Sunday, January 2, 2011

Segmen Jom Berkenalan

Assalamualaikum...


Boleh ke SINI untuk ke laman tuan punye segmen..

Maka dengan ini diumumkan bahawa beta telah ditag oleh sahabat blogger beta iaitu Miss Hana Honey yg awesome untuk join segmen ini.. Trime kasih daun ceri beta ucapkan kepada beliau di atas tag ini..
(Sejurus selepas ayat perasan permaisuri raja ini ditaip, aku pon dilempang oleh diri sendiri. adoi sakitnye!)
Wuwuwuwwww...nak perasan kejap pon xboleh.

1.  APAKAH STATUS ANDA?
     Single tp byk anak (anak tekak, anak tudung, anak telekung, dan lain-lain lagik).

2.  CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA.
     Nama saya Nur Atiqah Soleha binti Jamaludin. Umur saya 20 tahun. Saya berasal dari Melaka. Saya belajau di Jakarta. Hobi saya mendengar bunyi-bunyian, tidur, dan bercakap. Kalau tidak ada org nak bercakap dgn saya maka saya akan bercakap dgn diri sendiri. Tapi sekarang ni, saya ada hobi baru iaitu blogwalking dan menulis blog. Huahuahuaaaa...

3.  CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA.
     Blog "Aku Tak Sakai" ini menjadi wadah aku untuk mencoretkan kenangan-kenangan sepanjang hidup aku, terutamanya sewaktu belajau di Indonesia. Kadang-kadang aku beriadah kat cni dgn cara join contest, berlari-lari anak ke blog rakan2, dan melakukan aktiviti tag mengetag. Tidak ada langsung tujuan mengejar populariti. Tidak ada, ye kawan2.. Percayalah! Percayalahhhhhh..kasihmu lama tersulam..di ruang paling dalam.... *sengal*

4.  APA PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG.
     Hurrmmm...dunia blog pada pandangan aku ialah sebuah dunia yg sgt luas di mana para manusia sgt bebas menulis apa sahaja di dalamnya. Terpulang pada kita semua mcm mn cara kita nak jadikan aktiviti berblogging ni sebagai aktiviti yg bermanfaat, baik untuk hidup di dunia ni, maupun untuk panduan dan pedoman kita dlm mencari bekalan utk akhirat nanti.. (woahhh aku ke taip nihh??)

5.  NASIHAT KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BARU NAK WAT BLOG.
     Alaaaaa..org la kasi aku nasihat.. aku baru lagi kowt. Apa sangat lah nasihat aku kan.. Isk3 Yang penting, be yourself, xperlu hipokrit untuk menarik org ramai baca blog kita.. Kalau kita ikhlas menulis, msti ada yg nak baca punye, inshaallah.. Alaaa cmne ni dah terkasi nasihat pulakkk. *perghh sengal nak mam*

6.  NYATAKAN KEUNIKAN YANG TERDAPAT PADA BLOG ANDA.
     Huarrrgghhhhhh!!! Semua org dlm umah ni dah tdo.. Aku sorg je tak reti2 nak tdo ni.. Eh ape dia soalan tadi? Terout of topic pulak.. Sori2.. Apa dia? Keunikan? Maaflah, aku takde jawapan untuk itu..

7.  SAMPAI BILAKAH ANDA AKAN MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG?
     Hurrmm...sesungguhnya aku pon xbole nak ckp bile aku akan stop berblogging.. Setakat ni xde terfikir pulak lagi.. Impian tu.. E eh ape susah beno soalannye nii.. Hahaaa.. Impian saya ialah saya nak suatu hari nanti, ada saya coretkan di sini bahawa saya berjaya lulus dan tamat pengajian..amin..

Saya mahu tag mereka: 


4 comments:

Budak Botak said...

award utk blog nie

Nice Blog

Kak Long said...

@budak botak; aaaaaaaaaaaaaaaa~ TQ2..

Lina said...

alamak dik kak lina dah buat lar segmen ni hehehe...bole baca di sini

http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com/2010/12/segmen-jom-berkenalan.html

apapun terima kasih sebab tag kak lina :)

Kak Long said...

@lina; hehe itu la pasal..dah nak expired dah, bru kte nak buat..ketinggalan btol kte ni..pape pon, epi new year kak lina! heee i'll check out the link..