yg mahu mencuba, silakan.. Hehe
Maaf kualiti gamba adalah sangat mengecewakan. Cilok from google.
Atas ni adalah set tea tree dari Cosmoderm. Set tea tree ni khas untuk kulit yg sensitif dan bermasalah, terutama masalah jerawat lah kan kan. Dari cleanser, toner, mosturizer cream, bla bla bla sampai la night cream die memang semua ada. Ada yg kata kalau nak pakai apa2 produk, elok pakai satu set kan kan. Tapi, aku tak pakai satu set pon. Sebab kulit aku ni pelik sket. Kulit muka aku tak sesuai dgn cleanser die, tapi die punya antiblemish tu memang telah memberi efek yg tip top sepanjang aku menggunakannya. Jadi, sebenarnya aku memang betul2 guna antiblemish die je dalam set tea tree Cosmoderm ni. Mosturizer pon aku pnah pakai jugak tapi.... die cam biasa2 je. Memang benda yg aku nak highlight ialah antiblemish itu yaaa..
Zoom in sket yg mana satu antiblemish die.. Hee
Hurmmm.. Ekceli aku dah kenal produk ni dah lama dah, masa aku sekolah menengah rendah lagi. Dulu kat skola, muka memang macam bulan. Bukannya indah, tapi.....errr.. Malas aku nak cite. Haha Jadi, waktu skolah dulu memang berbotol-botol la antiblemish ni aku guna untuk hilangkan jerawat kat muka. Patutnya pakai dua kali sehari, pagi dan malam. Tapi disebabkan aku duduk asrama, waktu pagi memang tak sempat la nak belek2 muka, jadi aku pakai sebelum tidur sahaja. Alhamdulillah, lepas beberapa bulan, muka aku yg sebelumnya penuh pimples sana sini, jadi bersih dah. Nak expect muka aku terus licin dan flawless macam Lisa Surihani tu tak dapek la derr.. Mengenangkan keadaan muka aku yg sebelum tu sgt dahsyat kan. Bila pimples dah tak tumbuh lagi, dan kulit muka dah x merah meradang, aku memang cop produk tu berkesan kat muka aku. Untuk harga pulak, sori sebab aku tak ingat.
Ini wajah baru antiblemish dari Cosmoderm. Macam produk Oxy je kan kan?
Baru-baru ni, muka aku diserang oleh beberapa ketul jerawat yg cuba mencari pasal. Mungkin die takde keje lain nak buat. Jadi, aku pon decide la nak beli antiblemish. Dan aku pilih Cosmoderm! Gyeahhh!! Yg atas ni kalau anda perasan, ada tertulis X-press kan kan? Sebab antiblemish yg dalam kemasan kecik2 ni ada dua, satu yg biasa, satu lagi yg aku beli mcm dlm gamba atas ni lah, yg X-press. Bezanya ialah, yg biasa tu sama mcm antiblemish yg botol besar dlm gamba sebelum ni, manakala yg X-press ni pulak mengandung antibacteria, antiinflammatory, antifungal, dan lain-lain "anti". Tu sebab die ekspress, maka harga die pon sedikit lebih mahal drpd yg tak ekspres tu. Haha Oke tak lawak. Harga? Dekat google tulis RM18.90, tapi aku beli dgn harga RM15.98 di Guardian, dan dapat satu botol cleanser percuma. Yeay!!
Cara kerja antiblemish ni, ia akan mengeringkan jerawat yg ada kat kulit muka kita, dan meredakan reaksi inflamasi yg berlaku di daerah yang terkena. Hoho Dah macam nota farmakologi dah. =P
Okayyy... Sekali lagi, produk ni boleh didapati di Guardian atau mana2 farmasi. Bole try juga cari di Health Century dan Watson. Senang je nak jumpa kan kan?
Thanks singgah sini. Feel free to leave ur comments and links.. ^_^