Assalamualaikum..
Leceh aa bile tak boleh tdo ni. Urghhh!! Lain lah kalau aku dah ada Vampire Diaries season II complete.. Memang aa tak kisah kalau tak tdo pon. Skang ujan. Patutnya aku melompat-lompat kegirangan kerana boleh tdo dgn nyenyak dan efektif. Efektif ape taktau lah. Mungkin efektif mengeluarkan air liur yg xberapa basi lalu membentuk peta benua Asia? Mungkin juga efektif menghasilkan tahi mata yg akan menambahkan seri wajah bile bangun nanti? Oke siryes bicara pengotor. Geli ke? Nasib lah. Hahah!
Jam menunjukkan pukul 0425 waktu ID. Mata aku pulak masih lagi membuntang walaupun pedih2 sket. Takpe, selagi terdaya, aku gagahkan jugak jari ni untuk menari-nari di atas papan kekunci laptop aku yg bucuk2 ni. Bertemankan lampu minyak tanah dan kipas cap sekai, aku berusaha memerah otak utk menghapdet entri pagi buta ni. Lampu minyak tanah tu ofkos aku tipu. Sila jgn percaya.
Dah alang-alang ni, baiklah sekiranya aku direct tak tdo sampai waktu subuh sat lagi. Boleh lah solat sunat subuh sekali.. Eh. Knape lah aku btau aku nak solat sunat kat sini. Alaa menyesalnye taip.. Haish.
Sejak kebelakangan ni, byk nyamuk dalam umah ni. Aku merasa khuatir terkena demam denggi kerana kawasan perumahan di mana aku tinggal ini sering dilanda kes demam denggi. Selain itu, aku sangat merasa sebal (hamek kau bahasa indo pon masuk sekali..haha) kerana kaki dan tangan aku sering mengalami sensasi gatal (indo lagikkk) akibat gigitan nyamuk yg sememangnya sgt mengharapkan sedas dua pelempang dariku. Oh nyamuk, kenapakah kau begitu mendambakan pelempangku? *garu kaki jap*
Wahai waktu, kau sering berjalan dgn sopan dan perlahan jika aku mengharapkan sebaliknya. Sebaliknya berlaku pula jika aku mengharapkan sebaliknya. Nasib baik aku tak berjalan terbalik. Nak beli bubur ayam lah utk breakfast sat lagi..hurrmmm
Sebelum aku meroyan dgn lebih dahsyat lagi, adalah lebih baik jika aku berhenti di sini dahulu. Oke dah azan subuh dah pon... =)
8 comments:
wah ..update blog pagi2 buta .
@nelly; hurmm...
skg banyak nyamuk.... buaanyaaakkkkkkkk... suke isap darah.. lebih2 lg darah manis mcm aku..kihkihkih......
insomia~~ahaksss
@jawahir; ye mmg nyamuk buaya eh buanyak skang ni.. darah kau tu perisa oren kowt.. tu yg persatuan nyamuk2 sejakarta listkan kau dlm feveret victims diorang.. haha
@encik nakal; hurmm.. insomnia la jugak sket2...
as salam
paling benci dengan nyamuk ketika nak tidur..huhu
Jom Baca dan Komen--senarai nama pemenang 1st contest bila saya mati by sissyira
wahhh.. sgt meroyan.. tp meroyan y bes okk lah.. cumil wat.. haha
@sissyira; oke sis, nanti sy pg dtg sane komen kay.. huehueee
@yan_n.im; hehe bole la tahan meroyan..cumil tu tak la kowt..hahahaaa
Post a Comment